View: 6830|Reply: 87
|
[Tempatan]
Malaysia hampiri puncak – NAJIB
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA 17 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan analogi pendakian gunung untuk menggambarkan keadaan semasa negara dengan menyatakan misi menawan puncak semakin mencabar selari dengan tahap ketinggian yang dicapai.
Perdana Menteri berkata, kedudukan Malaysia pada masa ini bukan berada di kaki gunung tetapi di base camp iaitu tidak jauh dari puncak gunung tetapi cabaran yang dihadapi juga menjadi semakin kompleks.
“Kita sudah sampai satu tempat bawah sedikit lagi dari puncak. Oleh itu, kita kena lakukan suatu yang lebih daripada biasa dan mesti ada idea yang inovatif dan kreatif.
“Negara yang berjaya adalah negara yang mempunyai idea hebat dan cekap dalam melaksanakannya," katanya ketika berucap dalam majlis Wacana Kepimpinan Perdana: Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Selain lebih 3,000 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden PPTD, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Najib berkata, PTD perlu memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dengan memberi penerangan kepada orang ramai mengenai isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta rasionalisasi subsidi.
Menurutnya, pengenalan GST akan menyumbang hasil kepada negara terutamanya ketika harga minyak dunia jatuh dan cukai itu juga dapat mengelakkan golongan peniaga lari daripada tanggungjawab membayar cukai.
“Banyak peniaga yang tidak membayar cukai, tetapi menghantar anak ke sekolah kerajaan serta mendapatkan perkhidmatan polis.
“Dengan pelaksanaan GST, pendapatan negara akan bertambah dan boleh digunakan untuk memberi keselesaan kepada rakyat serta membantu penjawat awam," katanya.
Sementara itu, Najib berkata, PTD harus mempunyai perikatan emosi (emotional bonding) dengan pemimpin negara supaya masing-masing boleh berkongsi hasrat dan cita-cita untuk menjayakan matlamat bersama.
Kata beliau, Perdana Menteri Ke­dua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mempunyai hubungan erat dengan kumpulan pentadbir dalam perkhidmatan kerajaan malahan mengenali setiap pegawai daerah.
“Kita perlu adakan program (bersama PTD) malahan cari jalan supaya saya sebagai ketua kerajaan boleh mengenali lebih banyak pentadbir, bukan sahaja pegawai kanan tetapi juga pegawai muda.
“Untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan membolehkan rakyat hidup sejahtera, kita (pemimpin dan pegawai) perlu ada perikatan emosi dan visi bersama," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib ni berimeginasi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
puncak kejatuhan kau ada lah najib.. puncak sekali dgan rosaknya negara |
|
|
|
|
|
|
|
sampai puncak kemelesetan ekonomi terburuk |
|
|
|
|
|
|
|
Mamai & mamun akademi fantasia ka Najib?
|
|
|
|
|
|
|
|
puncak la sangat
biar negara kaya dan pembangunan pon pesat
jgn asik mintak duit rakyat tapi penuhkan poket menteri dan kroni je
|
|
|
|
|
|
|
|
idea hebat tu mungkin ada.. tapi bab perlaksanaan yang cekap tu.. hmmm.. mimpi je lah. |
|
|
|
|
|
|
|
speach berpuncak2 ni la
para hadirin dok tepuk2 bangga |
|
|
|
|
|
|
|
PUNCAK KEMELESETAN EKONOMI
bagi rakyat marhaen
|
|
|
|
|
|
|
|
dah nak inzal ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Berbual lebih je bijan ni. Dah la ringgit jatuh teruk. Hilang mood aku nak gi jumpa partner aku kat ostolia. |
|
|
|
|
|
|
|
puncak mende nye najib....puncak poket ko and kroni dah nk penuh sepenuhnya?? |
|
|
|
|
|
|
|
kaseh80 posted on 18-12-2014 02:06 PM
PUNCAK KEMELESETAN EKONOMI
bagi rakyat marhaen
ekonomi malaysia ni sebenarnya konsep " From the few, To the Few."
rakyat marhaen kebanyakkan cuma dapat tempias kesan negatif saja.
|
|
|
|
|
|
|
|
namirulmukminin posted on 18-12-2014 01:49 PM
Najib ni berimeginasi ke?
najib yang dah hampir ke puncak adalah..nampk macam xleh nak gi lagi jer najib ni..cepatlah turun pok jib.. |
|
|
|
|
|
|
|
ResellerMaxis posted on 18-12-2014 02:31 PM
najib yang dah hampir ke puncak adalah..nampk macam xleh nak gi lagi jer najib ni..cepatlah turun ...
Kemarahan rakyat yang dah hampir kemuncak sebenarnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe...akak tersenyum sinis tgk komen ummah..... |
|
|
|
|
|
|
|
banggang la masing2...takkan najib nak cakap kita baru nak mendaki...tentulah kita dah hampir kekemuncak..
harap sampai lah dgn bantuan semua rakyat Malaysia...kalau tergendala..ingat gomen je teruk ke?...kamu semua pun akan kena..jangan gelak sekarang..meraung berhari2 nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
puncak kepala dongga hang ... dogoi ni dah sasau kena senjata rahsia Kak Mah agaknya ... |
|
|
|
|
|
|
|
puncak kejatuhan najib kah? orang2 umno sendiri pon dah siap buat report polis,mintak najib turun,mengaku najib adalah liabiliti kepada umno.memang puncak! |
|
|
|
|
|
|
| |
|