CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3619|Reply: 5

[Tempatan] Stesen bas sementara dialu-alukan

[Copy link]
Post time 18-12-2014 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Papan tanda hentian bas sementara di Seksyen 13, Shah Alam.Pengguna berpuas hati perpindahan lokasi stesen bas tetapi mahu MBSA menambah baik beberapa kemudahan yang diberi.Pemberitahuan menerusi laman Facebook milik MBSA.
        SHAH ALAM – Meskipun menyambut baik penyediaan stesen bas sementara, pengguna perkhidmatan awam itu mahu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak abaikan kemudahan yang lengkap di stesen yang terletak di Seksyen 13 itu.

        Sebelum ini, MBSA membuat keputusan memindahkan sementara stesen bas di Seksyen 17 ke Seksyen 13 bagi memberi ruang kerja naik taraf dan sebanyak 24 kaunter tiket disediakan untuk memudahkan pengguna membeli tiket bas.

        Tinjauan Sinar Harian ke lokasi itu mendapati kebanyakan pengguna tiada masalah dengan perpindahan itu, namun mereka inginkan keselesaan di ruang menunggu sebelum menaiki bas ke destinasi yang dituju.

        Penuntut institusi pengajian tinggi awam, Merlissa Balqis Mokhtar, 20, mahu MBSA sediakan banyak kemudahan seperti memperbanyakkan ruang menunggu bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

“MBSA perlu sediakan lebih banyak tempat seperti kerusi yang berbumbung kerana kawasan itu merupakan tempat lapang dan tiada tempat berteduh.

“Kalau hujan bagaimana dengan nasib kami, jadi MBSA perlu melakukan sesuatu bagi memudahkan pengguna,” katanya.

        Dia bagaimanapun menyambut baik pemindahan sementara stesen bas itu kerana kawasan berkenaan mempunyai ruang yang lebih besar.

“Ruangnya agak besar dan tidak menyusahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka,” katanya.

        Sementara itu, penjawat awam, Mohd Fakhri Md Tahir, 28, berkata masalah kesesakan tidak menjejaskan perjalanan disebabkan kawasan tempat letak kereta luas dan berdekatan masjid untuk kemudahan solat.

“Masalah bola tidak timbul sebab bukan hari-hari ada lawan bola, di mana-mana tempat ada kesesakan...apa-apa pun saya menyambut baik perpindahan lokasi ini kerana banyak kawasan letak kereta di sediakan.

“Kalau di Seksyen 17 sebelum ini agak sempit dan menyukarkan untuk kita letak kenderaan, ” katanya.

        Selain itu, beliau meminta pihak berkuasa menyediakan kemudahan asas yang selesa seperti tandas dan tempat menunggu yang sesuai.

“Seksyen 13 tempat terbaik. Keluasan tapak cukup baik daripada dibiarkan kawasan tidak digunakan.

“Cuma harap pihak berwajib ambil inisiatif pastikan tapak sementara ada fasiliti asas,” katanya.

        Bagi, penjawat awam, Anizan Ibrahim, 31,  pula mengharapkan stesen bas Seksyen 17 mempunyai kemudahan lebih baik berbanding sekarang bila siap sepenuhnya.

        Katanya, pihak berkuasa perlu menyediakan ruang meletakkan kenderaan lebih besar terutama untuk mereka meletakkan motosikal.

“Harapan saya agar keadaan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang. Contohnya kedai makan lebih bersih persekitaran, tandas lebih besar dan selesa, ruang menunggu pun lebih besar.

“Tak lupa juga tempat letak kenderaan. Kalau boleh, biarlah berbumbung untuk motosikal. Kesian kalau hujan helmet takung air,” katanya.

        Dalam pada itu, MBSA merancang menambah baik dan menaik taraf kemudahan di stesen bas ekspres sementara di Seksyen 18 di sini untuk keselesaan dan kemudahan orang ramai.

        Timbalan Pengarah Komunikasi Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha menambah baik di ruang menunggu kepada pengguna.

“Buat masa sekarang MBSA telah sediakan kemudahan asas seperti tandas, surau dan sebagainya di kawasan berkenaan, namun ruangan menunggu agak terhad.

“Jadi kita bercadang untuk menambah ruangan menunggu dengan memperbanyakkan kerusi dan kawasan berbumbung demi keselesaan orang ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2014 07:36 AM | Show all posts
Kesian.
Shah Alam ialah satu-satunya IBU NEGERI yang tiada kemudahan hospital awam dan stesen bas.
Kebetulan majoriti ialah Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 08:11 AM | Show all posts
kluangman posted on 18-12-2014 07:36 AM
Kesian.
Shah Alam ialah satu-satunya IBU NEGERI yang tiada kemudahan hospital awam dan stesen bas.
...

Tu la kesian... Stesen bas yg ada pun keciiiittt sgt kat sek17 tu. kena hari ada pasar malam, sesakkk terus

Spital belum siap lagi... yg ada spital swasta je.. bajet kaya banyak duit je dok shah alam ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
neotoxin posted on 18-12-2014 08:11 AM
Tu la kesian... Stesen bas yg ada pun keciiiittt sgt kat sek17 tu. kena hari ada pasar malam, sesa ...

Dulu kan memang org kaya je yg suka dok s.alam....apa kisah nk hospital awam...


Skrg ni je ramai rakyat marhein dok sbb rumah murah kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh siap ke blum seksyen 17 ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 09:33 AM | Show all posts
sekali baca macam 'perhentian sementara seks'..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.046774 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list