CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1880|Reply: 5

bahaya e-rokok

[Copy link]
Post time 16-12-2014 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Bahaya E-Rokok: E-Rokok Meletup Kaki Berlubang, Rumah Rosak


Merokok sememangnya merbahayakan kesihatan kerana kandungan dalam rokok tersebut mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Namun Tindakan seorang perokok beralih kepada e-rokok kerana faktor kesihatan bertukar tragedi apabila alat itu meletup dan mencederakan kakinya.

Kejadian itu berpunca kerana David Aspinall dari Wigan mengecas alat itu terlalu lama hingga ia meletup dan serpihan besi terkena pada beberapa bahagian kakinya.

Malahan, sebahagian besar perabot rumah pangsa lelaki berusia 48 tahun itu juga rosak akibat letupan itu.

Akibat kejadian itu, Aspinall terpaksa menerima rawatan selama sembilan hari di hospital.


Dia mendakwa kakitangan dan doktor yang merawatnya menganggap kecederaan yang dialami itu umpama luka tembakan.

"Kaki saya berlubang akibat terkena serpihan alat e-rokok itu  dan pakar bedah memberitahu ia umpama luka terkena tembakan," katanya.





Akibat kecederaan itu, lelaki itu terpaksa menjalani rawatan kulit selama tiga tahun.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana ketika kejadian masih mampu memaklumkan kejadian itu kepada jirannya dengan menggambarkan insiden itu umpama babak ngeri dalam filem.


Berikutan kejadian itu, Aspinall akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan rokok biasa yang dianggap lebih 'selamat'.

Dia juga mendakwa pekedai yang menjual alat e-rokok itu patut dipersalahkan kerana menyediakan bateri yang rosak.

Pada Ogos lalu, seorang lelaki berusia 62 tahun dari Merseyside meninggal dunia akibat kejadian sama, sekali gus kes pertama di United Kingdom membabitkan letupan e-rokok.




Sumber: mStarOnline
ejeninfo.blogspot.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
good info
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 09:48 AM | Show all posts
lebih selamat rokok biasa untuk keadaan macam ni. tapi untuk kesihatan bagi aku lebih baik e-cig
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:17 PM | Show all posts
baik xyah isap rokok terus la

banyak keburukan n xde kebaikan langsung

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 10:46 PM | Show all posts
jejaka00 posted on 17-12-2014 04:17 PM
baik xyah isap rokok terus la

banyak keburukan n xde kebaikan langsung

betul tu
membazir duit je beli rokok
baik simpan duit utk beli rokok tu, esok2 ckup utk beli rumah

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2014 09:22 AM | Show all posts
WandaMi posted on 17-12-2014 02:46 PM
betul tu
membazir duit je beli rokok
baik simpan duit utk beli rokok tu, esok2 ckup utk beli rum ...

haha betol-betol, banyak boleh simpan bulan-bulan tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.367023 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list