View: 4746|Reply: 27
|
[Tempatan]
Jun Liang Teruja Khatan Walaupun Ada Unsur Muka Gugup Di Situ
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berbangsa Cina, Looi Jun Liang, 12, bersemangat menyertai acara berkhatan beramai-ramai walaupun kebiasaannya hanya melibatkan peserta Melayu. Jun Liang berkata, walaupun berbangsa Cina yang tidak memerlukan dia berkhatan, ibu bapanya memberikan kebenaran untuk menyertai acara itu bagi tujuan kesihatan.
“Saya memberanikan diri ambil keputusan berkhatan beramai-ramai bersama kanak-kanak Melayu, namun perasaan takut tetap ada. “Ia acara meriah dan saya akan ceritakan pengalaman ini kepada rakan lain.
Berkhatan sebenarnya bagus untuk kesihatan diri mengikut amalan dalam Islam," katanya kepada pemberita, di sini, semalam. Program dirasmikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Ismail Omar. Hadir sama, naib timbalannya, Wan Shahrul Azuan Wan Ab Aziz dan Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Dr Nor Zaihan Hassan.
Jun Liang, antara 85 peserta berkhatan beramai-ramai, anjuran bersama Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa. Jun Liang yang dihantar ibunya, Low Gim Lay, 42, teruja dan bersemangat menyertai acara itu setelah dimaklumkan bapanya, Looi Jek Leng, 50, turut berkhatan walaupun selepas memasuki usia dewasa.
Sementara itu, Gim Lay yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa berkata, dia membawa anak keduanya menyertai program itu selepas dipersetujui suaminya.
“Semakin ramai kanak-kanak bukan Melayu menyertai program berkhatan kerana ia baik untuk kesihatan," katanya yang akan turut melakukan perkara sama untuk anak lelaki bongsunya berumur 8 tahun nanti.
Sumber:Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus
tahu kelebihan/kebaikan berkhatan |
|
|
|
|
|
|
|
bolehlah pikat gadis melayu khenn?
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat berkhatan dan berpantang |
|
|
|
|
|
|
|
Berkhatan bagus untuk kesihatan.... |
|
|
|
|
|
|
|
da masuk jawi?senang la masuk moslem |
|
|
|
|
|
|
|
alolo tomeynyaa,,, muka cm adik i masa kecik2,, hehe
berkhatan mmg bagus, utk kebersihan dan kesihatan..
klu anak i ni bkn jnis super active, mmg nk khatankan awal... |
|
|
|
|
|
|
|
good boyyy |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 16-12-2014 12:58 PM
@spiderman80 sila ambil iktibar
Ya,pasti. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 16-12-2014 07:06 AM
Ya,pasti.
tihiihih klako la ko ni spidey |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 16-12-2014 02:44 PM
alolo tomeynyaa,,, muka cm adik i masa kecik2,, hehe
berkhatan mmg bagus, utk kebersihan dan kesi ...
nk tunggu dia pasif baru nk masuk jawi ke?
bg la ubat penenang
tranquilizer - btul eh ejaan ni
|
|
|
|
|
|
|
|
alekxander posted on 16-12-2014 03:15 PM
nk tunggu dia pasif baru nk masuk jawi ke?
bg la ubat penenang
tranquilizer - btul eh ejaan ni ...
klu anak i pasif tu maknanya dh x bernyawa la dia...
ada ke nk bg budak2 ubat penenang bagai??
doctor letak bius je la..
tunggu dia dah betul2 faham,
dlm umur 10 tahun ke ok la..
|
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa posted on 16-12-2014 03:26 PM
klu anak i pasif tu maknanya dh x bernyawa la dia...
ada ke nk bg budak2 ubat penenang bagai?? ...
faham
saje gurau2
tgk kt tv hr tu psl masuk jawi guna tok mudim
serious...ngilu tu masih terasa
|
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 16-12-2014 12:58 PM
@spiderman80 sila ambil iktibar
abam spider dah lama berkhatan...yg masih khulope @cmf_herrhughie
|
|
|
|
|
|
|
|
alekxander posted on 16-12-2014 03:28 PM
faham
saje gurau2
hahaha ok..
|
|
|
|
|
|
|
|
sakit ke tak ye berkhatan ni?
sbb org kata cara skrg tak sakit, kejap je prosesnya
pastu boleh mkn kepsi. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 16-12-2014 05:42 PM
sakit ke tak ye berkhatan ni?
sbb org kata cara skrg tak sakit, kejap je prosesnya
aku sunat 20 tahun lepas pun xsakit..sekarang xtahu lah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|