View: 2574|Reply: 1
|
Pulau Persahabatan Kao Yao Mesrakan Hubungan Perlis-Satun
[Copy link]
|
|
Koh Yao tidak pernah disenaraikan sebagai lokasi pelancongan di Thailand namun pulau kecil yang terletak dalam wilayah Satun itu sentiasa menerima kunjungan rakyat Malaysia. Hampir tiada apa yang menarik bagi pulau yang didiami kira-kira 800 penduduk yang kebanyakannya bergantung rezeki dari laut.
Walaupun tidak mempunyai produk pelancongan apatah lagi pusat hiburan namun pulau yang mempunyai penduduk yang semuanya berketurunan Melayu itu tetap berupaya menggamit pengunjung. Bagi penduduk Perlis, mereka lebih mengenali Koh Yao, sebagai Pulau Panjang kerana kedua-dua nama itu membawa maksud yang sama.
Koh Yao adalah perkataan Thai yang dalam bahasa Melayu bermaksud Pulau Panjang. Walaupun tiada pengangkutan khusus ke pulau itu namun ia bukan halangan bagi penduduk Perlis dan Koh Yao untuk saling kunjung mengunjungi. Ada yang mengunjunginya kerana urusan kekeluargaan dan ada yang menjadi tetamu kepada penduduk pulau itu.
Koh Yao kini begitu sebati dengan Perlis apatah lagi para penduduknya lebih senang bertutur bahasa Melayu walaupun mereka juga boleh bertutur bahasa Thai. Bot nelayan milik penduduk menjadi nadi perhubungan kerana pelayarannya hanya sekitar 45 minit untuk menghubungkan pulau itu dengan Perlis.
Bagi “kamnan” atau penghulu Koh Yao, Othman Daq, kehidupan di pulau itu amat mendamaikan dan penduduknya masih kekal dengan budaya gotong-royong dalam segala kegiatan. “Di sini kebanyakan penduduk jadi nelayan dan hidup miskin tapi mereka kaya dengan keramahan dan kemesraan,” kata kamnan berusia 55 tahun itu kepada Bernama. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan “Bang Man” menyifatkan Pulau Panjang sebagai penghubung silatulrahim yang mesra antara wilayah Satun dan Perlis.
Pulau Panjang terletak di tengah perjalanan laut antara Kuala Perlis dan Tammalang yang menjadi pintu masuk ke wilayah selatan Thailand.
- Utusan Melayu @ Selasa, 9 Disember 2014 - |
|
|
|
|
|
|
|
Aku mmg dah lama nak ke Satun ni. Tahun depan la tgk mcm mana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|