CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13102|Reply: 65

"Abah, 'dia' ade atas pokok"

[Copy link]
Post time 13-12-2014 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Tahun 2013

Assalammualaikum readers..

    Kali ni nak cite pengalaman teman junior berubat membuang 'makhluk' yang tak diigini dalam badan. Cite ni mula pada malam lepas aku dengan jayanya menyiapkan assignment aku (keje last minute). Time tu aku belaja di KPM Indera Mahkota (sape tau kite geng.hihi) Kami dalam bilik semua tgh lepak santai2 sebab hati tgh bergumbira dah siap keje. Tibe2 kami dapat mesej dari felo perempuan kami. "myra kamu ajak shila,marian and jiya (bukan name sebenar) datang surau sekarang!".. kami pon ape lagi kami siap2 la.Dia mesej kiteorg sebab kiteorang ni antara wakil pelajar kt kolej tu. so kiteorg bergegas la bersiap nk ke surau..
   
   Sampai kat kafe (kafe tu dpn surau), aku terdengar bunyi orang menangis and menjerit (dalam hati, ah ni memang takde kes lain ni) aku pon cepatkan langkah. Sampai surau aku tgk felo2 dah keliling budak perempuan tu. Budak tu menagis2 sambil meronta2.Ade pelajar lelaki yg tolong pegang budak pompuan tu. Dia jerit "aku nak balik.Aku nak balik!" ..kami ke luar koridor surau dan duduk di situ. Sambil dengar felo kami cerita camne dia kene. Kawan pelajar yang kene rasuk ni kate, kawan dia ni penah cakap, ade sorang perempuan yang saaaangaatt tua berdamping dengan dia ni. 'Perempuan' tua ni dia datang dari belah Indonesia. Aku tak ingat name dia.Tapi sumpah aku cakap bile sebut name dia, bulu tengkuk memang akan meremang. (aduihhlahh..tak ingat pulak..korang dengar pon korang akan tak tido malam). Kiteorang decide kol parents dia  cakap pasal hal ni. Bapak dia yang angkat telefon tu dan cerita bende yang same. So memang kawan dia tak tipulah.

    Tengah kiteorang sedap sembang tetiba dengan budak tu menjerit sambil tarik suara dia dah serupa bunyi bende alah tu menangis. Aku pon bangun la pergi tengok.waktu tu almost pukul 12 malam. Aku memang mengantok gile.Sampai aku tengok budak tu aku sakit hati. (aku cakap bile lah nak baik). Lame gile kiteorg tunggu sebelom felo2 decide nak anta budak ni pergi rumah pakcik kepada one of aku punye lecturer kat situ. Dengar kate pakcik dia tentera dan boleh berubat. Oklah kami pon setuju nak pergi. Yang pergi sane 3 kereta. Felo ajak aku yg pergi sebab diorang kate aku berani sikit dari yang lain. Even felo sendiri pon ngaku diorang takot. Oklah, bertolak lah kami ke sane, waktu tu dekat pukul 1 pagi.

     Tempat pakcik tu cam tempat perumahan tentera. Sampai je sane, apa yang buat aku seram and nak muntah(kalau takot sangat kan kite boleh muntah) bile, ade 3 ekor kucing dari jauh tengah tunggu depan pintu rumah pakcik tu, Pintu rumah pakcik tu dah siap2 bukak. Bile kiteorang berhenti bawak turun budak yang kene rasuk tadi, korang bayangkan kucing tu macam nak gaduh dengan budak tu. Mata kucing tu terbeliak and bulu pacak2. (dahlah aku yang papah budak tu) pastu tiga2 kucing tu terus berlari masuk rumah. (Dalam hati, dah ape pulak yang kucing2 tu nampak). Budak yang kene rasuk tadi, tibe2 bisik kat aku "aku tak nak.aku nak balik)..perghh!!!!dah lah bisik kat aku...gaya bisik taknak seram lagi.Dia tenung aku. "aku jawab,kau nak baik kan?kau pergi je. Tak lame.sekejap je"...waktu tu aku pegang tangan budak tu, sejukkkkk gile and keras semacam (walaupun pompuan).

     Masuk rumah, kami duduk diruang tamu. Pakcik tu ade 2 orang anak pompuan (sorang 11 sorang lagi 14 tahun rasenye...aku tak ingat gak). Sebelom mule. Pakcik tu dok sembang2 dulu ngan budak tu. Pastu dia soh wakil pompuan dari kiteorg tolong dia nak mulekan berubat. Pastu dia tunjuk aku. Aku???erkkk... aku pon, kerna terpaksa aku relakan jela... Aku dok sbelah pakcik tu..Dia cite macam2 pasal kuase doa dan sebagainya. Dia cite pasal jenis2 Bismillah. Aku tak ingat dia ade cite pasal Bismillah 27 la apelah.. Dia kate sebab dia kene masok hutan, so banyak ilmu kene tau. Anak pompuan dia yang kakak tu dok sebelah aku. Pastu pakcik tu pon mulekanlah proses nak buang. Dia pon bace2 la...Waktu tu dia soh sorang lecturer aku beredar dari pintu masok. Sebab dia dok isap rokok kat depan pintu. Mungkin dia nak bagi laluan 'bende' tu keluar kot.

      Tengah berubat2, dia tanya kat anak dia, "dah akak?"..anak dia jawab belom...pastu dia sambung lagi.. Budak yang kene rasuk tu dah tak reti dok diam. Picit ibu jari kaki semua bagai. Aku yang tengok tertelan telan air liur dengar pakcik tu soh bende tu keluar. tibe2 anak dia cakap. "dah abh, dah." aku pulak, dah ape pulak ni....aku toleh belakang felo pompuan aku sume dah dok rapat2.. "Dia ade atas pokok abah" sambil tunjuk jari dia atas pokok besar kat depan rumah diorang.. Perghhhh!!aku pon seriau weyhhh (even tengah menaip untuk korang, aku punye bulu roma mencacak) Aku try tengok, aku tak nampak.. "awak nampak ke?" tanya pakcik tu..aku jawab tak..(dalam hati ade gak perasaan nak tengok)...Aku pon tanya la, memang dia nampak ke? pakcik tu kate anak dia boleh nampak dari dia kecik. Aku respect gile budak tu boleh relax je..

        Abes settle sume, aku kene bawak budak tu p mandi. Pakcik tu soh aku yang mandikan budak tu. dia bagi air yang dibace tadi untuk campur dalam besen air. Tengah aku mandi mandikan, aku dengar suara orang berdehem belakang aku. Allahuakbar.ape pulak dah...betol2 macam belakang telinga aku. Aku relax lagi sebab aku ade budak ni.abes mandikan kami keluar, aku kat belakang, nak melangkah kaki keluar je, tetibe air dalam baldi berkocak. Bunyi macam korang tengah kocak air..Tapi sekejap je..aku pon tolakkan bdn aku kedepan sebab takot. Masuk bilik, teman budak tu pakai baju ape semua. Aku dok atas katil jap sambil belek buku yang ade tepi tu, and korang tau tak aku perasan ape, aku nampak budak pompuan tu tengah betolkan rambut dia depan cermin, tapi dia menyengihhhhhhh je...aku tak tenung dia. aku buat bodo. seram bak ang!!!!!

        Settle semua kami pon minta diri nak balik. Pakcik tu nasihat macam2 kat kiteorang. dah masok kete semua (aku jadi driver balik malam tu) kami pon beredar..And part aku nak balik ni paaaaaaaalinggggg tak boleh lupe...tengah aku nak reverse kete..100 meter dari kete aku ni depan pohon besar tadi ade deretan pokok kecik2 tepi2 jalan. and korang nak tau, one of pokok kecik tu, bukan pokok!!!!! Aku tengok aku brek!semua dalam kereta terkejot. Aku beristighfar. semua dah bace ape yg patut. Aku diam jap. aku tenung 'dia'..'Dia' masih kat situ. Aku nampak macam perempuan rambut panjang tengah mencangkung tapi dia merengkot badan dia...Aku teruskan perjalanan..and bende tu hilang bile aku tengok dari rear mirror aku. Sepanjang perjalanan aku bace surah2 apae yang patut. Dan kami selamat sampai ke kolej semula. Tapi apa yang tak best bile aku sampai terbawak bawak dalam mimpi aku pasal orang tua tu sampai aku kene tindih dekat 3-4 kali pada malam kejadian..........

Keesokan harinya banyak bende2 pelik terjadi kat aku..Aku tak tau samaada aku terbawak balik ke ape ke.tapi....untuk beberapa bulan aku diganggu dengan macam2 kelibat misteri.....

Bersambung...

        


Last edited by asymyra on 13-12-2014 12:56 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2014 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sambung2 hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 10:22 AM | Show all posts
Belum sambung lagi ke??
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita yg best... Mohon smbung dgn kadar segera:lol
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 02:28 PM | Show all posts
Cerita yg menarik...sambung seterusnye cik tt
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 03:47 PM | Show all posts
lagi?                           
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-12-2014 04:15 PM | Show all posts
Perempuan Berkemban Yang Berkulit Hangus.

Salam sayang to all readers.

      Kisah ni sambungan dari kisah aku anta junior aku pergi berubat. Peristiwa ni terjadi mase aku hampir final. For your info, kolej aku aku yang aku mentioned dalam post yang lepas terletak di kawasan kelapa sawit. And terkenal jugak dengan cite2 yang mistik.Contoh macam sorang senior aku, dia jenis memang senang nampak. Waktu tu dia balik dalam pukul 2.30 pagi. Dia lalu di kawasan kafe depan surau. Sebelum dia lalu, dia kate dia memang tak selesa dah. Sebab masa ,lalu tangga dia bau bende wangi yang semestinya bukan perfume Gucci atau Drakka. Dari lupe tuhan terus kumat kamit berzikir. Time lalu je depan kafe, dia ditegur. "hoi"..lembut je suara perempuan tu. Langkah dia terhenti. Di betul perasan kelibatSorang perempuan betul2 mencangkung atas meja makan 30 meter je dari dia. "Jangan kacau aku"...tegur dia....pastu bende tu tak diam..dia merengus sebijik macam lembu (aku pon tak tau bunyi je camne..aku tau lembu bunyi mooo...mooo....je).Dia pon ape lagi, berlari cam tak cukup tanah lah..Tapi ini bukan cerita aku..Ni cerita dia. Betol atau tak.Wallahu'alam.
      
      Berbalik pada kisah perempuan dia atas. Bende ni jadi hanya dalam satu malam sahaja (so xdapat disambung2.hihihi). Malam tu kami buat movie marathon. Dari cite hollywood sampai la malaywood.Kami tengok sambil minum air teh. Mase nak pergi buat air, jam mase tu almost 11.30 (aku ingat sebab aku tengah tunggu nak wish arwah bf aku punye bufday)...So aku pon keluar la nak amek air. Mase melangkah keluar dari bilik, aku dengar orang bersiul. Tapi aku xtwu dari mane. Sebab kawan2 bilik memang xreti bersiul. Cume bersiul ni siul panjangggggg je..Takde bunyi lagu search or ella.Aku masok.Aku tanye "korang dengar tak siul panjang tu?"...Kawan aku Elly cakap "weyh..jap..kau pegi isi air dulu"... aku pon chillex jela..Masok toilet aku memang suke g sinki tepi dinding sebab aku nak bahu kanan aku ni dihalang dinding...sebab ape, sebab mase sekolah menengah dulu, time aku masok gune sinki toilet bahu kanan aku ditepuk oleh makhluk Allah yang lagi sorang tu. Walaupun sekali je terjadi. ia bagi kesan yang sangat mendalam terhadap set mental aku. Aku pon lepas amek air. aku  g la buang air. Lagiiiiii sekali siul tu ade...tapi kali ni aku dengar betol2 dalam bilik air. "sape tu?!! Tak payah la siul2 dalam bilik air.Tak elok!" aku ni memang camni.Aku rase aku tak suke, aku tegur direct je. Lagipon kiteorg kat sane, memang dh cam adik beradik.so tak kesah nak ditegur. Siulan tu berhenti. Aku pon ok la.Ingat memang junior yg dok siul2 tu.

      Lepas settle amek air, aku akan lalu depan tangge untuk g bilik aku, lalu je depan..zzzaappp, ade satu bayang hitam lintas tepi aku naik ke tangga..Aku pon berlari gak la (macam watson nyambek)  sampai tertumpah air dalam heater. Aku bukan ape, tangge tu gelap ok..Lampu rosak..Ade sumber cahaya dari toilet je. bayang tu dekat gile ngan aku. Aku masok bilik mengah2..kawan aku tiga2 cuak. "weyh, muke kau?asal pucat?...Aku duduk kejap..Weyh..ade bayang2 hitam tadi.... Elly diam...Dia soh aku masak air dulu. Baru dia citer... Nak tau ape dia bagi tau..?

Bersambung............ (perempuan berkulit hangus menjelma) Last edited by asymyra on 15-12-2014 02:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 07:05 PM | Show all posts
alamak
pakcik yg berubat tu mcm kenal je
hahahaha

sebab jiran aku ada berubat dgn dia
masa ke sana
anak dia pandang je

masuk rumah anak dia ckp
ada sorg laki dgn 3 org budak ikut jiran aku ni
(FYI jiran aku yg nak berubat ni pompuan)
aku ckp la...mana ada budak kami berempat je
aku dgn wife aku..jiran aku dgn wife dia

pastu bapak dia ckp
x...yg anak saya cakap
budak tu anak jin yg dilahirkan oleh jiran aku
kiranya yg laki tu bapak jin

jiran aku ni susah ngandung
check hospital pakar semua kata normal

wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2014 07:13 PM | Show all posts
mohon sambung cepat tt.. !!!

kau buat semua bulu2 akak mencacak!
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 09:47 PM | Show all posts
Sambung TT....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 04:10 PM | Show all posts
Sambungan..

          Aku duduk sebelah Elly dengan lagi 2 org roomate aku. "Weyh, kau nak bg tau ape Elly?"..... "Korang jgn takot pulak" dia pandang lg dua org kawan aku yg penakot tahap dewa. .. "Actually masa kau tanya kiteorg dengar ke tak, aku dah memang nampak ade macam budak perempuan melintas belakang kau. Aku ingat junior ke apa, Tapi lg sekali, dr tepi ekor mata aku aku nampak mcm bende ulang alik belakang kau time kau tgh pakai selipar. Bende tu laju.Aku xtau aku silap tgk ke ape.Tapi bile pandang bende tu hilang."

         Aku diam. Yang roomate lg 2 org pon diam sambil berkerut muka. "Okay2 xpe..Skrg ni kita buat ape yg kita nk buat tadi. Jgn layan. Sebab bukan kita je makhluk yang hidup dalam dunia ni. Biar diorang dengan keje diorang. "Mak aih kau cakap bukan main ea. Muke kau pucat td pasaipa?" tegur kawan aku yang xpuas hati aku lecture bajet berani tapi baru je termengah-mengah masuk bilik dengan muke yang pucat. "Dahlah jom la. Citer ape pasni?" jawab aku nk cover balik malu. "Khurafat la pulak." jawab Elly...kami pon layan la cite hantu walaupun baru je jd bende2 tu tadi.  pang pung pang pung..abes la movie marathon malam tu.Air teh se jug pon dah liao... Kami pon terus la kemas2 katil nk tido. Tapi aku rase xsedap bdn. Ade rase panas pastu mcm susah nk tarik nafas. dalam hati aku..."aku semput ke ape?" keadaan tu dia sekejap ade sekejap ok...tapi aku buat tak tau je..Mungkin minum teh byk sgt kot.. Aku pon baring and tgk fon aku sampai tetido.

         Aku tak ingat dalam pukul berapa aku bangun. Tapi sumpah aku cakap, waktu tu rase panasss sgt bdn aku. And aku tak tahan nak buang air. Aku pandang sorang2 kawan aku. Masing2 dah sedap tido. Lena sampai ada yang berdengkur..Aku tak sampai hati nak kejut tapi perasan takut aku tak hilang lagi..aku bangon duduk jap...goyang2 kaki tahan nk buang air..."aduuiihh..emmm pegi jela." aku pon bangun amek bekas sabun. tibe2 aku dgr bunyi org berjalan kt depan bilik... aku pon ape lagi..happpyyyy la..sebab ade gak org lalu...aku pon cepat2 bukak pintu..aku toleh kiri kanan (ala2 filem hindustan)..aku nampak ade budak perempuan seluar pendek kepala tutup dgn towel masok dalam toilet..aku pon cepat2 la pakai selipar and berlari-lari anak...

       Sampai depan pintu aku pelik.. "aik???xbukak lampu ke?berani betol?" aku pon bukak la lampu. langkah masok toilet. Aku pegi toilet faberet aku. toilet firssssttt sekali (so aku x tgk la mane satu toilet budak tu masok). Tengah membuang terlintas dalam kepala otak aku, "aisshhh..asal x dengar bunyi air ke..flush ke?" suasana masa tu suuunnyiiiiiiiii gile ok. Aku mula rase xbest..Aku menyanyi dgn suara yg paling low volume sekali untuk hilangkan rase x best tu sampailah aku settle melampiaskan hajat aku and aku keluar. Keluar2 sinki ade kt depan toilet ......dengan cermin sekali.... cermin tu panjang sampai sinki hujung iaitu betol2 depan toilet last..aku basuh muke aku..pastu bile aku tgk cermin xde satu pon pintu tertutup.."aik?asal dari td aku xdgr bunyi pintu ke..air paip ke terbukak?" aku pon pergi mengintai bahagian shower.. Eh xde jugak..Aku pelik. Aku pon  terus keluar bilik air..sampai depan tangge aku cepatkan sikit langkah sebab takot bende td melintas lagi..sampai separuh jalan.."alamak...........sabun tertinggal pulak...." (sabun aku dari sekolah menengah smpai skrg memg org gemar utk mengambilnya. padahal sabun murah je pon. so aku memang xkan tingglkan dalam bilik air).. Aku pon patah balik...

       Langkah je masok bilik air, aku pergi dalam toilet td ambik sabun.. Bile keluar balik, aku pandang cermin. Dan aku jadi kaku.Kaki aku macam lembik nak jalan. dari ekor mate aku, betol2 toilet last sekali, aku nampak ade perempuan berkemban kulit macam terbakar berdiri kat dalam toilet tu sambil menghadap cermin and seolah2 pandang ke arah aku. Rambut kembang sampai ke pinggang.  Badan perempuan tu besar....Dia tak bergerak. Aku pon same.. Aku punya takot time tu xpayah cakap.. aku betol2 berdiri dekat pintu toilet aku. aku xnk lari sebab ape...sebab dalam kepala otak aku ni dah ade mcm2 bende aku pikir. (contohnya, kalau aku lari keluar, aku takot time keluar pintu bilik air dia dah tunggu aku depan tu.) aku tunggu sampai bende tu bla..tapi dia xbla..aku pon ambik keputusan untuk pandang dia tepat2.... aku bace subhanallah and allahuakbar byk2 sebelom pandang dia. Bile pandang, pop!bende tu takde...aku lega......sikit.... Aku anggap tu mainan mata walaupun memang aku tau bende tu. Sebab memang terang dan jelas ye susuk tubuh dia.

          Aku keluar dan lepasi tangga yang aku nampak kelibat bayang2 hitam....tapi.... sungguh malang nasib aku bile secara tiba2...pap! satu asrama aku blackout!!( untuk info semua, asrama aku ni memmang terlampau kerap black out..Aku sendiri tak tau kenapa) Aku memg xnmpk ape..Cume cahaya bulan je nampak. Aku terpaksa jalan slow sebab aku rabun and kawasan memg gelap. tgh aku jalan,sekali lagi! bayang hitam tadi lalu sebelah macam pelesit. Aku istighfar dalam hati...aku kuatkan diri walaupun aku terase seolah-olah beribu 'makhluk' tu ada kt belakang aku.(korang tau kan perasaan tu?hihi)...sampai bilik..aku berhenti jap..aku bace alfatihah, ayat kursi, tiga kul dan beri salam.aku xnk terbawak 'dia' masok sekali. aku tutup pintu dengan jayanya. Dan baring semula.. aku tak dapat tidur sampai subuh...Aku pon tak tau kenapa.. Cuma apa yang aku tau, aku akan beterusan diganggu lagi............Wallahu'alam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 05:54 PM | Show all posts
Next story tt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 11:05 AM | Show all posts
ooi... meremang bulu roma akk baca story ko dik... akk pulak yang rasa macam ada dalam story ko..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:12 PM | Show all posts


penceritaan yg memberi impak pada pembaca .. nice .. 8/10 dari saya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 02:01 PM | Show all posts
fuh....

Nak lagi...nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 04:04 PM | Show all posts
gigih kau pegi amik sabun tu. kalau aku x pe lah hilangpun aku halalkan dalam keadaan mcm tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lindarafee posted on 16-12-2014 04:04 PM
gigih kau pegi amik sabun tu. kalau aku x pe lah hilangpun aku halalkan dalam keadaan mcm tu

Gigihhhhh..sebab xsangke nk nampak natang tu..hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
chuckos posted on 16-12-2014 12:12 PM
penceritaan yg memberi impak pada pembaca .. nice .. 8/10 dari saya ...

Hehe..tq chuckos.^_^
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.100574 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list