CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2951|Reply: 3

haruman kasturi iringi pertemuan terakhir

[Copy link]
Post time 12-12-2014 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Pertemuan terakhir diiringi harum kasturi..



Mazni baru mendapat kerja diutara tanah air. Memang hajat Mazni untuk pulang ke kampung halamannya kerana ingin menjaga ibunya yang sakit dikampung. LAgipun MAznilah satu satunya harapan ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia ketika Mazni berumur 15 tahun dan Mazni tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana dia anak tunggal.


Walaupun berat hati Mazni untuk berpindah dari ibu kota ke kampung halamannya namun apabila mengenangkan ibunya yang tinggal seorang diri dikampung, Mazni pasrah. Selama hampir 6 tahun, Mazni tinggal dibandar dan kalau boleh dia ingin membawa ibunya tinggal bersama namun ibunya enggan mengikut kerana dia lenih selesa tinggal dikampung. Setelah mengemaskan barang barangnya, Mazni bersalam salaman dengan kawan serumahnya. Memang sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka lantaran hubungan mereka yang rapat seperti adik beradik. Namun demi ibu tersayang, Mazni terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuatnya.

Mazni sengaja memandu pada waktu malam untuk pulang kekampungnya kerana perjalanan pada waktu malam lebih selesa dan sejuk. Lagipun Mazni memandu seorang diri pada malam itu. Sambil mendengar lagu lagu diradio, Mazni teringat akan ibunya. Memang ibu tua itu banyak berkorban demi Mazni kerana setelah kematian bapanya, ibunyalah yang berkerja keras menyara dan membesarkan Mazni. Jam menunjukkan tepat 12.30 malam. Walaupun hari sudah larut malam, mata Mazni masih segar bugar.

Memandu di kawasan lebuhraya memang tidak memenatkan tetapi Mazni kurang suka memandu dilebuhraya kerana dia cepat mengantul apatahlagi Mazni memandu kereta automatik. Selepas melalui laluan lebuh raya, Mazni masuk pula ke laluan jalan biasa. Sedang asyik Mazni memandu, tiba tiba kenderaannya ditahan oleh seseorang wanita tua berkerudung putih.

Tanpa banyak soalan, Mazni mempelawa wanita tua itu menaiki keretanya. Wajah wanita tua itu kelihatan pucat. Dia tidak banyak bercakap dengan Mazni. Sambil menunggu sampai kerumahnya, wanita tua itu sempat berzikir. Tersentuh hati Mazni melihat wanita tua itu. Teingat dia pada ibunya. Tentu ibunya sedang menunggu kepulangannya dirumah. Sambil memandu, Mazni sempat mencuri pandang wajah wanita itu. Wajahnya tidak jelas kerana ditutupi oleh selendang putih dikepalanya. Tetapi apabila mendengar suaranya, dia seperti biasa dengan suara itu. Begitu juga perwatakan wanita tua itu. Memang seperti biasa dengan diri Mazni. Mazni ingin bersenbang dengan wanita tua itu tetapi apabila melihat wanita itu sibuk berzikir, hajatnya untuk sembang terbantut. Tiba sisatu simpang, wanita itu menyuruh Mazni menurunkannya disitu. Pelik jugak dihati Mazni kerana setahu Mazni, tidak ada rumah dikawasan itu tetapi wanita itu beria ia memberitahu Mazni bahawa rumahnya terletak jauh kedalam.


Selepas mengucapkan terima kasih, wanita itu berlalu dicelah celah kegelapan malam dan kabus tebal. Sekelip mata kelibat wanita itu hilang dari pandangan mata.


Mazni meneruskan perjalanan. Tetapi yang hairannya, sungguhpun wanita itu telah pulang ke rumahnya, namum bau harum bunga kasturi menyelubungi kereta Mazni. Jam menunjukkan ke angka 3 pagi. Entah mengapa perjalanan kali ini terasa begitu lama.

Mazni sendiri keliru kerana sedah beberapa kali dia melalui jalan yang sama tetapi dia masih tidak sampai ke rumahnya. Mazni dipagut keresahan. Entah berapa kali Mazni terpaksa melalui jalan yang sama. Dia seolah olah gagal menemui pulang ke rumahnya. Selepas membaca ayat ayat Al-Quran, barulah Mazni berjaya menemui jalan kerumahnya.


Dalam keadaan hujan renyai renyai, Mazni melangkah masuk kerumahnya. Kepulangan Mazni disambut oleh ibu saudaranya. Hati Mazni mula berdebar debar. Sejak dia sampai, dia tidak nampak kelibat ibunya. Mazni mula berasa resah. Berkali kali dia mendesak ibu saudaranya memberitahu dimanakah ibunya. Setelah didesak beberapa kali, ibu saudarannya bahawa ibunya telah kembali ke rahmatulllah petang sebelum Mazni pulang ke kampung. Ibunya telah ditimpa kemalangan jalan raya ketika dlam perjalanan ke klinik. Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh ibunya agak parah, saudara mara dan orang orang kampung bersepakat mengebumikan ibunya setelah gagal menghubungi talian telefon bimbit Mazni. Kebetulan, Mazni baru sahaja kehilangan telefon jadi dia tidak dapat dihubungi dan berhubung.


Mazni jatuh pengsan kerana tidak dapat menerima berita pemergian ibunya. Hampir dua hari dia tidak sedarkan diri. Namun akhirnya Mazni akur dengan ketentuan ilahi. Tetapi. Mazni masih musykil. siapakah wanita tua yang dijumpai pada malam dia pulang ke kampung. Mingkinkahwanita tua itu roh ibunya.




Sumber: zamrispoon.blogspot.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 02:39 PM | Show all posts
perghhh sedih gak la....x seram tapi sedih...huuhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 03:47 PM | Show all posts
Kisah betul ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 03:59 PM | Show all posts
Kesiannya kat Mazni jadi anak yatim piatu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.233721 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list