View: 19850|Reply: 167
|
[Jenayah]
Kekasih Gelap Warisi KWSP.Kelles Ko Dekkk
[Copy link]
|
|
- Tamil Selvee membuat aduan di pejabat Pembela BN Melaka ekoran kecewa wang KWSP yang ditinggalkan suami selepas kematiannya diwarisi oleh individu lain yang didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ suaminya
AYER KEROH - Hampa dan kecewa. Itulah yang dirasa seorang ibu tunggal apabila mendapat tahu dia tidak layak menuntut wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suami selepas kematian lelaki itu.
Sebaliknya nama waris yang tertera adalah individu lain yang didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ suami.
M Tamil Selvee, 48, dari Taman Kesang Damai, Jasin, berkata, perkara itu hanya disedarinya ketika tampil ke pejabat KWSP Cawangan Jasin, Julai lalu dan pegawai terbabit menjelaskan suaminya telah menukar nama waris kepada wanita berkenaan.
Selvee yang hanya meraih pendapatan sebanyak RM322 sebulan sebagai tukang sapu di sebuah kuil, mengenali wanita terbabit dan tahu hubungannya dengan suami selama ini.
“Saya memang tahu hubungan suami, tetapi apa boleh buat, sebagai isteri saya kena patuh padanya. Tetapi saya tidak sangka dia (suami) tergamak sehingga sanggup menukar nama waris KWSP miliknya kepada wanita itu.
“Saya puas merayu kepada wanita itu supaya memberikan sebahagian wang itu untuk keperluan keluarga saya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya,” katanya ketika ditemui di pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, di sini, semalam.
Menurut Tamil Selvee, suaminya, Mendiang K Chellamanickam, seorang pemandu jentolak, meninggal dunia pada Julai lalu selepas mendapat kemalangan di tempat kerja.
Katanya, mendiang suaminya pernah mengeluarkan wang berkenaan sebelum kematiannya beberapa bulan lalu sebaik usianya genap 50 tahun.
Ibu tunggal itu bercadang untuk mengeluarkan baki wang berkenaan yang jumlahnya lebih kurang RM31,000.
“Saya mempunyai tiga anak tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia akibat sakit. Kini tinggal anak perempuan saya berusia 26 tahun tetapi dia sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Harapan saya, wang berkenaan dapat digunakan untuk keperluan keluarga.
“Saya ingin nasihatkan isteri-isteri di luar sana supaya semak penama KWSP suami supaya apa yang menimpa saya tidak terjadi kepada wanita-wanita lain yang kematian suami.
Begitu juga buat suami, jangan tergamak perlakukan isteri seperti ini, hanya kerana terpengaruh dengan teman wanita sampai letak penama KWSP kepada nama kekasih,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan sistem penama KWSP itu sendiri sehingga pencarum sewenang-wenang meletakkan nama kepada sesiapa pun.
“Saya mencadangkan agar perkara ini diambil perhatian serius dengan meletakkan nama waris kepada mereka yang benar-benar berhak seperti anak dan isteri,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kekasih-gelap-warisi-kwsp-1.340593
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyo aci..kesiannya..smga itu uncle kena bakar kaw kaw dgn tuhan di sana |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
dah la kena redha 'dimadukan'..
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni cina sgpore kena. Suami dia wariskan kat pompuan Chinaland |
|
|
|
|
|
|
|
ada kwn aku cerita kisah benar. mcm ni jugak kesnya tp lain sikit. suami meninggal. isteri pegi kwsp cek pewaris. tup2 keluar nama ex girlfriend. kuang kuang kuang... nasib baik ex gf jenis x tamak. dia tak ambil tp serah semua pada balu. jadi kwn aku nasihat "cek nama pewaris suami korang cepat2" ahhhahahah |
|
|
|
|
|
|
|
keji sungguh laki dan pompuan yg mcm nie..dh lah curang..abis reta pun sumer bg kt skandal.. |
|
|
|
|
|
|
|
katak hijau posted on 10-12-2014 11:19 AM
ada kwn aku cerita kisah benar. mcm ni jugak kesnya tp lain sikit. suami meninggal. isteri pegi kwsp ...
agaknya nama tu arwah taruk masa baru keje n kenal ex-gf kot, dah kawin no border nak tukar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan sistem penama KWSP itu sendiri sehingga pencarum sewenang-wenang meletakkan nama kepada sesiapa pun
---> Kelemahan macammana plak tue....mmg ikut suka tuan punya la letak nama sapa kannnn....
Takde kerja la plak KWSP nak kena verify sapa waris...
Dan adakah pulak nak buat syarat waris hanya keluarga saja?
|
|
|
|
|
|
|
|
simpati..
isteri kena patuh walau pun tahu suami ada skandal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Puan...
cari saje geng 08...beri upah 10% |
|
|
|
|
|
|
|
seharusnyer kwsp kena peka hal2 begini..
harus taruk penama utk ahli keluarga sahaja yg ada pertalian keluarga
kesian kat waris2 yg berhak tapi tak dapat hak |
|
|
|
|
|
|
|
ColbyRaikkonen posted on 10-12-2014 11:23 AM
---> Kelemahan macammana plak tue....mmg ikut suka tuan punya la letak nama sapa kannnn....
Tak ...
exactly
benda ni sangat subjektif kan
buatnye bini si pencarum tuh jenis jahat main kayu tiga
tinggalkan somi yg sakit kontang kanting kat rumah
anak yg menjaga somi
lepas mati bini dia ambik duit buat belanja kawin dgn anak hekan
dah caner pulak tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannye. hak isteri dan anak2 yang sah dinafikan |
|
|
|
|
|
|
|
waris sape2 pun boleh ye..ingat ahli keluarga sahaja...kwsp pun alert jugak la, bg la keutamaan kepada keluarga yg sepatutnye mewarisi duit kwsp tu |
|
|
|
|
|
|
|
ai cam pelik takkan la pihak KWSP tak tahu langsung mengenai informasi status pencarum kn? biasanya mende2 camni boleh refer kut kt JPN.
Apa pun, ai kesian kt auntie nih... |
|
|
|
|
|
|
|
dah hak nak namakan si penama tu adalah hak pencarum jd nak kata camner
lainlah klu kwsp dah buat satu peraturan yg kata hanya keluarga boleh dijdkan penama
|
|
|
|
|
|
|
|
cube cek waris isteri plak.buh nme anak.bkn buh nme suami.kononya takot suami enjoy bini muda:lol |
|
|
|
|
|
|
|
diwarisi oleh individu lain yang didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ suaminya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|