CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3818|Reply: 1

Kajian lagi : Majlis mewah sampai berhutang punca tidak bahagia/

[Copy link]
Post time 9-12-2014 07:47 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR 7 Dis. - Majlis perkahwinan di luar kemampuan kewangan sudah menjadi sinonim de-ngan masyarakat di negara ini biarpun terpaksa berhutang berbelas dan berpuluh ribu ringgit.

Masalah kewangan yang dihadapi pasangan ‘berhutang’ ini kemudiannya melarat walaupun sehingga anak sudah bersekolah dan tidak mustahil mewujudkan keada-an konflik yang berakhir dengan perceraian.

Cukup mengejutkan, kajian oleh Pusat Kecemerlangan Keluarga, Remaja dan Kanak-Kanak (FACE) Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) terhadap 549 individu yang baharu dua tahun berkahwin mendapati 37 peratus daripadanya sudah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan perkahwinan mereka.

Bagai sudah dapat dijangka, masalah kewangan menjadi punca utama kepada konflik perkahwinan mereka dan masalah itu jauh me-runcing berbanding isu-isu lain termasuk sikap pasangan, pengurusan konflik, cara pasangan membuat keputusan dan masalah komunikasi.

Ketua FACE, Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari berkata, beliau tidak menolak antara punca masalah kewangan yang menimpa pasangan muda itu adalah akibat beban hutang berikutan majlis perkahwinan di luar kemampuan.

Jelas beliau, ramai pasangan suami isteri pada masa kini gagal membuat perancangan kewangan untuk jangka masa panjang dan mengambil mudah terhadap trend meminjam wang untuk berkahwin walaupun kosnya mencecah antara RM25,000 hingga RM35,000.

“Bagi mereka berkemampuan atau memang dari keluarga kaya, saya tidak berapa kisah tetapi saya bimbangkan terhadap pasangan yang terpaksa berhutang berbelas atau berpuluh ribu ringgit dengan bank hanya semata-mata untuk majlis yang berlangsung sehari atau dua hari sahaja.

“Dalam agama Islam pun sudah diterangkan apa yang wajib dilakukan, tidak perlulah kita berbelanja keterlaluan dan melakukan pembaziran seolah-olah perkahwinan seorang bintang filem, sedangkan artis-artis pun kahwin meriah sebab dapat tajaan,” katanya.

Jelas beliau, apa yang cukup dibimbangkan adalah kajian itu juga mendapati hanya 16 peratus daripada responden terbabit sudah mempunyai anak, ini bermakna beban kewangan sudah pun merun-cing sebelum individu berkenaan mempunyai jumlah tanggungan lebih besar.

“Tempoh dua tahun pertama perkahwinan sepatutnya menjadi tempoh berbulan madu, yakni tempoh bahagia tetapi masalah berpunca kesilapan menguruskan kewang-an ini boleh merosakkan hubungan dan menjadi ‘api dalam sekam’ sehingga mengakibatkan perkahwinan dibubarkan,” katanya.

Katanya, masalah belanja perkahwinan di luar kemampuan tidak boleh ditujukan kepada pasangan suami isteri sahaja tetapi juga didorong oleh keluarga kedua-dua pihak sehingga konsep majlis perkahwinan yang mulia, berubah menjadi peluang untuk bermegah-megah.

Tegas beliau, trend masalah kewangan yang menghimpit pasangan suami isteri bukan masalah baharu, namun keadaan diburukkan dengan kos hidup masa kini yang bertambah tinggi terutamanya kepada mereka bekerja di bandar dengan pendapatan paras sederhana dan rendah.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.E2A0Aa5Z.dpuf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 09:07 AM | Show all posts
dah ada thread kat CI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065090 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list