View: 1507|Reply: 6
|
[Dunia]
Di China, 500,000 disahkan ada penyakit HIV, AIDS
[Copy link]
|
|
BEIJING ­ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa China meningkatkan langkah pencegahan selepas hampir 500,000 penduduk negara itu dilaporkan menghidap penyakit HIV dan AIDS manakala beratus ribu lagi masih belum membuat ujian pengesahan.
Seorang wakil WHO di China, Bernhard Schwartlaender berkata, banyak yang perlu dilakukan Beijing untuk mencegah dan membantu pesakit yang menghidap penyakit maut tersebut.
“Apa yang paling penting, kita mesti menghapuskan sikap diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan penyakit ini dan golongan yang be­risiko tinggi terdedah kepada HIV seperti pelacur dan penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan,” katanya dalam satu artikel di akhbar China Daily.
Tambahnya, dia melihat beberapa rakannya yang berkecimpung dalam bidang perubatan turut menyisihkan pesakit yang dijangkiti penyakit bahaya tersebut.
“Sikap itu tidak boleh diterima dan ia perlu dihentikan,” tegasnya.
Kira-kira 497,000 penduduk di China disahkan menghidap HIV/AIDS sejak kes pertama direkodkan di China pada tahun 1985.
Bagaimanapun, angka itu meningkat dari September 2013 apabila 434,000 orang disahkan menghidap HIV/AIDS.
Lebih 500,000 penghidap HIV/AIDS di China kini menerima rawatan antiretroviral.
Kebanyakan kes HIV/AIDS di China berlaku disebabkan hubungan seks tidak selamat diikuti jangkitan daripada ibu kepada anak dan perkongsian jarum suntikan dadah. – AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk china je dh brapa bilion, approx 19% jumlah pnduduk dunia. So mmg pyhlah nk banteras hiv/aids ni kt sana. Malah jumlah penghidap hiv tu pasti meningkat sbb msh ramai yg xbuat ujian pengesahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm...interesting stats... |
|
|
|
|
|
|
|
setgh juta tu.
china doll ari tu dah buat ujian lom? |
|
|
|
|
|
|
|
taikor posted on 2-12-2014 03:28 PM
benda ni kena sampaikan kpd @spiderman80
Saya dan isteri tercinta saya Puan Botakchinpeng setiap tahun ada buat medical check up tahu??!!! |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 2-12-2014 03:37 PM
Saya dan isteri tercinta saya Puan Botakchinpeng setiap tahun ada buat medical check up tahu??!!!
ada lah HIV kamu laki bini..??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|