CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97986|Reply: 668

RATU: Satu Hari [Remy Ishak, Sara Ali, Rita Rudaini] (Mula 02/12/2014)

[Copy link]
Post time 24-11-2014 12:28 AM | Show all posts |Read mode


Mula 02 Disember 2014 menggantikan Setitis Kasih Darmia

LINK BERKAITAN
Tonton: Satu Hari
Kepala Bergetar: Satu Hari
Twitter: #SatuHari
Webstagram: #SatuHari

Episod: 14 episod
Siaran: Setiap Selasa & Rabu, slot Ratu TV9
Pukul: 8.30 malam
Pengarah: Jamal Khan
Terbitan: Primeworks Studio Sdn. Bhd.

WATAK
Remy Ishak sebagai Isfahan
Sara Ali sebagai Sabrina
Rita Rudaini sebagai Lia
Miller Khan sebagai Moez



SINOPSIS
Mengisahkan Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun telah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Isfahan kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) seorang penganalisa air mentah di Sarajevo.

Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu. Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina akhirnya membuka pintu hati Isfahan untuk bercinta kembali, walaupun dia masih terikat dengan memori silam. Namun Isfahan terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila Lia kembali menagih cinta lama selepas diceraikan Moez.

Adakah Remy kembali menyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

Last edited by hafizadam on 2-12-2014 09:09 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 08:50 AM | Show all posts
bca sinopsis macam best jek cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:06 AM | Show all posts
kalau Jamal Khan punya... confirm best !!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:24 AM | Show all posts
wahhh baca sinopsis pun mcm bestt.. pelakon pun best2
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:33 AM | Show all posts


Bercinta di bumi Sarajevo

GANDINGAN Remy dan Sara dalam drama Satu Hari yang menjalani penggambaran di Sarajevo bakal bersiaran 2 Disember depan.


DUKA yang terpalit dalam hati Remy Ishak sememangnya tidak boleh dibilang dengan jari.
Sarat dengan kekecewaan terbesar dalam hidup, jejaka itu akhirnya membawa diri sejauh beribu-ribu kilometer ke bumi Sarajevo.
Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Remy bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu.
Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sara Ali akhirnya membuka pintu hati Remy untuk bercinta kembali, namun dia masih terikat dengan memori silam.
Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Remy kemudian diduga apabila kembali ditagih cinta lama. Adakah Remy kembali me-nyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sara yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?
Segala-galanya bakal terjawab dalam drama bersiri 14 episod Satu Hari yang bakal menemui penonton menerusi slot Ratu di saluran TV9 pada setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam bermula 2 Disember depan.
Drama arahan Jamal Khan terbitan produksi Primeworks Studio Sdn. Bhd. itu yang buat julung-julung kalinya menggandingkan Remy dan Sara sebagai hero dan heroin di kaca televi-syen kini sedang menjalani penggambaran kira-kira tiga minggu di negara yang pernah dilanda peperangan itu.
Bersama Sensasi Bintang, kedua-dua figura itu berkongsi sesuatu mengenai drama ber-kenaan, selain suka-duka mereka sepanjang bergelar artis.
SENSASI BINTANG: Boleh ceritakan sedikit mengenai watak kalian dalam drama Satu Hari?
REMY ISHAK: Saya membawakan watak Isfahan yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri, Moez (Miller Khan) biarpun te-lah berkahwin selama sembilan tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Puteri. Saya kemudiannya bertemu Sabrina (Sara Ali) di sana sebelum terpaksa pulang semula ke tanah air gara-gara kematian Puteri. Konflik mula timbul apabila Lia kembali menagih cinta saya selepas diceraikan Moez.
SARA ALI: Dalam drama ini, saya merupakan seorang peng-analisa air mentah di Sarajevo. Sabrina seorang yang berdikari dan sering merantau ke negara orang kera-na ingin mengenali dunia.
Peluang menjejakkan kaki di bumi Sarajevo pastinya sukar dilepaskan. Komen kalian?
REMY ISHAK: Kita semua tahu negara itu pernah bergolak sebelum ini kerana peperangan. Kini, saya mahu menyaksikan sendiri di depan mata berbanding mengetahui sesuatu mengenai negara itu menerusi bahan bacaan. Saya juga ingin berkongsi pengalaman dengan pelakon di sana termasuk bagaimana cara mereka menjalani penggambaran.
SARA ALI: Sudah tentu saya teruja apabila dapat mengetahui bagaimana kehidupan mereka selepas perang. Saya ada membuat sedikit penyelidikan di internet dan apa yang saya tahu, ada tempat yang boleh dilawati dan ada juga tidak.
Nama kalian bukan lagi satu jenama baharu yang perlu diperkenalkan dalam industri. Adakah ia satu tiket untuk berasa selesa?
REMY ISHAK: Saya selalu fokus dan enggan menganggu konsentrasi setiap karakter yang dibawa. Sesi fotografi pun lebih baik beri kepada mereka yang memerlukan. Malas ada yang kata belakang-belakang apabila terpaksa menunggu lama nanti. Bukan maksud saya sesi fotografi tidak penting tetapi banyak hati yang saya kena jaga sebagai Remy Ishak. Saya bukan pentingkan diri sendiri, ini semua rezeki hasil kerja keras selama ini. Jadi apabila sudah ada, saya harus hargai. SARA ALI: Saya jarang ambil dua tawaran dalam satu masa, nanti saya sendiri penat badan, jadi bergantung pada situasi. Selama empat tahun dalam industri, saya sedar bahawa saya perlu lebih matang.
Alang-alang dah berbual, nak tanya sikit. Bukan apa, industri tempatan kini semakin meriah dengan kehadiran pendatang baharu. Apa pandangan anda berdua mengenai situasi ini?
REMY ISHAK: Sejujurnya, saya dah muak dengan pendatang baharu. Majoriti menjadikan lakonan sebagai batu loncatan untuk popular. Harus diingat bahawa industri kita kecil, bila jadi macam ini langsung orang yang betul-betul berbakat tiada tempat. Namun, saya menganggap itu semua hak masing-masing. Cuma satu pesan saya, bersyukurlah kerana segala-galanya lebih mudah sekarang berbanding zaman saya dulu.
SARA ALI: Rezeki masing-masing, saya bukan bersaing dengan orang baharu. Sebaliknya, saya mahu bekerja bersama-sama mereka kerana industri kita bukan besar mana.
Bunyinya macam ada sedikit perasaan kecewa dengan industri kita. Cuba komen sikit.
REMY ISHAK: Produk kita nak pergi seberang pun bukan mudah. Saya bukan nak salahkan sesiapa tetapi inilah yang berlaku sekarang. Ada yang ambil pelakon Filipina yang nak cakap Bahasa Melayu pun tak reti. Senang-senang saja kita bagi orang luar masuk. Kita yang bunuh industri sendiri. Apapun, saya menganggap ini satu cabaran positif.
SARA ALI: Percaturan kini berbeza, kalau nak berjuang macam 10 tahun lepas tidak akan sama. Saya sedih benda macam ini terjadi tetapi tidak boleh marahkan industri. Ramai yang berbakat, namun kenapa nak bising-bising. Sampai satu tahap saya tidak tahu hendak letak diri di mana. Industri muzik kita semakin bersatu tetapi industri filem memenatkan saya. Sepatutnya saya jadi penyanyi sejak dulu. Jadi, saya perlu ada pengaruh untuk mengubah segala-galanya.
Ada sebarang perbezaan mengenai anda berdua sekarang berbanding ketika mula-mula terjun ke dalam industri sebelum ini?
REMY ISHAK: Umur sudah me-ningkat, kena matanglah. Kalau masih macam umur belasan tahun, nanti tiada orang hormatkan kita. Dah nak 10 tahun dalam industri takkan nak bawa watak sama. Bukan skrip tak bagus tetapi tak sesuai dengan usia, jadi lebih baik beri orang lain. Walaupun watak lebih kurang sama, cara pembawakan berbeza, nak bercerita pun orang lain belum tentu faham. Pelakon tak pernah puas, kalau jadi gengster lima kali pun belum tentu sempurna. Susah nak terangkan benda ini.
SARA ALI: Saya kini berdepan dua kelompok peminat yang berbeza. Jika dulu, pengikut saya di laman Instagram mencecah 90,000, kini bertambah lagi 20,000 pengikut. Saya akui ia penangan drama slot Akasia, Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Peminat dulu mungkin boleh terima saya se-adanya, mereka bukan sekadar minat tetapi memahami saya. Kini, saya pernah ditampar seorang mak cik yang cukup menyampah dengan watak saya sebagai Melina dalam drama itu. Ini cabaran baharu buat saya. Saya tidak mahu peminat saya berpuak-puak. Kalau yang lama boleh minat, kenapa yang baharu tidak? Saya tak nak paksa orang suka saya kerana tahu orang perlu masa untuk kenal siapa Sara Ali. Saya mahu mengenali peminat, baru peminat boleh mengenali saya.
Bagaimana pula dengan cinta? Boleh kongsikan sedikit bersama peminat?
REMY ISHAK: Buat masa ini, saya bercinta dengan kerjaya. Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Apabila orang tanya, ia boleh menyebabkan saya terfikir.
SARA ALI: Saya baru berusia 24 tahun, banyak lagi benda yang saya kena fikir. Buat masa sekarang, saya mahu menjaga nama dan reputasi serta tidak terlibat dengan gosip. Ia tanggungjawab saya sama ada mereka percaya atau tidak.
Apa pula projek terbaharu kalian selepas ini?
REMY ISHAK: Ini tahun pa-ling sibuk buat saya kerana terlibat dengan beberapa projek sehingga hujung tahun. Mengenai 2015, ada memang ada tetapi lebih baik saya simpan sendiri dulu. Bila sudah rasmi nanti saya akan umumkan kepada semua. Saya memang seorang yang bekerja keras sampai terlupa bila kali terakhir bercuti gara-gara bekerja tanpa henti.
SARA ALI: Saya tidak tahu. Dulu saya fikir satu-satu apa yang patut saya buat, cuma sekarang saya nak tengok sejauh mana saya boleh pergi. Saya pernah memasang impian untuk ke sekolah filem di luar negara satu ketika dahulu sebelum akhirnya sedar masih banyak yang harus saya lakukan di sini.
Kini saya tengah belajar untuk mengendalikan banyak perkara dan tidak mahu cepat melatah. Permainan kini berbeza buat saya tetapi ini pilihan saya sendiri, jadi kena terima.
Saya kini tengah membiasakan diri dengan solekan, pakaian, kasut dan sebagainya. Ini Sara Ali yang baharu tetapi sekurang-kurangnya saya mahu belajar. Percaya atau tidak, saya sendiri terkejut boleh menyolek wajah saya sendiri sekarang.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 11:20 AM | Show all posts
citer cliche lagi..yg bestnye shooting kat sarajevo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 03:12 PM | Show all posts
arisa_imamura posted on 24-11-2014 05:20 AM
citer cliche lagi..yg bestnye shooting kat sarajevo..

Remy Ishak kalau pergi obersi mesti jumpa cinta baru.
hari tu pergi Indonesia jumpa Sulastri kah3

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 04:59 PM | Show all posts
arisa_imamura posted on 24-11-2014 11:20 AM
citer cliche lagi..yg bestnye shooting kat sarajevo..

as long as bkn citer kawin paksa, kire ok la...


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer ni mayb tarikan kuat dia sbb buat di bosnia. Simematografi mesti cun..tgk gambar2 kat Insta Remy..perhh Masya Allah tak sangka Bosnia secantik itu n already in my bucketlist.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:53 AM | Show all posts
YAAHHHH REMYY
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 10:02 AM | Show all posts

Yeayyy! dah ada rumah #satuhari !  

Check in!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:39 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 11:59 AM | Show all posts
yayazz posted on 25-11-2014 10:02 AM
Yeayyy! dah ada rumah #satuhari !  

Check in!!

check in juga @yayazz

mesti best citer ni....



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:47 PM | Show all posts
verrellamante posted on 25-11-2014 11:59 AM
check in juga @yayazz

mesti best citer ni....


kannn..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 12:58 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 02:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:04 PM | Show all posts
nak tgk sbb nak cuci mata tgk sarajevo............(dan miller khan )
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 04:30 PM | Show all posts


OST best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.144213 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list