View: 3376|Reply: 8
|
Helen Mirren pilihan L'Oréal Paris di usia 69 tahun!
[Copy link]
|
|
Pemenang anugerah Oscar ini telah dipilih oleh jenama tersebut sebagai jurucakap kepada rangkaian penjagaan kulit anti-penuaan, Age Perfect.
"Saya sentiasa menggemari jenama L'Oréal Paris dan saya rasa teruja dan berbangga terpilih menjadi jurucakap serta menyertai kumpulan yang berjaya ini."
"Saya berharap saya dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana agar lebih berkeyakinan dengan wajah dan penampilan semula jadi. Kita semua sangat berharga!" ujar Mirren dalam satu kenyataan.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh L'Oréal Paris mendapati Mirren menduduki tempat teratas sebagai wanita yang mempunyai penampilan menarik kepada pelanggan.
Malah ramai yang berulang kali menyatakan Mirren kelihatan asli, bijak dan glamor serta masih kelihatan cantik walaupun usia sudah meningkat.
Sudah berkecimpung dalam industri lakonan lebih 40 tahun, Mirren pernah dilabel sebagai simbol seks pada satu ketika dahulu.
Sebelum ini aktres berusia 53 tahun, Tilda Swinton telah diumumkan sebagai jurucakap jenama Nars serta model-model berusia 40 tahun ke atas seperti Linda Evangelista, Christy Turlington dan Stephanie Seymour masih lagi mendapat perhatian dalam kempen kecantikan.
-baratwood.blogspot
Last edited by Mary_jane on 22-11-2014 07:54 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi lakonan dlm filem The Queen...! |
|
|
|
|
|
|
|
die belakon memang best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Google Image dia, terkejut me tengok beberapa gambarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
wow...... |
|
|
|
|
|
|
|
dia pernah berlakon dgn bruce willis cerita R.E.D , |
|
|
|
|
|
|
|
helen mirren dia cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kesah langsung psal nak membotox....aku xleh bayangkan kim k umur 50an nnti |
|
|
|
|
|
|
| |
|