NEW YORK, 20 NOV 2014: Jangan cuba cari pasal dengan Paris Hilton. Jika tidak, sosialis terkemuka itu mempunyai seribu satu cara untuk mengenakan orang yang tidak disukainya.
Itulah yang berlaku terhadap aktres yang sedang bermasalah iaitu Amanda Bynes. Dalam sebuah kelab hiburan di Los Angeles, Amanda Bynes dilaporkan telah mencetuskan masalah dengan pewaris empayar Hilton itu.
Apa tidaknya, sedang Paris Hilton berseronok dengan kawan-kawannya di kelab hiburan tersebut, datang si Amanda Bynes di kawasan tempat duduk VIP yang memang menjadi 'port' Paris Hilton dan kawan-kawannya.
Tiba-tiba Amanda telah datang ke meja Paris dan duduk di situ dengan muka yang selamba serta tidak tahu malu. Bengang dengan tindakan Amanda, Paris bukan saja terus naik hantu tetapi terus menghalau Amanda pergui jauh dari mejanya.
"Amanda cuba untuk duduk di meja yang diduduki Paris serta kawan Paris iaitu Brandon Davis. Paris dan kawannnya memang tidak happy langsung dengan tindakan Amanda itu.
"Apa lagi, mereka pun bertengkarlah. Macan-macam perkataan yang tidak enak didengar yang keluar. Akhirnya mereka halau dia (Amanda) pergi dari situ.
"Amanda tidak minum (alkohol) dan tidak mabuk. Tapi, sikapnya nampak cukup pelik. Dia kemudian berdiri di tengah-tengah kelab itu bersama rakannya. Memang dia nampak pelik," kata satu sumber memberitahu.
-murai.
Last edited by Mary_jane on 21-11-2014 12:59 AM
|