View: 10311|Reply: 63
|
Ratu Dangdut, Amelina Bakal Kembali Selepas 15 Tahun Menyepi
[Copy link]
|
|
Penyanyi yang mendapat jolokan Ratu
Dangdut dek pengaruh beliau dalam dunia
muzik tersebut pernah tiba tiba hilang dari
dunia hiburan tanpa khabar berita selepas
berkahwin dan baru baru ini timbul isu
mengatakan dirinya sudah kembali tidak
bertudung.
Amelina tampil bertemu media hari ini untuk
memberikan penjelasan tentang keadaan
dirinya kini dan perancangan untuk kembali
aktif dalam dunia hiburan selepas 15 tahun
menyepi.
“Saya akui berkahwin adalah antara alasan
saya meninggalkan dunia nyanyian dulu. Tapi
kembali aktif selepas 15 tahun ini, saya lebih
selesa untuk membiarkan ia menjadi satu
kisah peribadi yang tidak dikongsikan dengan
sesiapa. Saya amat berharap agar semua
pihak dapat menghormati pendirian saya
kerana ia membabitkan banyak pihak,”
ujarnya.
Amelina yang kini sudah mempunyai enam
orang orang turut mengulas tentang isu
gambar beliau yang dilihat kini sudah tidak
bertudung.
“Jujur saya katakan yang semua itu hanya
spekulasi kerana saya belum lagi bertudung
penuh. Namun saya akui gambar itu adalah
saya yang mengenakan tudung ketika itu.
Tapi itu disebabkan saya terpaksa pakai
tudung bagi menutup wajahsaya bagi
mengelak dari sesiapa mengenali saya”
“Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di
khalayak ramai lebih lagi dengan mana-mana
pihak yang mengenali saya. Tapi kini adalah
masa paling sesuai untuk saya muncul
dengan penampilan baru selepas menyusun
dan merencana langkah dengan tersusun,”
tambahnya.
Bagi peminat setia Amelina, ini pastinya
sesuatu yang dinantikan. Selepas ini boleh
kembali lihat aksi Ratu Dangdut ini
membawakan lagu genre kegemaran anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingat tudung 2 payung kah????waktu hujan jer kena pakai???Choi punya kepala otak.... |
|
|
|
|
|
|
|
- “Jujur saya katakan yang semua itu hanya
- spekulasi kerana saya belum lagi bertudung
- penuh. Namun saya akui gambar itu adalah
- saya yang mengenakan tudung ketika itu.
- Tapi itu disebabkan saya terpaksa pakai
- tudung bagi menutup wajahsaya bagi
- mengelak dari sesiapa mengenali saya”
- “Saya tidak yakin dan malu untuk muncul di
- khalayak ramai lebih lagi dengan mana-mana
- pihak yang mengenali saya. Tapi kini adalah
- masa paling sesuai untuk saya muncul
- dengan penampilan baru selepas menyusun
- dan merencana langkah dengan tersusun,”
- tambahnya.[code]
Copy the Code Sila ambil perhatian..tudung bukan mask...muka bukan tertutup..orang masih kenal...
jangan gunakan alasan bodoh..
anyhow welcome back...i miss you in the industry..
Last edited by mrsLucky on 20-11-2014 10:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah ada ke thread pasal ni? |
|
|
|
|
|
|
|
banyok anak mu.... gapo dulu dop nyanyi ?lo ni dah tua mu nak nyanyi gapo... |
|
|
|
|
|
|
|
cas2rie posted on 20-11-2014 10:04 PM
Dia ingat tudung 2 payung kah????waktu hujan jer kena pakai???Choi punya kepala otak....
Hahaha,payung? Ini memang kelako,kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
mana gambar? masih kurus atau dah gemok? |
|
|
|
|
|
|
|
mesti semua tertunggu Alin wat come back...rindu lagu2 dia..tgh popular, terus hilang.... |
|
|
|
|
|
|
|
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Amelina mendedahkan dia telah membuat sebanyak tiga kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.
Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, dia yakin kemunculan semulanya di industri seni tanah air selepas 15 tahun menghilangkan diri adalah pada masa yang sesuai dan tepat.
"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.
"Sehingga saya buat tiga kaki solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai," ujarnya kepada mStar Online.
Amelina ditemui pada satu sidang media kemunculan semulanya yang diadakan di Di Nartwork Studio, dekat sini, Isnin.
Penyanyi yang popular pada zaman 90-an menerusi lagu Rindu ini memberitahu keputusan itu disokong oleh ibu dan enam orang anaknya.
Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculan kali ini membawa imej yang bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.
"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.
"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas tentang pasaran industri dangdut yang kurang mendapat perhatian, Amelina mengakui sedih dengan perkara tersebut.
Katanya, dia sendiri tertanya-tanya adakah jika dia tidak menghilangkan diri genre tersebut masih bertahan hingga sekarang.
"Sudah tentu saya sedih melihat lagi dangdung sudah tidak dapat perhatian seperti dahulu dan terpinggir.
"Saya juga ada terfikir bagaimana kalau saya tidak menghilang dahulu, adakah ia masih bertahan hingga kini.
"Apa pun saya akan cuba kembalikan genre ini dengan cara baru nampak mahal dan tidak terus dilabel sebagai muzik kampung," katanya.
Sementara itu, Amelina berkata, dia kini masih dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer Ajai dalam masa terdekat.
Katanya, single terbaharu itu bakal dikeluarkan pada pertengahan Disember depan.
"Kami masih dalam perbincangan tentang lagu dan proses untuk masuk studio untuk rakaman. Saya memang agak gementar sebab sudah lama tidak masuk studio merakam lagu.
"Saya yakin Ajai dapat memberikan yang terbaik sesuai dengan peredaran lagu masa kini," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu bolehlah nyanyi dangdut..body n muka masih bergetah..suara masih manja...
Dalam umur sekarang...buat come back pastu nk bersaing dgn penyanyi2 baru nk up drp pelbagai program mokcik x rasa ko leh survive noks..
Peminat2 lama pun dah move on drp minat dangdut ke minat Pencetus Ummah..lupakanlah Amelina oi... |
|
|
|
|
|
|
|
aku takut nasib amelina jadi macam raja ema..raja ema dulu lama menghilang...lepas tu tetiba kuar gambar jadi cover majalah..semua pakat suruh dia buat comeback..tapi bila dia dah buat comeback..semua plak pakat membahan dia hari2...ekekeke..anyway welcome back amelina..rindu lagu2 amelina..lagi satu aku suka tengok dia berceloteh...best jer ..very friendly.. Last edited by kakprik on 25-11-2014 12:08 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Another bimbo dgn statement abt tudung.. |
|
|
|
|
|
|
|
dondangdendang posted on 25-11-2014 10:05 AM
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Amelina mendedahkan dia telah membuat sebanyak tiga kali solat istik ...
Kurlasttt nak melalak atas pentas buat solat istikharah... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik juga ek siap buat istikharah bagai, dpt petunjuk pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Byk plak benang Amelina semenjak dua menjak ni |
|
|
|
|
|
|
|
"Sehingga saya buat tiga kaki solat istikharah"
Kesian kau dik... |
|
|
|
|
|
|
| |
|