Lumut: Seorang wanita warga Vietnam yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) bertindak bersembunyi di dalam parit yang dipenuhi air dan berselindung di sebalik pelepah kelapa sawit, bagi mengelak dicekup pihak berkuasa dalam Operasi Selera di sekitar daerah ini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, wanita berusia 30-an itu antara 23 warga asing yang ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Lumut.
Operasi yang disertai 16 anggota Imigresen itu dijalankan di sekitar kawasan Manjung dengan lokasi tertumpu di kawasan kedai tom yam dan kedai makanan laut yang dibuka dalam ladang sawit.
Pegawai Imigresen Lumut Nor Azman Ibrahim berkata, dalam operasi itu, pihaknya menahan seramai 23 warga asing membabitkan lima warga Vietnam dan 18 wanita warga Thailand berumur lingkungan 30-an.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 5:16 AM
«»
WANITA warga Vietnam yang bersembunyi dalam parit dekat kawasan ladang kelapa sawit.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9867#sthash.RBobxS9Z.dpuf |