CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3672|Reply: 3

apakah kesan kencing manis kepada tahap kesuburan sperma lelaki

[Copy link]
Post time 16-11-2014 08:38 AM | Show all posts |Read mode
mohon penjelasan secara terperinci tentang ini. misalnya tahap kencing manisnya dalam kawalan lagi. adakah peluang untuk mendapat zuriat masih ada. terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 03:27 PM | Show all posts
aku tahu lebih baik kawal dengan baik sebelum ada zuriat......sbnrnya, wanita yang dapat kencing manis lebih bahaya jika nak anak.....

mungkin boleh baca ini dalam link.

https://www.facebook.com/notes/l ... ibu/794907557221096
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2014 08:46 AM | Show all posts
azlinacc posted on 17-11-2014 03:27 PM
aku tahu lebih baik kawal dengan baik sebelum ada zuriat......sbnrnya, wanita yang dapat kencing man ...

boleh paste artikel dlm facebook tu kt sini...tq.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 11:37 AM | Show all posts
musliadiadnan posted on 18-11-2014 08:46 AM
boleh paste artikel dlm facebook tu kt sini...tq.

https://www.facebook.com/notes/l ... ibu/794907557221096

Kesan Penyakit Kencing Manis (Diabetes Gestasi)Kepada Bayi dan Si Ibu
12 August 2014 at 09:46
         Kebanyakan orang mengetahui kesan komplikasiyang melibatkan pesakit diabetes. Namun begitu, hanya segelintir orang yang mengetahui kesan komplikasi yang dibawa oleh penyakit diabetes kepada ibu hamil.Diabetes gestasi memberi kesan negatif jangka panjang terhadap ibu dan janin.

Kesan-kesan negatif diabetes gestasi :

1.   Kecacatan janin
      Paras gula dalam darah yang tinggi di awal kehamilan akan menyebabkan kecacatan janin. Kebanyakan berlakunya kecacatan dalam kepelbagaian,contohnya bahagian kardiovaskular (defek septum ventrikel (VSD,ventricularseptal defect) dan defek septum atrium ASD,atrial septal defect) )sistem saraf pusat,tulang,sistem pencernaan,kecacatan perkembangan paru-paru, buah pinggang dan lain-lain lagi.

2.   Janin terlalu besar
      Ini merupakan kesan komplikasi yang paling biasa berlaku atas ibu hamil yang mengalami diabetes gestasi. Kadar berlaku kes ini setinggi 15-50%. Ia berhubungan dengan paras gula dalam darah di akhirkehamilan. Gula yang banyak di dalam darah akan merentasi plasenta ke janin dalam kandungan. Akibatnya, saiz janin akan menjadi terlalu besar kerana menerima bekalan gula yang banyak. Beratbadan ibu hamil yang menaik akan menambahkan kadar berlakunya kes janin terlalubesar. Janin yang besar akan menyukarkan proses bersalin atau pendarahan.

3.  Perkembangan janin dalam rahim terbantut
     Kes ini berlaku terutamanya ke atas ibu hamil yang mengalami diabetes gestasi dan kerosakan pembuluh darah kecil (mikroangiopati). Paras gula dalam darah yang tinggi padaawal kehamilan akan membantut perkembangan embrio. Di samping itu, vascular plasenta  ibu hamil yang diiringi dengan gejala luar biasa akan menyebabkan kekurangan bekalan darah janin dalam rahim, dan menjejaskan perkembangan janin.

4.  Kematian janin dalam rahim
     Paras gula dalam darah,lemak ,asid amino ibu hamil yang berkadar luar biasa akan mempengaruhi janin melalui plasenta secara langsung, mengakibatkan janin berlakunya asidosis (terlalu banyak asam dalam darah dan cairan tubuh).  Paras gula dalamdarah ibu hamil samada tinggi atau rendah, akan menyebabkan janin menghadapi masalah yang sama. Sel otak janin dijejaskan secara langsung,seterusnya mengakibatkan janin kekurangan oksigen atau kematian dalam rahim. Kebanyakan ibu hamil menghadapi kes kematian dalam rahim puncanya diabetes gestasi tidak didiagnosis semasa kehamilan dan paras gula dalam darah tidak terkawal.

5.  Sel darah merah janin menaik
     Kekurangan oksigen janin dalam rahim membawa kepada hasilan sel darah merah bertambah dan merangsang pembentukan darah sumsum tulang, jadi sel darah merah janin menaik. Akibatnya, pemindahan darah perlu dijalankan jika di tahap ringan, sebaliknya pengeluaran darah di tahap serius.

6.  Sindrom kesukaran pernafasan (RDS)
     Sindrom gangguan pernafasan ini terjadi kerana paru-paru bayi yang belum matang tidak menghasilkan zat penting yang disebut surfaktan dalam jumlah memadai. Surfaktan memungkinkan permukaan dalam paru-paru untuk mengembang dengan baik ketika bayi keluar dari dalam rahim untuk bernafas setelah lahir.

NASIHAT: Jika ibu hamil merupakan penghidap diabetes,atau berasal dari keluarga yang mempunyai penyakit genetik diabetes, pemeriksaan yang tetap perlu dijalankan pada awal kehamilan. Ibu hamil boleh mulakan pemeriksaan pada minggu ke-16 kehamilan, setiap 4 minggu sekali demi memastikan segala proses kehamilan adalah dalam kawalan. Selain itu,ibu hamil juga perlu memberi prihatin dalam pengambilan nutrien terutamanya mengawal pengambilan gula dan karbohidrat untuk mencegah diabetes gestasi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060613 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list