CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9034|Reply: 55

[Tempatan] Dijangka tahun depan tidak ramai buat pinjaman peribadi

[Copy link]
Post time 15-11-2014 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menjangkakan pembiayaan peribadi meningkat meskipun dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun depan memandangkan langkah berhemat makro bank pusat terbabit memperlihatkan aliran penurunan segmen itu kepada 4.2 peratus.

Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, segmen pembiayaan peribadi berkembang melebihi 20 peratus bagi tempoh 2010 hingga 2012 sebelum pelaksanaan langkah terbabit dan ia dilihat menurun pada kadar sederhana kepada 5.0 peratus bagi suku kedua tahun ini.

“Kami berpuas hati aliran penurunan segmen pembiayaan peribadi yang sederhana pada 4.2 peratus suku ketiga tahun ini dan tidak melihat ia meningkat kerana kami sentiasa memaklumkan pengguna mengamalkan perbelanjaan berhemah melalui program pendidikan kami,” katanya pada majlis pengumuman prestasi ekonomi pada suku ketiga 2014 di sini, semalam.

Beliau berkata, pertumbuhan negara dijangka kekal disokong permintaan dalam negeri meskipun inflasi bakal meningkat tahun depan ekoran pelarasan kos pada kadar tiga peratus menjelang 2016 selepas mengalami penurunan secara perlahan iaitu daripada 3.4 peratus pada suku pertama 2014 kepada 3.0 peratus suku ketiga 2014.

“Permintaan dalam negeri pula disokong keadaan pasaran buruh negara yang stabil apabila kadar pengangguran berada pada tahap rendah iaitu 2.7 peratus,” katanya.

Zeti berkata, pihaknya menyedari keperluan terus kekal berhemat dalam pertumbuhan hutang negara dan liabiliti luar jangkanya bagi memastikan pengurusan hutang fiskal berada pada tahap lebih baik.

“Kerajaan sedang berusaha mengurangkan pertumbuhan hutang dan ini terbukti dengan penurunan nisbah hutang berbanding KDNK daripada 55 kepada 52.8 peratus,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer ckp bahasa marhaen...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2014 10:29 PM | Show all posts
Penurunan ada banyak sebab..
Ke sbb bank yang dah ketatkan syarat permohonan n kelulusan loan..
Konon ckp program pendidikan dorg berjaya..
Semua nak kredit..nak nama..
Asal berjaya korg punya usaha..
Bila gagal rakyat salah..rakyat tak tahu berjimat, rakyat boros bla3
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aritu org bank rhb cal,ckp nak ofer personal loan.aku ckpla xmampu,gaji kecik,byk utang,saja nak kelentong sbb mls layan.sekali dia cakap ikut rekod kami,en.xbyk komitmen,gaji cukup,xde ccris.hampeh,kantoi aku.ntah mana dia tau sume tu,aku xpenah bg rhb apa2 info pn..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 04:24 AM | Show all posts
karlmax8 posted on 16-11-2014 03:40 AM
Aritu org bank rhb cal,ckp nak ofer personal loan.aku ckpla xmampu,gaji kecik,byk utang,saja nak kel ...

Rhb boleh cek data kita dari bank lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 04:25 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 15-11-2014 10:29 PM
Penurunan ada banyak sebab..
Ke sbb bank yang dah ketatkan syarat permohonan n kelulusan loan..
Ko ...

Sokong ngan cikgu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2014 06:15 AM | Show all posts
ini pasai peistiharan hutang....bukang mengenai kedudukan kenaikan...ekonomi rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
OK la.....  Kurang hutang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Yo la nenek zeti.. Hutang negara lak mcm mana.. Turun jugak tak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:22 AM | Show all posts
karlmax8 posted on 16-11-2014 03:40 AM
Aritu org bank rhb cal,ckp nak ofer personal loan.aku ckpla xmampu,gaji kecik,byk utang,saja nak kel ...

cakap kat dia, tu yg dalam rekod. yang pinjam ah long lagi, bini 3 kawin kat siam so tak register lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 10:58 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 15-11-2014 10:29 PM
Penurunan ada banyak sebab..
Ke sbb bank yang dah ketatkan syarat permohonan n kelulusan loan..
Ko ...

sokong sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:36 AM | Show all posts
Dah tempoh bayaran dikurangkan, macam mana orang nak berhutang kalau bayaran bulanan tinggi. Tapi ada baiknya jugalah tempoh bayaran dikurangkan. Setidak tidaknya taklah peminjam dibebani dengan personal loan untuk tempoh yang lama
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 posted on 15-11-2014 07:40 PM
Aritu org bank rhb cal,ckp nak ofer personal loan.aku ckpla xmampu,gaji kecik,byk utang,saja nak kel ...



dah tu, awok layan kol dia lagi tak? Last edited by Esmiria on 16-11-2014 03:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
saden posted on 16-11-2014 02:22 AM
cakap kat dia, tu yg dalam rekod. yang pinjam ah long lagi, bini 3 kawin kat siam so tak register  ...

kahkahkah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:17 PM | Show all posts
mommymonster82 posted on 15-11-2014 10:29 PM
Penurunan ada banyak sebab..
Ke sbb bank yang dah ketatkan syarat permohonan n kelulusan loan..
Ko ...

mmg btol pun .. bukan sbb didikan tp sbb tempoh loan cuma terhad kpd 10th je.
Dulu bleh sampai 20th ... tu yg ramai pinjam sbb bayar bulanan jd rendah.

Mmg skrang ni bank2 dh mula terasa bahang sbb peminjam dh kurang.
bank2 dh sibuk hire ejen utk call , bg offer pinjaman.
Ada gak yg guna ayat tak logik. Suruh amik loan drp mrk dgn kadar 8.8% , pastu simpan dlm tabung haji yg kononye ada dividen 12% setahun.
Mmg sedap je aku suruh budak tu cakap kt bos dia supaya buat ayat yg logik skit la.

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:25 PM | Show all posts
indras posted on 16-11-2014 10:58 AM
sokong sangat..

Semua nak klaim konon usaha dorg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2014 12:26 PM | Show all posts
Datinaishah posted on 16-11-2014 04:25 AM
Sokong ngan cikgu..

Masing2 nak nama.. konon dorglh bijk pndai mendidik rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 12:30 PM | Show all posts
waksir posted on 16-11-2014 12:17 PM
mmg btol pun .. bukan sbb didikan tp sbb tempoh loan cuma terhad kpd 10th je.
Dulu bleh sampai 20 ...

Eloklah dia pendekkan tempoh..fikr panjang skit saper nak buat personal loan...

Mmg dorg sampai call bagi offer mcm2...
Kat sekolah me paling biasa dapat surat..mn dapat nama ntah..Semua cikgu dapat plak tu..

Me lagi 1 bengkek kalu ejen insuran...MLM...Parents pon dtg nak ngajak cikgu join..
Sekolah me cikgu xlayan MLM ni..
Sampai tahap provoke kita ngan ayat2 kurang ajar..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 posted on 16-11-2014 03:40 AM
Aritu org bank rhb cal,ckp nak ofer personal loan.aku ckpla xmampu,gaji kecik,byk utang,saja nak kel ...

Kalau dia offer credit card platinum jgn ambik
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2014 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 posted on 16-11-2014 03:40 AM
Aritu org bank rhb cal,ckp nak ofer personal loan.aku ckpla xmampu,gaji kecik,byk utang,saja nak kel ...

Ko antara manusia terkaya kt doniya psl x bnyk hutang walapun mgkin gaji kecek jer.
So dh puji2 ni, tknk belanja kwn2 ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.178282 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list