View: 3412|Reply: 30
|
[Tempatan]
Perbankan Islam lebih untungkan peminjam
[Copy link]
|
|
PINJAMAN menerusi perbankan Islam tidak membebankan peminjam, sebaliknya mereka lebih untung berbanding meminjam dari perbankan konvensional.
Pengarah Kumpulan Shariah dan Perundangan Islam CIMB Islamic Bank Berhad, Abdul Ghani Endut berkata, kadar dikenakan perbankan Islam di negara ini, rata-ratanya jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.
Menurutnya, IA berbeza dengan perbankan konversional yang mengenakan kadar lebih tinggi.
“Untuk itu, peminjam tidak akan rasa beban. Walaupun lewat pembayaran sekali pun, ia hanya dikenakan caj rendah tidak seperti perbankan konvensional yang mengenakan caj berlipat kali ganda.
“Melihat kepada aspek itu, ia menjadi faktor pertumbuhan positif perkhidmatan perbankan Islam kerana memberi manfaat lebih besar kepada masyarakat,” katanya ketika Simposium Muamalah Islam sempena Program Celik Muamalah peringkat Negeri Sembilan di Dewan Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, semalam.
Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan CIMB Islamic, itu dihadiri kira-kira 150 tetamu dan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Datuk Redza.
Sementara itu, Abu Ubaidah berkata, perkembangan sistem kewangan Islam begitu pesat di negara ini dan memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk memilih satu sistem selari dengan syariat agar, sekalis gus menghindarkan diri mereka daripada terlibat riba.
“Di sebalik kejayaan itu, peratusan pengguna yang memilih perbankan Islam masih ketinggalan berbanding perbankan konvensional," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/bi ... n-peminjam-1.333259 |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak caya
tak riba' konon
aku rasa interest aku beli kete guna perbankan islam la lg tinggi compare ngan konvensional
rasa mcm lg terbeban ada la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yang mendakwa perbankan Islam ni membebankan peminjam... |
|
|
|
|
|
|
|
ye ke?..camni aku mesti pilih.. |
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 14-11-2014 05:40 PM
Ramai yang mendakwa perbankan Islam ni membebankan peminjam...
yea...
aku pun dgr mcm tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah Kumpulan Shariah dan Perundangan Islam CIMB Islamic Bank Berhad, Abdul Ghani Endut berkata, kadar dikenakan perbankan Islam di negara ini, rata-ratanya jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.
Menurutnya, IA berbeza dengan perbankan konversional yang mengenakan kadar lebih tinggi. yang orang komplen bukan kadar... tapi harga yang bank islam jual semula tu mahal..
cth harga rumah 200k, bank islam beli & jual kepada pemohon pembiayaan rm 350k++
itu yang orang persoal.. mcm tak faham isu pula..
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 14-11-2014 05:51 PM
yang orang komplen bukan kadar... tapi harga yang bank islam jual semula tu mahal..
cth harga rumah ...
akad sah katanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 14-11-2014 05:51 PM
yang orang komplen bukan kadar... tapi harga yang bank islam jual semula tu mahal..
cth harga rumah ...
betul tu -
ada ke patut almost 100peratus harga asal
deng - tak guna la nama islee kalau membebankan
cth rumah 100k kena bayar 250k sebab beli balik dari bank
kalau ngan convensional beriba ribahh tuu - baru 180k -
70k nya beza kottttt
sebab tu sutat n setazah pun sanggup mengadap muka rimau tu dari bank lambang bulan konon islee |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tengah bace thread ni tetibe ade iklan kartun perempuan bogel tengah tendang tengkorak dekat sebelah ni
WTH mannnn!!! |
|
|
|
|
|
|
|
robertocarbos posted on 14-11-2014 05:57 PM
Aku tengah bace thread ni tetibe ade iklan kartun perempuan bogel tengah tendang tengkorak dekat seb ...
get urself Ads block - kalau tak mmg macam2 ads memunculkan diri nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
perbankan yislam lagi merugikan berbanding perbankan konvensional.
carilah riba yang terendeh
perbankan almutanakesah |
|
|
|
|
|
|
|
saya dah kata dah...islam kat mesia ni sesat dah.....sebab tu lahirnya ostad dan ostajah yang tak brape betul utk mendidik rakyat mesia |
|
|
|
|
|
|
|
Bank byr ko sebulan berapa bang Ghani? Dr mn dtg duit gaji ko? Kurgkn gaji ko mesti boleh kurgkn jugak riba yg korg amik... |
|
|
|
|
|
|
|
itu semua caj pengurusan
islam memang haramkan riba
tapi islam tak haramkan caj pengurusan tawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
- ustaz periuk nasik dia riba perbankan islam- |
|
|
|
|
|
|
|
kucingTomey posted on 14-11-2014 06:55 PM
saya dah kata dah...islam kat mesia ni sesat dah.....sebab tu lahirnya ostad dan ostajah yang t ...
Ha' ah.......bende yg betul pulak jadi pelik........ekeke |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg buat pembiayaan Islam bank rakyat yg dulu2..
dia flat rate..
kalo ko nak early settlement pun, TIADA rebate..
kena bayar full..
memang macam celaka sistem kewangan isle di malaysia nih..
kalo perasan, banyak bank konvensional dulu..
sekarang dah berebut nak buat islamic financing..
ramai la ummah isle yang berbangga.. isle telah menang!
kununnya lah..
padahal bank lagi banyak buat untung guna islamic finance..
interest rate lagi tinggi..
sekarang islamic finance dah maju setapak, dah siap ada floating rate..
sama macam bank konvensional..
tapi jadi halal.. sebab telah di isle kan.. semua ada bunyi ereb.. |
|
|
|
|
|
|
|
“Untuk itu, peminjam tidak akan rasa beban. Walaupun lewat pembayaran sekali pun, ia hanya dikenakan caj rendah tidak seperti perbankan konvensional yang mengenakan caj berlipat kali ganda.
patutla 1MDB boleh buat rescheduled payment..
so betul la dia ada masalah pembayaran.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|