CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2262|Reply: 7

[Jenayah] Guan Eng akui PDC jual rumah lebih RM3 juta seunit

[Copy link]
Post time 14-11-2014 04:46 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara.
   
Katanya, beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.
   
Menurutnya beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP  tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.
      
"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3  juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.
      
"Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
   
Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana  melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.
   
Guan Eng yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang PRU13.
   
"PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara  RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi  harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/ed ... uta-seunit-1.333480
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 05:11 PM | Show all posts


Dah macam bangunan opis plak dari jauh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai posted on 14-11-2014 05:11 PM
Dah macam bangunan opis plak dari jauh...

Saya tengok macam istana je
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 05:32 PM | Show all posts
Guan Eng: Projek rumah mewah lulus zaman BN

Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara.

Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.

Menurutnya beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP  tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.

"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3  juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.

"Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media di Georgetown hari ini.

Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.  

"DC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi  harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya.

- Bernama


cilaka punya ameno!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 05:42 PM | Show all posts
Rm3 juta mungkin bukan rumah mewah dah sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 05:47 PM | Show all posts
setelah Guan Eng perintah lama...baru dia perasan rupanya...tulah asik cari salah org cari salah PAS je..mana nak sedar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2014 06:06 PM | Show all posts
cantiknya rumah tuuu

bak mai sebiji
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 06:21 PM | Show all posts
[size=14.4444446563721px]      
[size=14.4444446563721px]"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3  juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.


macam mana boleh tak tahu.... kat mana dalam penang buat rumah tak tahu ker..?? pening akak dibuatnya.. Last edited by vandergooh on 14-11-2014 06:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.045240 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list