CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 0

[Jenayah] Ditangkap ketika rompak stesen minyak

[Copy link]
Post time 10-11-2014 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Subang Jaya: Seorang lelaki yang membelasah pekerja dan cuba menyamun sebuah stesen minyak di SS 14 di sini, ditahan unit kereta peronda dan unit rondaan bermotosikal Balai Polis Subang Jaya, pagi ini.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, suspek berusia 28 tahun itu pada mulanya datang ke stesen minyak berkenaan dengan berpura-pura mahu membeli kad prabayar bernilai RM10.


Menurutnya, pekerja stesen itu meminta suspek menyerahkan wang terlebih dahulu menyebabkan lelaki tidak berpuas hati dan bertindak ganas merosakkan pintu yang berkunci dengan menggunakan mangga.


"Suspek kemudian dapat masuk ke dalam premis itu melalui celah pintu dan membelasah pekerja terbabit.
"Mangsa yang ketakutan melarikan diri serta meminta bantuan polis peronda yang kebetulan melalui kawasan itu seterusnya berjaya menahan suspek," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.197803 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list