"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"
(QS Al-Ankabut:2-3).
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa."
(HR At-Tirmidzi)
MENURUT kitab Al Kabair karya Syamsudin Adz Dzahabi,DOSA-DOSA BESAR :
1. Menyekutukan Allah (Syirik)
2. Membunuh orang dengan sengaja
3. Sihir
4. Meninggalkan solat Fardhu
5. Enggan membayar zakat
6. Tidak puasa Ramadhan tanpa alasan munasabah
7. Enggan menunaikan haji
8. Durhaka kepada kedua orang tua
9. Menjauhi kerabat ( Memutus hubungan silaturahim )
10. Zina
11. Homoseksual
12. Riba
13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim
14. Dusta
15. Melarikan diri dari peperangan
16. Pemimpin yang menipu rakyat
17. Berlaku sombong
18. Kesaksian palsu
19. Minum minuman keras
20. Judi
21. Menuduh zina kepada perempuan baik
22. Khianat dalam harta rampasan perang
23. Mencuri
24. Merompak
25. Sumpah palsu
26. Berbuat zalim
27. Membantu berbuat zalim
28. Memperoleh kekayaan dengan cara haram
29. Bunuh diri
30. Suka berbuat dusta
31. Hakim yang durhaka
32. Menyuap dalam masalah hukum
33. Perempuan menyerupai laki-laki dan sebaliknya
34. Mengasuh keluarga dalam dosa
35. Kahwin dengan dasar cina buta
36. Sisa kencing yang tidak dibersihkan
37. Riya
38. Menyembunyikan ilmu
39. Khianat
40. Mengungkit-ungkit pemberian
41. Mengingkari takdir
42. Menyelidiki rahsia orang (Tajassus)
43. Mengadu domba ( Namimah)
44. Mengutuk orang muslim
45. Mengingkari janji
46. Percaya kepada dukun dan tukang ramal
47. Nusyuz seorang perempuan terhadap suami
48. Menggambar patung dan makhluk hidup lainnya
49. Meratapi orang mati ( Niyahah)
50. Berperangai jelek
51. Zalim terhadap orang yang lemah
52. Menyakiti hati tetangga
53. Menyakiti dan mencaci maki orang Islam
54. Durhaka terhadap hamba Allah
55. Mengagumi diri dan sombong dengan berpakaian yang berlebih-lebihan
56. Menyembelih binatang untuk sesajen
57. Hamba sahaya melarikan diri dari tuannya
58. Memalsukan keturunan
59. Menentang kebenaran
60. Enggan memberikan kelebihan air
61. Mengurangi Timbangan dan Takaran
62. Berbuat dosa tetapi merasa aman dari kemurkaan Allah
63. Meninggalkan solat Jumaat
64. Curang dalam berwasiat
65. Tipu daya
66. Mencaci orang Islam dan menyebarkan rahasianya
67. Makan dan minum pada bejana emas dan perak
68. Mencela sahabat Nabi Muhammad SAW
69. Buang air besar ditempat berteduh
70. Kencing di tempat air untuk mandi
71. Nifak : sifat yang berbeza antara lahir dan bathin
72. Lupa kepada Allah
73. Kikir
74. Memakan 4 makanan yang diharamkan: bangkai, Daging babi, darah dan daging binatang yang disembelih selain nama Allah
75. Kufur kepada Allah
Setiap hari kita menghimpunkan dosa-dosa besar sama ada kita sedar atau tidak.......
begitulah mudahnya ke Neraka....namun kita selalu berfikir mudahnya ke Syurga.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
لا صغيرة مع الإصرار، ولا كبيرة مع استغفار
“Tak ada dosa kecil selagi terus dikerjakan dan tak ada dosa selagi dimohonkan ampunan” (HR. Ad Dailami)
Allahyarham Tuan Guru Abdul Rahman pengasas sebuah pondok tidak mempunyai TV di rumahnya dan mendakwa TV adalah penghimpun kepada dosa besar.Selagi TV berada di rumah,setiap harilah kita menghimpunkan dosa besar.
Hari ini bukan sahaja TV wujud,radio,DVD,internet dan pelbagai wahana ............
Beginilah sukarnya menjadi umat akhir zaman.......................
Alangkah bertuah umat terdahulu ...
|