CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5531|Reply: 14

Terjemahan azan dalam bahasa melayu

[Copy link]
Post time 7-11-2014 01:06 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Tadi berhujah kat bod CI thread Remaja Hilang dalam hutan yang dijumpai meninggal tuh. Ada hujjah pasal azan dalam hutan siap dengan copy paste azan dan terjemahan dia.

Saya lebih tertarik dengan terjemahan azan dalam bahasa melayu "tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah" yang perkataan dalam bahasa arab ialah "La Illah Ha Ilaullah". Kalau ikut terjemahan words for words sepatutnya berbunyi "Tiada tuhan melainkan Allah"

Oleh sebab dah melarat lari dari tajuk daripada budak hilang, azan dalam hutan hinggalah kepada terjemahan azan. Maka saya rasa eloklah saya panjangkan ke sini. Lebih proper rasanya persoalan nih di debatkan disini.

Saya nak tanya kenapa terjemahan kalimah syahadah dalam azan ada penambahan "yang berhak disembah" sebab dalam bahasa arab tak disebut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2014 08:08 AM | Show all posts
Salam semua,

Tadi berhujah kat bod CI thread Remaja Hilang dalam hutan yang dijumpai meninggal tuh. Ada hujjah pasal azan dalam hutan siap dengan copy paste azan dan terjemahan dia.

Saya lebih tertarik dengan terjemahan azan dalam bahasa melayu "tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah" yang perkataan dalam bahasa arab ialah "La Illah Ha Ilaullah". Kalau ikut terjemahan words for words sepatutnya berbunyi "Tiada tuhan melainkan Allah"

Oleh sebab dah melarat lari dari tajuk daripada budak hilang, azan dalam hutan hinggalah kepada terjemahan azan. Maka saya rasa eloklah saya panjangkan ke sini. Lebih proper rasanya persoalan nih di debatkan disini.

Saya nak tanya kenapa terjemahan kalimah syahadah dalam azan ada penambahan "yang berhak disembah" sebab dalam bahasa arab tak disebut?

Salam....

Terjemahan per kata untuk azan:

LAA = tiada
ILAHA = tuhan
ILLA = kecuali/melainkan
ALLAH

Bila disebut secara bersambung bunyinya: 'Laa ilaha illa-llah'

Penambahan dalam terjemahan "yang berhak disembah" itu hanyalah penerangan supaya dapat memahami yang manusia ada yang sembah Allah sebagai satu-satunya Tuhan (bagi orang Islam), ada juga manusia yang sembah tuhan selain Allah (bukan Islam), atau ada yang tak percaya langsung adanya tuhan (Atheist) atau ada yang percaya Allah tapi percaya juga tuhan lain selain Allah (golongan Musyrik). Maka yang LAYAK atau BERHAK disembah hanyalah ALLAH dengan menafikan tuhan-tuhan (aaliha) lain. Kalimah yang ringkas tap[i sangat PADAT maknanya, ialah kalimah Tauhid LAA ILAHA ILLA-LLAH

WAllahu a'lam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2014 09:29 AM | Show all posts
mnm77 posted on 7-11-2014 08:08 AM
Salam....

Terjemahan per kata untuk azan:

ok terima kasih atas penerangan awak....tapi kenapa ada penambahan?? Kenapa tidak direct translation saja? Orang Islam Msia terutamanya Melayu tak faham kalimah ker sampai kena ada penambahan supaya lebih faham dan percaya?

Seperti awak cakap sebab ada berbagai kepercayaan kat Msia nih. Oleh kerana ada tuhan hindu, tuhan budha, tak percaya tuhan semua tuh maka kita kena alter kalimah syahadah kita bersesuaian dengan keadaan di Msia. Begitu ker??

Ini kalimah syahadah tau bukan ayat Quran ker Hadis ker perlu di alter dan di tokok tambah untuk lebih sedap atau lebih difahami. Sedangkan ayat Quran pun dilarang diubahsuai terjemahan dia inikan pula kalimah syahadah...tunggak akidah orang Islam Msia. Last edited by Fieza-mira on 7-11-2014 09:45 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2014 09:44 AM | Show all posts
"Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah" dengan "Aku naik saksi tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah" adalah 2 perngertian dari satu kalimah "La Illa hailla Allah" yang berbeza dan bertentangan sama sekali.

Direct translation bermaksud tiada tuhan selain Allah iaitu sebagai umat Islam kita kena percaya hanya ada satu tuhan sahaja iaitu Allah (tapi aku lebih faham tuhan tu tak ada yang ada hanyalah Allah - ini fahaman peribadi, so ketepikan dulu fahaman nih).

Tapi translation yang diubah suai pula bermaksud dalam banyak2 tuhan hanya Allah yang berhak disembah oleh umat Islam. Tuhan2 lain tu kita tak boleh sembah.

Nampak tak pertentangan dia???
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 12:02 PM | Show all posts
Fieza-mira posted on 7-11-2014 09:29 AM
ok terima kasih atas penerangan awak....tapi kenapa ada penambahan?? Kenapa tidak direct translation saja? Orang Islam Msia terutamanya Melayu tak faham kalimah ker sampai kena ada penambahan supaya lebih faham dan percaya?

Penerangan lebih memberi pemahaman. Direct translation kadang-kadang kurang jelas.

Contoh:
Dia suka makan dada ayam. Kalau direct translation ke bahasa Inggeris akan jadi kelakar (dada = chest). Dalam bahasa Inggeris diguna 'chicken breast', tapi 'breast' dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai payu dara. Kelakar laa jadinya.

Ada kalanya direct translation ok, ada kalanya perlu penjelasan. Ada kalanya tak boleh guna direct translation jika berubah maksud bila terjemahan dibuat.

Seperti awak cakap sebab ada berbagai kepercayaan kat Msia nih. Oleh kerana ada tuhan hindu, tuhan budha, tak percaya tuhan semua tuh maka kita kena alter kalimah syahadah kita bersesuaian dengan keadaan di Msia. Begitu ker??

Bukan kat Malaysia saja, penjelasan pada direct translation tu TAK SALAH, hanya menjelaskan makna. Tanpa direct translation pun tak salah, selagi dapat memahami makna dari bahasa asal (bahasa Arab).

Ini kalimah syahadah tau bukan ayat Quran ker Hadis ker perlu di alter dan di tokok tambah untuk lebih sedap atau lebih difahami. Sedangkan ayat Quran pun dilarang diubahsuai terjemahan dia inikan pula kalimah syahadah...tunggak akidah orang Islam Msia.

PEMBETULAN, Laa Ilaha Illallah itu BUKAN disebut sebagai Kalimah Syahadah, ia kalimah Tauhid yang juga disebut Kalimah Tayyibah. Kalimah Syahadah tu kalimah kesaksian, yang seperti dibaca dalam At-Tahiyat.

Tonggak Aqidah BUKAN MASALAH BAHASA pada terjemahan, tetapi KEFAHAMAN.

Last edited by mnm77 on 7-11-2014 12:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 12:06 PM | Show all posts
Fieza-mira posted on 7-11-2014 09:44 AM
"Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah" dengan "Aku naik saksi tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah" adalah 2 perngertian dari satu kalimah "La Illa hailla Allah" yang berbeza dan bertentangan sama sekali.

'Aku naik saksi' tu pada permulaan Kalimah SYAHADAH.

Kena fahamkan Kalimah Syahadah tu apa, Kalimah Tayyibah tu apa.

Dan tiada pertentangan makna, kedua-dua Kalimah Syahadah dan Kalimah Tayyibah menjurus kepada TAUHID. Hanya Allah yang layak disembah.

Direct translation bermaksud tiada tuhan selain Allah iaitu sebagai umat Islam kita kena percaya hanya ada satu tuhan sahaja iaitu Allah (tapi aku lebih faham tuhan tu tak ada yang ada hanyalah Allah - ini fahaman peribadi, so ketepikan dulu fahaman nih).

Tapi translation yang diubah suai pula bermaksud dalam banyak2 tuhan hanya Allah yang berhak disembah oleh umat Islam. Tuhan2 lain tu kita tak boleh sembah.

Kalau nak berhujjah dengan masalah terjemahan memang begini lah jadinya. Ada isu masalah terjemahan, ada isu kefahaman dari bahasa asal, ada isu direct translation.

Terpulang nak ikut yang mana, asalkan terjemahan itu tak membawa maksud berubah. Namun setiap orang boleh faham berbeza-beza, itu atas kapasiti individu, sebab tu perlukan penjelasan bila timbul kefahaman berbeza-beza.


Last edited by mnm77 on 7-11-2014 12:09 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2014 05:37 PM | Show all posts
bismillah walhamdulillah wassholatu wassalam 'alaa rosulillah, amma ba'du;

maaf mencelah secara tiba-tiba, browse around, dan terpandang topic ni terpanggil pula untuk berkongsi agar dapat kita meluruskan kefahaman kita dalam memahami makna terjemahan "laa ilaaha illalloh".

pembahasan berkenaan makna terjemahan ini telah diulas oleh para ulama' secara terperinci termasuk dari sisi kaedah bahasa arab. Namun di sini, saya cuba meringkaskan semampu saya agar sama-sama beroleh faedah dan tiada daya upaya saya melainkan taufiq dari Alloh semata.

terjemahan yang tepat adalah dengan kembali merujuk kepada kalam Alloh yang bermaksud:

"Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Alloh, Dialah yang haq (untuk disembah/diibadahi). Dan apa sahaja yang mereka seru selain Dia, itulah yang bathil, dan sungguh Alloh, Dialah yang Maha Tinggi, Maha Besar." (al-hajj: 62)

Ianya juga sebagaimana yang telah dirungkai oleh para ahli ilmu, iaitu makna "laa ilaaha illalloh" terbahagi kepada 2 rukun, iaitu  'menafikan' dan 'menetapkan'.

1) menafikan: mengingkari/meninggalkan segala bentuk sembahan/ibadah yang ditujukan kepada selain Alloh dan ini terkait dengan kalimah 'laa ilaaha' iaitu tidak ada sembahan-sembahan (tuhan) yang berhak disembah/diibadahi

2) menetapkan: berkeyakinan sepenuhnya dalam hati dan mengimani dengan lisan serta perbuatan anggota badan bahawa tidak ada tuhan yang berhak untuk diibadahi/disembahi kecuali Alloh semata dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan ini merujuk kepada kalimah 'illalloh' (kecuali Alloh)

Contohnya sebagaimana dalam al-qur'an (maksudnya);

"Dan ingatlah ketika Ibrohim berkata kepada ayahnya dan kaumnya, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah, tetapi (aku hanya menyembah) Alloh yang menciptakan aku; kerana sesungguhnya Dia yang memberi petunjuk kepada ku." (az-zukhruf: 26-27)

--> "sesungguhnya aku berlepas diri" dalam ayat tersebut adalah merujuk kepada rukun pertama iaitu penafian / menidakkan

--> "tetapi (aku hanya menyembah) Alloh yang menciptakan aku; kerana sesungguhnya Dia yang memberi petunjuk kepada ku" dalam ayat tersebut pula merupakan mengakui/penetapan sebagai rukun yang kedua.

wallohu ta'ala a'lam. kita memohon kepada Alloh dengan nama-nama Nya yang indah dan sifat-sifat Nya yang maha mulia agar memberikan kita kefahaman dalam agama agar dapat kita menjalankan apa yang Dia cinta dan redho, sesungguhnya dia maha mendengar lagi mengabulkan do'a walhamdulillahi robbil 'alamiin. Last edited by irbadh on 8-11-2014 03:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 03:25 AM | Show all posts
Fieza-mira posted on 7-11-2014 09:44 AM
"Aku naik saksi tiada tuhan selain Allah" dengan "Aku naik saksi tiada tuhan yang berhak disembah se ...

Bismillah. Untuk info tambahan, sebenarnya tiada penambahan pun dalam translation yang benar sebaliknya ia diringkaskan mengikut kaedah bahasa arab. Ini kerana jika diterjemah sebagai 'tidak ada tuhan selain Alloh', ianya boleh membawa kepada kecelaruan sekaligus membawa makna yang bathil.

Ini sebagaimana kefahaman orang kafir quraisy pada zaman nabi shollallohu 'alaihi wa sallam yang merupakan masyarakat yang fasih berbahasa arab. Mereka tahu akibat dari pengakuan kalimah laa ilaaha illalloh tersebut. Mereka meyakini bahawa Alloh lah yang mengatur alam semesta ini, yang memberi rezeki sebagaimana yang disebutkan di dalam al-qur'an yang bermaksud:

"Katakanlah: 'Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?' Maka mereka akan menjawab: 'Alloh.' Maka katakanlah: 'Mengapa kamu tidak bertaqwa kepada-Nya?'" (yunus: 31)

Namun keyakinan mereka ini tidak menjadikan mereka sebagai seorang muslim sekalipun mereka mengakui bahawa Alloh yang maha berkuasa terhadap seluruh alam kerana peribadatan mereka tetap ditujukan kepada sembahan-sembahan selain Alloh iaitu menyekutukan (berbuat syirik terhadap) Alloh.

Dan Alloh berfirman dalam al-qur'an bahawa memang sembahan-sembahan selain Alloh digunakan, antaranya firman Alloh yang bermaksud:

"mereka mengambil sembahan-sembahan selain Alloh, agar mereka mendapat pertolongan." (yaasiin: 74).

Ini menunjukkan bahawa sembahan selain Alloh memang ada disebutkan tetapi ianya membawa maksud sebagai sembahan yang bathil sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya.


Last edited by irbadh on 8-11-2014 03:38 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-11-2014 10:19 PM | Show all posts
mnm77 posted on 7-11-2014 12:02 PM
Penerangan lebih memberi pemahaman. Direct translation kadang-kadang kurang jelas.

Contoh:

Dalam azan tu kalimah syahadah lah kan. Cuba dengar baik2. ucapan dia "ashahaduallah illah hailallah" maknanya "aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah" tapi di tambah "yang berhak disembah" dalam pengertian dalam bahasa melayu yang sepatutnya takde.

Jadi ulama kita dah tukar pengertian kalimah syahadah. Ada tokok tambah. Apa pun hujah awak tetap saya tak nampak perlunya penambahan itu.
Dah terang2 kalimah tu menyebut tiada tuhan selain Allah. That it thats all. Tak kurang tak lebih. Takde tuhan yang lain samada kita nak sembah atau taknak sembah. Takde kompromi. Takde bolak balik. Takde dolak dalih.

Adakah ulamak tambah "yang berhak disembah" dalam pengertian kalimah dalam azan sebab dapat komplen dari penganut agama lain yang tersinggung dengan azan sebab diorang sembah tuhan yang lain??? Jadi untuk menjaga hati rakyat msia dari agama lain, kita korbankan kalimah syahadah kita dalam azan. Begitu ker??

Seolah2 ulamak kita nak bagitahu penganut agama lain yang sembah tuhan lain yang umat Islam percaya tak ujud tuh bahawa tuhan diorang tu ada tapi kita sembah tuhan kita....kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2014 10:25 PM | Show all posts
Dalam direct translation "tiada tuhan selain Allah" tapi bila ditambah pengertian dia "Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah" sudah jadi ada ada pula tuhan lain iaitu tuhan yang tidak berhak disembah.

Yang mana satu nih??? Ada tuhan lain ker takde tuhan lain???

Awak nampak tak kekeliruan kat situ? Last edited by Fieza-mira on 8-11-2014 10:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2014 10:33 PM | Show all posts
irbadh posted on 7-11-2014 05:37 PM
bismillah walhamdulillah wassholatu wassalam 'alaa rosulillah, amma ba'du;

maaf mencelah secara t ...

Kalau dah nafikan, patutnya kita nafikan terus tak perlu sekejap nafi sekejap mengaku pulak. Dalam direct translation tu dah cukup jelas dan tegas tak perlu kepada tokok tambah.

Kalau ayat Quran lain, mungkin perlu penjelasan tak boleh direct translation...itu saya faham tapi ini kalimah syahadah!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 01:55 AM | Show all posts
Fieza-mira posted on 8-11-2014 10:25 PM
Dalam direct translation "tiada tuhan selain Allah" tapi bila ditambah pengertian dia "Tiada tuhan y ...

sebenarnya bahasa arab terpaksa ditambah supaya sampai maksudnya dlm bahasa melayu....

sebagai contoh , "la " boleh membawa maksud tidak, boleh membawa maksud jangan....

cuba bayangkan bahasa keling ditranslate bahasa melayu, dgn terbaliknya lagi....

macamana kalau kita traslate bahasa orang puteh art of noise.....jadi seni dari bunyi.....padahal maksunya seni bunyi-buyian....

nampak tak....

red car.....bukan merah kereta tetapi kereta merah....

kadang2 bukan ditambah apabila kita translate malahan kadang2 jadi kurang pula, terpulang kepada maksud yg ingin disampaikan....

contoh, falling in love.....ditranslate jatuh cinta...bukan jatuh dalam cinta.....

boleh?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2014 10:51 AM | Show all posts
ussopp posted on 9-11-2014 01:55 AM
sebenarnya bahasa arab terpaksa ditambah supaya sampai maksudnya dlm bahasa melayu....

sebagai  ...

Awak nak beritahu saya direct translation tu tak tepat? Kita tinggalkan contoh2 lain. Kita fokus kepada kalimah syahadah ni.

Awak pilih untuk percaya yang mana? Awak nak percaya tiada tuhan selain Allah ker atau pilih percaya tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah???

Yang mana satu pegangan tauhid awak?!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 10:57 AM | Show all posts
Bab ni telah ada dalam kitab "Akidah sunnah wal jamaah". Bagus kalau Fieza-miza beli untuk lebih mendalami, saya blajar dgn ustaz.. baru terang dan jelas sejelasnya.

Sebenarnya, aligment segala bahasa dalam dunia sentiasa bergerak dan berubah mengikut zaman. Hanya bahasa Arab sahaja yang kekal kukuh tidak akan berubah selama-lamanya. Buktinya kita boleh bezakan antara pertuturan kita sekarang dengan pertuturan zaman P.Ramlee. Atau filem2 lama, nampak telah lari aligment dia, 100 tahun lagi akan berganjak lagi. Begitu juga bahasa Inggeris, antara ingeris amerika, australia, newzealand berlainan dengan loghat british, padahal mereka dari usul asal yang sama iaitu british.

Untuk kita memahami maksud dan pengertian kalimah Toiyyibah(Laailahaillallah) secara murni(dalam bahasa melayu) perlukan bantuan penerangan persekitaran terlebih dahulu bagi memahami maksud sebenar.

Dalam bahasa arab hanya satu kalimah tidak akan berubah sejak azali sampai kiamat iaitu Laailahaillallah. Namun apabila diterjemahkan ke bahasa lain.. perlukan sedikit bantuan penerangan dari masa ke semasa. Jika disebut tidak ada tuhan melainkan Allah" masih ada kekeliruan lagi dari segi keupayaan bahasa melayu menterjemahkan dengan tepat. Mungkin pada masa sekarang ianya perlu difahami bahawa "Tidak ada tuhan yang layak kita menghambakan diri melainkan Allah swt. Apa yang penting disini ialah faham maksud yang mahu disampaikan. Sebagai contoh saya kemukakan disini ayat seerti:

Tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Allah
Tidak ada tuhan selain Allah
Tidak ada tuhan yang layak kita mengabdikan diri melainkan Allah
Tidak ada tuhan yang layak kita menghambahan diri melainkan  kepada Allah
Tidak ada yang boleh memberi mudharat dan manafaat melainkan Allah
Tidak ada yang berkuasa melainkan Allah
Selain dari Allah ialah makhluk, Makhluk tidak layak disembah.
Allah yang maha Esa.


Dari perkataan seerti diatas dapatlah kesimpulan bahawa, tuhan itu hanya Allah, tuhan-tuhan yang diwar-warkan oleh agama lain sebenarnya tidak ada samasekali. Jadi kepada dialah kita menyembah dan mengabdikan diri, samada dalam ibadah, dalam muamalah,sosial. Dalam erti kata yang lain, seluruh kehidupan kita dalam semua aspek, hanya untuknya.

Wallahuaklam, harap dapat difahami.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 11:04 PM | Show all posts
Fieza-mira posted on 9-11-2014 10:51 AM
Awak nak beritahu saya direct translation tu tak tepat? Kita tinggalkan contoh2 lain. Kita fokus k ...

sy bukan nak kata direct translation tu tak tepat....

sy cuma nak bagitahu cara orang lain bercakap ,,,tak sama maksud dgn cara kita bercakap.....

kalau bergantung pada direct translation,


kenapa ayat "i want to go to that mosque', tak jadi begini---> saya mahu ke pergi ke itu masjid.... tetapi dibaca tidak secara direct translation yakni, saya mahu pergi ke masjid itu ...


kalau bahasa inggeris yg mudah pun kita dah tak translate direct.....malahan diubahsuai lagi, apatah lagi arab yg struktur nya lebih berbeza dr bahasa melayu....

wallahua'lam....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.059729 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list