|
JOHOR BAHRU - Sepuluh jalan utama di bandar raya ini akan ditutup kepada lalu lintas bersempena Majlis Istiadat Persandingan Mempelai Diraja, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che' Puan Khaleeda Bustamam di Istana Besar Sabtu ini.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ini bagi memastikan majlis bersejarah itu akan berjalan lancar.
Jalan yang akan ditutup bermula pukul 5 petang sehingga tengah malam itu ialah persimpangan Jalan Tun Razak-Pantai Lido, susur Jalan Tun Razak-Pantai Lido, Lebuh Raya Pantai-Pantai Lido, lampu isyarat Country Garden, lampu Isyarat Hotel M-Suites, Jalan Thompson-Jalan Skudai Pantai Lido; Jalan Abu Bakar-Jalan Skudai Pantai Lido, Jalan Gertak Merah-Jalan Skudai Pantai Lido, persimpangan Tun Sri Lanang (Bangunan Lot 1)-Lampu Isyarat Gertak Merah dan Jalan Molek-Lampu Isyarat Jalan Gertak Merah.
Sementara itu, orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif ke pusat bandar raya iaitu Jalan Kolam Ayer, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Lingkaran Dalam/Susur Jalan Mahmoodiah, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gertak Merah-Pusingan U ke Jalan Lingkaran Dalam dan Jalan Datin Halimah. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 4.htm#ixzz3IH91qBBK
Hakcipta terpelihara
|
|