View: 6047|Reply: 58
|
[Tempatan]
Edisi Masak Lemak:Datuk 61 Tahun Cuba Rogol Cucu Umur 12 Tahun
[Copy link]
|
|
KUALA PILAH – Seorang datuk berusia 61 tahun ditahan selepas dipercayai mencabul kehormatan dan cubaan merogol cucu perempuannya yang berusia 12 tahun.
Difahamkan sebelum ini, warga emas itu sudah beberapa kali mencabul kehormatan cucunya.
Namun perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas isteri warga emas terbabit ternampak suaminya cuba merogol cucunya di ruang tamu rumah mereka di Taman Bukit Intan, Batu 46, pada 10 Oktober lalu.
Dalam kejadian itu 10 malam itu, nenek mangsa yang berusia 50-an keluar dari bilik tidur untuk pergi ke bilik air ternampak suaminya berkelakuan mencurigakan di ruang tamu.
Selepas menegur suaminya, dia terkejut apabila melihat suaminya menindih badan cucunya lalu bertindak pantas menghalang suaminya yang juga pesara dari Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada terus melakukan perbuatan terkutuk itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa masih bersekolah dan tidak tinggal bersama datuk dan neneknya, sebaliknya tinggal bersama keluarganya di Taman Bahagia Delima.
"Namun pada malam itu, mangsa tinggal di rumah neneknya kerana ibu bapanya keluar bekerja. Ketika itu, mangsa yang berada seorang diri di ruang tamu ditarik oleh datuknya sebelum dibaringkan di atas lantai.
"Secara kebetulan nenek mangsa keluar dari bilik tidur ternampak suaminya dalam keadaan mencurigakan sebelum melihat cucunya terbaring di atas lantai akibat ditindih suaminya,” katanya. Azmi berkata, nenek mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada ibu bapa mangsa.
“Pada awalnya mereka tidak mahu membuat laporan polis, namun kerana bimbang ia berulang lagi mereka akhirnya berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah jam 6 petang pada 17 Oktober lalu.
“Hasil laporan polis, mangsa dipercayai bukan kali pertama diperlakukan sedemikian oleh datuknya tetapi sudah beberapa kali dalam tahun ini.
“Sungguhpun begitu, mangsa pernah mengadu kepada nenek dan keluarganya berkenaan perbuatan datuknya itu, tetapi mereka tidak percayainya malah cuba menyembunyikannya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, warga emas itu sudah ditangkap pada 19 Oktober lalu, jam 3 petang di rumahnya dan ditahan reman selama empat hari bermula 20 Oktober hingga 23 Oktober lalu.
“Suspek kini diberi jaminan setelah siasatan selesai dan jaminan dilakukan oleh ahli keluarga. Kes ini akan dirujuk kepada Ketua Unit Perundangan Negeri Sembilan untuk mendapatkan arahan pertuduhan kerana kes masih dalam siasatan.
“Jika disabit kesalahan, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, membawa hukuman kepada 10 tahun penjara, atau denda atau sebatan,” katanya.
Sehubungan itu, Azmi menasihatkan kepada masyarakat khususnya ahli keluarga supaya bertindak agresif dengan melaporkan kes sedemikian kepada pihak polis.
[url=]
[/url]Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/datuk-cuba-rogol-cucu-sendiri-1.330954
|
|
|
|
|
|
|
|
tua nak mampos pun nak wat onar lagi...bawak2 lah sujud atas sejadah... |
|
|
|
|
|
|
|
dah gilo buang tebiat ker atuk nie... puiii |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguhpun begitu, mangsa pernah mengadu kepada nenek dan keluarganya berkenaan perbuatan datuknya itu, tetapi mereka tidak percayainya malah cuba menyembunyikannya sakit hati tol ler bacer ayat ni
tak cayer pun bawak2 ler selidik
keji sangat2 perangai
kesian budak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
bila bdk tu bg tau...x pecaya pulak....sialannn skg ni dh tgk dpn mata br report....nsb x mengandung bdk tu di buatnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tau la nk komen ape..
dh tua pon nafsu membuak-buak lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah nak tunjuk. nenek nampak sendiri kan. sebelum ni x nak percaya dgn cucu tu. kita kene ada rase curiga walau sikitpun. lepas tu siasat. jgn in denial sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 6-11-2014 11:37 AM
sakit hati tol ler bacer ayat ni
tak cayer pun bawak2 ler selidik
semata2 nak jaga maruah keluarga??
|
|
|
|
|
|
|
|
tak guna punya datuk..
yang family pun jamin buat apa
patutnya biar si tua tu mereput dalam lokap
dah tua pun bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
cucu sendiri???????? tergamaknya nak rosakkan masa depan darah daging... apatah lagi kalau budak yg xde kene mengene, huhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89 posted on 6-11-2014 12:06 PM
semata2 nak jaga maruah keluarga??
kan .. kan ..
geram giler bacer
12tahun tu ..
perlu perlindungan keluarga
mengharap perlindungan keluarga
tak sanggup nak bayangkan andai nenek tu tak nengok sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
kerja je yang dia bersara..
kottey xpernah bersara |
|
|
|
|
|
|
|
Samdol punya atok..
Kok ye pon bini lanjut..bawak bawak la berzikir..baca quran ke
Budak kecik pon ko bernafsu..cucu plak tu |
|
|
|
|
|
|
|
tengok..tak percaya dengan apa yang budak tu cakap..
nasib baik masa nampak tu masih dalam cubaan,
kalu betul2, meroyan la ko nenekk..
mesti trauma budak tu tiap2 kali nak gi umah atuk nenek dia..
bongok la atuk pun..
tak sedar diri..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau bab rogol or cabul anak sendiri, cucu sendiri, mak or akak or adik pompuan sendiri, dah bole tau la ummah mana yang terer dah ada lam genetik agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
bodo giler. budak 12 tahun pon terliur |
|
|
|
|
|
|
| |
|