CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7837|Reply: 106

[Jenayah] Jika SJK bersifat rasis, bagaimana pula sekolah agama, soal DAP

[Copy link]
Post time 4-11-2014 11:30 PM | Show all posts |Read mode

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling daripada DAP kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Sekolah Jenis Kebangsaan bersifat perkauman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2014.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP) hari ini menyelar cubaan sesetengah pihak yang cuba memburukkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan mengatakan ia bersifat perkauman, mengatakan perkara sama boleh diperkatakan kepada sekolah agama.

"Kalau mereka kata SJK adalah punca (pemisah kaum), bagaimana pula sekolah agama? Ia hanya untuk murid beragama Islam‎.

"Tapi saya tidak kata sekolah agama bersifat‎ perkauman, hanya sebagai contoh. Tuduhan mereka pada sekolah jenis kebangsaan, bagaimana pula sekolah agama? Kerana ia perkara sama iaitu sekolah yang hanya untuk kaum tertentu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada  isu buku rujukan model kertas soalan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), membincangkan perkara sensitif melibatkan kaum Cina dan Melayu seperti didedahkannya semalam.
Katanya, daripada perkembangan terbaru yang diterima, penerbit buku Info Didik Sdn Bhd sudah memohon maaf dan akan menarik kembali penjualan buku tersebut di pasaran.

Bagaimanapun katanya isu sebenar adalah cerpen yang digunakan ‎dalam kertas soalan Bahasa Melayu yang mempunyai unsur perkauman.

"Cerpen tersebut yang dijadikan contoh bagi soalan tersebut tidak sesuai untuk dijawab oleh pelajar kerana ia mempunyai unsur kebencian perkauman yang boleh menyebabkan maksud sebenar dimanipulasi dan disalahertikan."

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak pemilihan cerpen itu disengajakan dan mempunyai konspirasi memburukkan SJK.

"Saya tidak menolak kebenaran. Ia seperti disengajakan oleh sesetengah pihak," katanya.

"SJK bukan punca. Kita terima juga murid dan kaum lain. Tidak ada salahnya dengan sekolah itu," katanya.

Petikan cerpen 'Melissa' oleh  Abdullah Hussain dalam antologi Harga Remaja adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam cerpen itu tertulis: "Akhir sekali berlakunya pembunuhan orang Melayu yang dilakukan oleh orang Cina‎." – 4 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.oKMlZOpQ.dpuf

Kenapa pula perlu dijadikan sekolah agama sebagai perbandingan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah agama = melayu@Bumi
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pon berasal dari sekolah ugama meleis sunni shafie wal jamaah.saya setuju jah bab sesetengah ustakz duk brainwash kitorang supaya berasa supreme jah,fefeling oummah terpilih...dua2 sekolah bg saya sangat racist.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau buku jadi mangsa maka sila haramkan to kill a mocking bird utk bacaan.choyyy
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:38 PM | Show all posts
dah persoalkan sekolah agama pulak.   itu pun ada melayu yg undi DAP/PAP.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:40 PM | Show all posts
Tak habih lagi ka meroyan. Boring ar isu sekolah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2014 11:42 PM | Show all posts
tak suka duk Mesia sila berambus



Abg Mat Toi
Tmn Perling, JB
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2014 12:02 AM | Show all posts
famri7 posted on 4-11-2014 11:34 PM
Saya pon berasal dari sekolah ugama meleis sunni shafie wal jamaah.saya setuju jah bab sesetengah us ...

sebab apa tak minta haramkan sahaja al-Quran, sebab dalam al-Quran banyak ayat yang mengecam kafir, yahudi, nasrani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 12:06 AM | Show all posts
famri7 posted on 4-11-2014 11:34 PM
Saya pon berasal dari sekolah ugama meleis sunni shafie wal jamaah.saya setuju jah bab sesetengah us ...

Jadinya? Sekolah rasist ka atau Ostad ko yg rasis? Ostad ko buat silibus sekolah agama utk 1Malaysia kah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 12:10 AM | Show all posts
sorry sebab tak berkaitan...shaykh afifi al akiti ada kata sekolah agama kat indon lebih bagus cara pengajaran dia...sebab mengajar pelajar cara untuk berfikir dan mengkaji masalah moden berlandaskan agama...ibarat sistem tutorial oxford gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 12:16 AM | Show all posts
sila lucutkan kewarganegaraan si cina DAPIG
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 4-11-2014 11:38 PM
dah persoalkan sekolah agama pulak.   itu pun ada melayu yg undi DAP/PAP.

Saya tak sokong SJKC tapi dalam kes ini Cinapek tu cuma berikan sekolah agama sebagai contoh untuk counter attack mereka yang serang SJKC dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 5-11-2014 12:16 AM
sila lucutkan kewarganegaraan si cina DAPIG

...bersama wife saya sekali. Saya nak suruh dia main jauh-jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
famri7 posted on 4-11-2014 11:34 PM
Saya pon berasal dari sekolah ugama meleis sunni shafie wal jamaah.saya setuju jah bab sesetengah us ...

Kamu sekolah agama rupanya. Tapi posting kamu tiada pula persis seorang ustaz

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 04:01 AM | Show all posts
lerr siapa makan cili dia yg terasa pedas so kalau tak betul dia  tak perlu menempelak sekolah sekolah lain.

persoalan yg perlu dijawab sekolah mana yg berkecederungan untuk mendokong aspirasi nasional

dalam apa apa juga dasar yg berkaitan pembanguna negara atau aspirasi ...

dan apa pulak sekolah agama jadi mangsa?

pandai ambik hujah sekolah agama walhal digalakkan masuk sekolah kebangsaan tak nak ditekankan pulak  , dan lagi satu  pihak mana yg akan berkokok kuat  masa PPSMI tu dulu ...atau pihak mana yg buat kacau sangat tentang dasar pendidikan nasional ketika proses drafting tu

alahai ...

benda ni org tak sebut secara  terbuka laaa...


Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 04:05 AM | Show all posts
nanacinta posted on 5-11-2014 12:10 AM
sorry sebab tak berkaitan...shaykh afifi al akiti ada kata sekolah agama kat indon lebih bagus cara  ...

Al Akiti dulu pun sekolah pondok ...

kalau dilihat indonesia ...secara pukul rata depa ni tak kalah dengan kuantiti ...tapi tang part implementasi perkara berkaitan agama kita tak nampak ...mengesankan sangat ( ini pandangan sayalah ) banyak je aliran pemikiran yg ntah apa apa muncul
tapi tak dinafikan ada gagasan mereka ulamak Indonesia ilmuwan yg fikrah islam yg berguna..just the execution

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 04:50 AM | Show all posts
ultra78 posted on 5-11-2014 02:22 AM
Kamu sekolah agama rupanya. Tapi posting kamu tiada pula persis seorang ustaz

Aku pun g sekolah agama yg belah petang tu dulu siap pnh dpt nombor satu lagi, ko tgk dah bsr jd apa lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 04:58 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 5-11-2014 02:05 AM
Saya tak sokong SJKC tapi dalam kes ini Cinapek tu cuma berikan sekolah agama sebagai contoh untuk ...

dulu kamu kata hari raya itu perayaan syaitan
sekarang kamu mahu mansuhkan sekolah agama pula????
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 06:15 AM | Show all posts
Oscar Ling..kitak tak understand ke....pasai Sekolah Agama....sobab.....

@lavalive   

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:13 AM | Show all posts
Orange1 posted on 5-11-2014 04:50 AM
Aku pun g sekolah agama yg belah petang tu dulu siap pnh dpt nombor satu lagi, ko tgk dah bsr jd a ...

Haa...jadi ape?? Tauuu.. ponnn, tapi jadi orang baik2 jugak tapi macam kurang kasih sayang aje

Tak relevan dikaitkan dgn budak2 sekolah agama sebab budak2 ni kemudiannya masuk sekolah kebangsaan dimana
bercampur dgn budak2 Cina & India. Budak2 melayu pegi 2 sekolah. Budak2 Cina/India cuma pegi 1 sekolah, pelajaran dlm
bahasa depa pulak tu, mana nak pandai B.M, lepas tu dah besor peraakk tak reti nak bercampur dgn kaum2 lain.

Budak2 Cina & India pun boleh belajar bahasa ibunda & agama mereka tapi lepas tu masukla sekolah kebangsaan
dimana bercampur semua kaum. Bukannya kerajaan nak sekat budaya kaum masing2!! Apa ke nama sekolah baru
yg dicadangkan oleh kerajaan yg Cina/India tak setuju tu?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.072556 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list