CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6926|Reply: 18

Asal usul perkataan "hantu"

[Copy link]
Post time 25-10-2014 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Baru2 ini saya menonton rancangan TVAlhijrah, program Cinta Ilmu Akidah , penceramah ustaz Badlishah Alaudin. Yang menariknya dalam episod itu diceritakan asal-usul perkataan "hantu" dan apakah hantu itu dalam masyarakat. Saya nak kongsikan bersama pengetahuan ini untuk manfaat semua. Takde cerita seram, tapi kalau ada yg nak tambah atau nak kaitkan, dipersilakan.  Mod, maaf jika dianggap salah rumah.

Ustaz Badlishah menceritakan, zaman melayu kuno dahulu, hanya org2 bangsawan (org di awan) sahaja yg menganut Budha  & Hindu. Orang kebanyakan, mereka menganut ajaran Kapitayan.  Dalam agama kapitayan ini, mereka menyembah "sang yang thaya" (sang yang tunggal), iaitu tuhan yg tunggal tidak diketahui rupabentuknya. "Sang yang tunggal" ini mempunyai "semangat" yang diklasifikasikan kepada 2 bahagian.  Semangat yang baik (positif), di panggil "tuhan", manakala semangat yang tidak baik, dipercayai menjelmakan (me-manifestasikan elemen nya) sebagai "hantu", iaitu terbaliknya perkataan "tuhan" (terbalik maka jadi "hantu") kerana ia bertentangan dgn elemen tuhan.

Rupa2nya perkataan sembahyang itu pun datang dari upacara sembahyang agama kapitayan ini. Sunan Kalijogo yg mengislamkan masyarakat Jawa tidak mengubah perkataan itu dari digunakan kerana "sembahyang" bermaksud "sembah sang yang tunggal" , tuhan yg tidak menyerupai.  Begitu juga dgn perkataan "puasa",  yg juga dari perkataan dalam upacara keagamaan kapitayan ini.  Sembahan dlm sembahyang mereka, menggunakan mcm saji berbentuk segitiga dan upacara di panggil "tuju" iaitu fokus meditasi kpd sang-yang-tunggal. Jadi, kebanyakan perkataan yg bermula/berhujung dgn "tu" (atau "to") melambangkan ada "semangat", contoh seperti tugu & topeng.

Orang yg "soleh" dlm agama kapitayan ini mendapat energi yg positif (dan kekuatan ghaib) di panggil "tuah" dan yg negatif dipanggil "tulah".  Pemimpin dlm masyarakat yg mendapat tuah atau tulah ini dipanggil "ratu" atau "datu" (datuk lah tu).

Wallahualam.

RUjukan lain:
Sekilas Agama Kuno Kapitayan Di Indonesia
Agama Kapitayan & Sejarah Nasi Ambeng


Last edited by k_a_a on 25-10-2014 09:23 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
suka baca
tq untuk info

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:52 PM | Show all posts
ooo tak terpk pulak ..
nak terbalikkan perkataan tuhan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 02:13 PM | Show all posts
"sembahyang" bermaksud "sembah sang yang tunggal"
ok la takda apa masalah pun nak sebut sembahyang. tapi sikit hari dulu ummah yang kaki percaya bulat2 semua fakta shared kat fb berapi2 bgtau jangan sebut sembahyang tapi mesti sebut solat sebab sembahyang ni maksudnya "sembah berhala" (sembah = sembah, yang = salah satu tuhan berhala gitu).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 05:42 PM | Show all posts
Apa2pun dlm program Cinta Ilmu tersebut, ustaz Badlishah ada beri penjelasan bahawa hantu tiada kaitan langsung dgn org yg mati, hantu2 adalah jelmaan jin yg "nakal"....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 10:03 AM | Show all posts
good info..yup soal soal perkataan solat dan sembahyang 2 ramai org dk sebut2..tp apa2 pn dari niat kita la..
Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dia inginkan atau kerana seorang wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kerananya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2014 11:29 AM | Show all posts
sembahyang tu elok lagi kalau di ganti dengan solat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 11:49 AM | Show all posts
angahsmart posted on 27-10-2014 11:29 AM
sembahyang tu elok lagi kalau di ganti dengan solat

Elok juga... zaman ketika Wali Songo mengIslamkan jawa, Sunan Kalijogo tidak mengubah perkataan itu agar mudah diserap dlm budaya masyarakat ketika itu,...  Pendekatan Sunan Kalijogo lebih kepada penerapan ke dalam masyarakat Jawa ketika itu, agar tidak merasa terlalu asing (ye lah zaman takdak satelit tv semua, pelik la dgn bahasa arab, org arab pun depa tak pernah tengok zaman tu)... Sunan Kalijogo menerapkan dan "mengislamkan" budaya2 sedia ada, seperti wayang kulit, kuda kepang, etc.. mungkin dah sampai dizaman ini setelah ratusan tahun, masyarakat lebih faham. elok juga di tukar....

Kalau nak tukar perkataan2 utk ibadah khusus tu, boleh juga tukar perkataan "puasa" yg juga berasal dari agama kapitayan... guna bahasa arab iaitu "shaum"..

wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt, info yang sangat menarik. Mungkin disebabkan itulah masyarakat melayu nusantara dahulu senang menerima Islam sebab mempunyai asas yang sama dengan agama lama. Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 12:02 PM | Show all posts
cmf_shirayuki posted on 27-10-2014 11:53 AM
Tq tt, info yang sangat menarik. Mungkin disebabkan itulah masyarakat melayu nusantara dahulu senang ...

Cara berdakwah zaman dahulu amat lembut, seperti zaman sahabat & tabyeen, dgn akhlak yg baik dan menerapi ke dalam hidup masyarakat... maka sebab itu pedagang arab dahulu dapat membawa Islam ke tanah melayu & jawa/sumatera dgn jayanya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:23 PM | Show all posts
kalau nak ikutkan,semua perkataan ni perlu disoal dari masa asal usul atau datangnya...

[size=13.63636302948px]sembahyang" bermaksud "sembah sang yang tunggal"

org tanya,dari mana asal usul perkataan 'sembahyang', so jawapannya 'sembah sang yg tunggal', tp kenapa tak tanya pulak dari mana asal usul perkataan 'sembah', 'sang', 'yang', 'tunggal' tu pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:00 PM | Show all posts
MH37O posted on 27-10-2014 12:23 PM
kalau nak ikutkan,semua perkataan ni perlu disoal dari masa asal usul atau datangnya...

sembahyan ...

hhahahaha.. hadoi. kena kaji kenapa!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2014 09:45 AM | Show all posts
MH37O posted on 27-10-2014 12:23 PM
kalau nak ikutkan,semua perkataan ni perlu disoal dari masa asal usul atau datangnya...

sembahyan ...

Kalau nak kaji elok lah, tapi kenapa perlu kaji setiap perkataan "sembah" "yang" "tunggal" ?

Perkataan "sembahyang" diceritakan asal-usul nya kerana ianya berbeza dgn perkataan "solat" dalam bahasa arab yg bermaksud cara ibadah khusus itu dibuat.  Sama juga perkataan "puasa", dalam arabnya "sauhm".  Mungkin tuan boleh terangkan kpd semua apakah yg boleh didapati dgn mengkaji setiap perkataan "sembah yang tunggal" itu dan ianya perbandingan dengan perkataan apa? (maksud & asal-usul perkataan "sembahyang" ialah perbandingan dgn perkataan "solat").  Saya kira perkataan2 tersebut adalah perkataan Melayu dan tak pasti asal usul perkataan2 tersebut. Mungkin pakar bahasa & sejarah dpt membantu.

wallahualam.
Last edited by k_a_a on 30-10-2014 09:48 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 11:11 AM | Show all posts
Ustaz Badlishah menceritakan, zaman melayu kuno dahulu, hanya org2 bangsawan (org di awan) sahaja yg menganut Budha  & Hindu. Orang kebanyakan, mereka menganut ajaran Kapitayan.  Dalam agama kapitayan ini, mereka menyembah "sang yang thaya" (sang yang tunggal), iaitu tuhan yg tunggal tidak diketahui rupabentuknya. "Sang yang tunggal" ini mempunyai "semangat" yang diklasifikasikan kepada 2 bahagian.  Semangat yang baik (positif), di panggil "tuhan", manakala semangat yang tidak baik, dipercayai menjelmakan (me-manifestasikan elemen nya) sebagai "hantu", iaitu terbaliknya perkataan "tuhan" (terbalik maka jadi "hantu") kerana ia bertentangan dgn elemen tuhan.


Ini menunjukkan sebelum kedatangan Islam, orang melayu dah pun menganut agama tauhid iaitu menyembah tuhan yang satu dan yang tidak berupa. Sebab tuh orang melayu takde masalah nak convert kepada Islam sebab dah ada basic agama tauhid....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2014 11:50 AM | Show all posts
Fieza-mira posted on 1-11-2014 11:11 AM
Ustaz Badlishah menceritakan, zaman melayu kuno dahulu, hanya org2 bangsawan (org di awan) sahaja yg ...

Nak kata betul2 tauhid tak juga.. Penyembahan mereka lebih mirip kepada "semangat", semangat itu tidak berupa fizikal tetapi diklasifikasikan seterusnya dgn konsep "tu" (atau "to"), yg negatif nya = "han-tu", semangat yang positif = "tu-han".  Ketika itu masyarakat Melayu cuma guna akal logik saja utk fikir konsep tuhan, belum mendapat hidayah yg sebenar iaitu Al-Quran & Sunnah.

Namun begitu, ya saya setuju pendapat tuan, maka sebab itu org Melayu mudah menerima Islam.  Dan disebab itu lah, difikirkan oleh Sunan Kalijogo tidak perlu mengubah perkataan seharian iaitu "sembahyang", supaya penerimaan Islam yg menyembah tuhan yg tunggal yg tidak boleh difikirkan rupaNya itu mudah meresap kedalam masyarakat. Saya kira masyarakat ketika itu fikir, dgn datangnya Islam itu, maka definisi sembahan mereka kepada tuhan itu lebih jelas & konsep tuhan itu lebih diperbetulkan.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 12:11 PM | Show all posts
k_a_a posted on 1-11-2014 11:50 AM
Nak kata betul2 tauhid tak juga.. Penyembahan mereka lebih mirip kepada "semangat", semangat itu t ...

Basic tuh dah betul "menyembah tuhan yang tunggal/satu dan tuhan yang tidak berupa" tapi makin lama makin terpesong dek hasutan setan dan iblis. Semua agama pun macam tuh. Mula2 ajaran yang dibawa oleh Nabi2 tuh betul tapi bila diorang dah takde datanglah iblis memesongkan dan menyesatkan umat. Proses nih berlaku dalam semua agama termasuk Islam. Ajaran hindu tuh pun asalnya dari zaman Nabi Ibrahim tapi apa jadi dgn agama diorang sekarang? Sangat kontra dengan Islam. Gautama Budha pulak dipercaya seorang Nabi. Masa dia ada mana ada dia ajar buat patung semua nih tapi bila dia dah takde pengikut dia buat patung Budha dan pegi sembah pulak jadilah terpesong.

Siapa yang mengajar orang melayu bahawa tuhan tu satu dan tak berupa? Takkan Iblis dan setan kut....mesti ada Nabi atau wali yang mengajar tu. Siapa pulak yang mengajar menyembah hantu?? Takkan wali pulak....mestilah kerja iblis dan setan. Akibatnya bercampur aduklah ajaran tauhid dan ajaran setan dalam agama dan kepercayaan orang melayu...

Begitulah prosesnya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2014 10:47 AM | Show all posts
Fieza-mira posted on 1-11-2014 12:11 PM
Basic tuh dah betul "menyembah tuhan yang tunggal/satu dan tuhan yang tidak berupa" tapi makin lam ...

Betul tu, saya setuju dgn pendapat anda.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 04:43 PM | Show all posts
info yang sangat bagus.. terima kasih TT atas perkongsian..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2014 09:17 AM | Show all posts
BondaQalQimy posted on 11-11-2014 04:43 PM
info yang sangat bagus.. terima kasih TT atas perkongsian..

Sama-sama .  Saya nak sambung sikit... org Melayu Jawa kuno zaman dahulu, nak dikatakan agama tauhid tidak lah juga. Mereka memang lah sembah tuhan "yang tidak nampak" (sang yang thaya/sang yang tunggal)... Tetapi di manifestasikan dalam bentuk sembahan kepada "semangat"... Sebab itu wujud perkataan "to-kong" (tempat sembahan) dan tokong ini spt zaman skrg di letak kat pokok2, sebab mereka dulu2 tu sembah "semangat" positif yg dipercayai pd pokok.  Dan dlm sembahan itu ada saji berbentuk 3 segi yg dipanggil "tuju", saji dipenuhi makanan (nasi ambeng la tu) dan penyembahan itu dipanggil "tenung", iaitu konsentrasi kpd semangat positif di pokok tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.060839 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list