CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2725|Reply: 9

[Jenayah] Guru Sekolah Rendah@ Anak Pemimpin NGO Terlibat Dadah

[Copy link]
Post time 21-10-2014 02:01 PM | Show all posts |Read mode
  • Guru sekolah rendah ini (dua, kiri) ditahan kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, petang kelmarin.
  • Keadaan bilik ini tidak ubah seperti sarang tikus yang dipenuhi dengan kotak rokok dan botol plastik.
  • Guru sekolah rendah yang juga anak seorang tokoh politik ini (kiri) mengakui sudah lama terlibat penyalahgunaan dadah, namun tidak diketahui sehingga dia ditangkap polis, petang kelmarin.
  • Polis melakukan pemeriksaan selepas memecah masuk rumah disyaki menjadi port dadah dalam kalangan penagih yang ditahan dalam serbuan di Gong Pasir, petang kelmarin.



        DUNGUN – Seorang guru sekolah rendah ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat, dekat sini, petang kelmarin.

        Rahsia penglibatan kakitangan awam itu terbongkar selepas risikan polis mengesan sebuah rumah yang dijadikan tempat melepaskan gian kerana sering dikunjungi individu mencurigakan, disyaki penagih.

        Guru terbabit dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan tidak bermoral itu sebelum segalanya terbongkar dalam serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai Sub Inspektor Ismail Omar, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

        Sebaik menyedari kehadiran polis, sekumpulan penagih termasuk guru terbabit yang berada di dalam rumah berkenaan, dikatakan enggan membuka pintu menyebabkan polis terpaksa mengumpil dan memecahkan pintu utama untuk melakukan pemeriksaan.

        Sebuah bilik rumah teres difahamkan milik bapa guru terbabit yang juga pemimpin NGO itu dipercayai dijadikan tempat melepaskan gian berikutan penemuan beberapa peralatan untuk mengambil dadah.

        Bagaimanapun, guru terbabit yang difahamkan anak seorang tokoh politik dikenali di Dungun, menafikan dia terlibat penyalahgunaan dadah sehinggalah ujian saringan air kencing mendapati dia positif syabu.

        Guru lelaki berusia awal 30-an dan dikatakan masih bujang itu juga dipercayai sudah lama terlibat penyalahgunaan dadah tanpa pengetahuan bapanya.

        Selain guru terbabit, tiga lagi rakannya turut diberkas selepas didapati positif dadah, termasuk seorang pengedar berusia 34 tahun yang menjadi buruan polis sejak beberapa bulan lalu.

        Dalam serbuan itu, suspek disyaki memiliki dadah selepas penemuan lapan paket dipercayai syabu dalam poket seluarnya dengan nilai anggaran RM1,600, dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) serta ditahan reman sehingga 23 Oktober ini.

        Sementara itu, guru terbabit bersama dua lagi rakannya yang difahamkan bekerja sebagai pemandu lori dan pekerja badan berkanun pula, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

        Mereka dilepaskan dengan jaminan polis sehingga laporan kimia diterima untuk mengesahkan status urin.
         



Sinar Harian
Last edited by GhostWalking on 21-10-2014 07:08 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 02:06 PM | Show all posts
mesti ramai yang tanya anak sapa ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:19 PM | Show all posts
anak bapak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:36 PM | Show all posts
kasihang..kasihang..kasihang..

bilik tu dah mcm dumpster


ni mmg anak bapak...tapi sape nama bapaknye???
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:39 PM | Show all posts
anak sapa la ni yerkkk ~
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 02:56 PM | Show all posts
ganung boh ...mende gok dop isap dadoh dop isap gang, mane ganah boh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala...takkn di buangnya...tu pun ntah dah brp bln tak gi ngajor...gurubesor buat tak nmpak je....


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 03:59 PM | Show all posts
tak kisah laa..anak siapa...kalau dah salah tetap salah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 04:28 PM | Show all posts
kerunai posted on 21-10-2014 02:56 PM
ganung boh ...mende gok dop isap dadoh dop isap gang, mane ganah boh

isap batu?  masuk dlm list dok boh?

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:02 PM | Show all posts
cikgu stimm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.078243 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list