CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1539|Reply: 0

hapuskan emotion negatif yang jejaskan kehamilan

[Copy link]
Post time 21-10-2014 11:39 AM | Show all posts |Read mode

Menghapuskan emosi anda yang boleh menjejaskan kehamilan
12 October 2014 at 11:09
Kehamilan merupakan tanggungjawab dan perlu mempersama-samakan usaha sesama pasangan,terutamanya pasangan yang menghadapi masalah ketaksuburan.  Sokongan sesama sendiri dan bersikap optimistik dan positif adalah diutamakan. Tambahan pula, berfikiran buka dan emosi yang sihat juga akan mempengaruhi kesihatan ibu hamil dan janin.


Sebagai contohnya, sekiranya satu pasangan harap agar hamil dalam masa singkat tetapi tidak berjaya atas sebab-sebab tertentu,maka tekanan emosi dan perasaan negatif akan muncul. Ini mungkin akan menjejaskan hubungan keluarga. Sebaliknya,sekiranya pasangan itu bersikap optimistik dan berfikiran lapang, maka perasaan negatif tidak akan muncul walaupun gagal dalam kehamilan dalam masa singkat.

Perasaan dan emosi antara pasangan mempunyai daya tarikan dan akan mempengaruhi sesama sendiri,mahupun kesedihan ataupun kemarahan. Jadi, pasangan haruslah melaraskan dan keseimbangan emosi dan mental, dan juga membimbing dan tolenransi antara satu sama lain untuk mengatasi kesulitan.

Dalam jangka masa bersedia untuk kehamilan, pasangan harus mengistirahatkan diri dan menjalankan aktiviti menarik demi meringankan bebanan dan tekanan dalam kehidupan.

Kehamilan dan peranakan merupakan penghantaran kasih sayang ibubapa kepada bakal bayi. Mulai dari harapan hati dalam kehamilan sehingga kelahiran bayi,pasangan haruslah bersikap positif dan berkasih-kasihan sesama sendiri yang mana ia merupakan persediaan dalam kehamilan.

Selain itu, anda juga boleh tertanya-tanya adakah faktor psikologi merupakan salah satu sebab dalam kegagalan kehamilan. Contohnya jika pernah berhenti kehamilan ataupun kemunculan masalah dalam hubungan keluarga, memori penderitaan semasa zaman kanak-kanak,atau bebanan dalam tanggungan ekonomi turut memberi kesan negatif kepada kehamilan. Jadi, mengatasi masalah dengan sewajar demi menjamin ketenteraman emosi.

Selain itu, sebagai seorang isteri harus mengetahui bahawa biasanya kaum lelaki tidak mudah meluahkan perasaan sebenar mereka. Gerak balas terhadap satu masalah juga berbeza dengan kaum wanita yang mana wanita akan berbincang dengan kawan atau ahli keluarga tetapi lelaki hanya mendiamkan diri. Justeru, pasangan harus mempunyai seseorang yang dapat dipercayai dan boleh meluahkan perasaan kalian bersama-sama. Sekiranya pasangan dapat mengatasi masalah bersama-sama, hubungan keluarga akan bertambah intim.

Masalah kehamilan mungkin akan menderitakan dan menyeksakan kalian, tetapi harus ingat bahawa persediaan dalam psikologi dan fisiologi secara serentak menyumbang kepada kejayaan kehamilan.

Membuangkan tabiat merokok dan meminum alkohol adalah penting bagi pihak suami semasa bersedia untuk beranak. Elakkan daripada kawasan persekitaran yang dicemari atau kekotoran,sebaliknya kedua-dua orang dikehendaki menjalankan aktiviti senaman demi memelihara kesihatan, berkasih-kasihan sesama sendiri ,mencegah jangkitan dan berhati –hati dalam pengambilan ubatan atau suplemen.

Bagi kaum wanita yang mengambil ubat pencegah kehamilan, perlu berhenti pengambilan ubatan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum merancang beranak. Di samping itu,pemeriksaan kesihatan dalam mendiagnosis penyakit keturunan keluarga juga diperlukan sebelum kehamilan.

Laman WEB NI QUITE lengkap ya...https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587

quigDalam jangka masa bersedia untuk kehamilan, pasangan harus mengistirahatkan diri dan menjalankan aktiviti menarik demi meringankan bebanan dan tekanan dalam kehidupan.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052824 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list