View: 2390|Reply: 11
|
[Dunia]
Petaka kencing atas tilam
[Copy link]
|
|
Kunming, China Polis wilayah Yunnan menangkap seorang lelaki kerana dipercayai membunuh anak lelakinya sebelum memotong kemaluan mangsa.
Berdasarkan laporan, tindakan tidak berperikemanusiaan berkenaan didorong rasa marah suspek terhadap anaknya yang suka kencing di atas tilam.
Jurucakap polis semalam berkata, Tang Minghua, 39, terpaksa bersendirian membesarkan anak lelakinya, Kao, 9, selepas ditinggalkan isteri.
“Pasangan berkenaan mengalami masalah rumah tangga.“Tang ditinggalkan kerana isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain,” katanya.
Namun kesalahan mungkin bukan terletak pada isteri Tang semata-mata. Berdasarkan kenyataan jiran, Tang tidak mempunyai pekerjaan sebaliknya sering menghabiskan masa mabuk di rumah.
Bosan dan kecewa dengan keadaan rumah tangga berantakan serta rindu kepada ibunya, Kao ‘memberontak’ dan mula kerap kencing di atas tilam.
Jurucakap polis berkata, Tang dipercayai hilang sabar kelmarin kerana Kao sekali lagi kencing di atas tilam walaupun sebelum itu disuruh ke tandas.“Kao enggan ke tandas kerana mendakwa dia tidak berasa mahu kencing,” katanya.
Berdasarkan siasatan awal, Tang dipercayai mengheret Kao keluar dari rumah mereka di Zhenxiong dan memaksanya kencing.
Apabila budak itu berdegil, Tang mula mencekik anaknya sehingga mati. Kemaluan Kao kemudian dipotong sebelum Tang kembali ke rumah untuk tidur.
Kejadian berkenaan hanya disedari selepas penduduk setempat ternampak mayat Kao terbaring di depan rumah. Jurucakap polis berkata, Tang menyalahkan isterinya atas kejadian itu. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3189#sthash.usU4ib5M.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pe lah....bior lah dia mati dari hidup siksa brpanjangan dg bapak yg ncm tu...
RIP BOY......
|
|
|
|
|
|
|
|
betul2 malapetaka ni |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah
kesian kan
ayah dia pemabuk teruk ni ...hilang pertimbangan
underlying depression
siannn...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cina PRC dan kepelikan tahap pprt berpisah tiada. Kesian budak tu dpt bapak gila |
|
|
|
|
|
|
|
org lelaki ni pegang tgjwb sikit dah stress sampai bunuh2 anak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya terdapat di china mainland..macam2 ada |
|
|
|
|
|
|
|
Aduiiyaiii.....gila tul |
|
|
|
|
|
|
|
bunuh satu hal, yang nak potong anunye ngape..
memang gile |
|
|
|
|
|
|
|
China Darul Pelik |
|
|
|
|
|
|
| |
|