View: 2307|Reply: 16
|
[Tempatan]
Tambang Bas Sekolah Confirm Naik 30% Tahun Depan!
[Copy link]
|
|
Seremban: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) akan mengenakan kadar baru tambang bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan dengan kenaikan sebanyak 30 peratus. Presiden GPBSM Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kenaikan itu sudah dipersetujui semua 18,000 pengusaha bas sekolah yang bernaung di bawah gabungan itu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Katanya, cadangan kenaikan kadar tambang bas sekolah itu terpaksa dilakukan mulai sesi persekolahan tahun depan selepas ia ditangguhkan tahun ini.
“Pada dasarnya kita bercadang untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah 30 peratus selepas Tahun Baru Cina lalu, tetapi tidak mendapat persetujuan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
;“Bagaimanapun, agensi itu sudah memberi kebenaran kepada gabungan menetapkan kadar baru bagi sesi persekolahan tahun depan, namun perlu berunding dengan ibu bapa bagi mendapatkan persetujuan bersama.
“Kami akan memaklumkan ibu bapa mengenai kadar baru itu dan berharap selepas ini tidak lagi timbul isu mengenai kadar baru,” katanya.
Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.
Beliau berkata, kenaikan yang dicadangkan tidak akan membebankan ibu bapa kerana ia hanya membabitkan pertambahan kira-kira RM9 sebulan bagi seorang pelajar.
“Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang mempunyai lebih tiga anak, pengusaha bas akan berbincang dan sedia bertolak-ansur dengan ibu bapa bagi pengurangan tambang.
“GPBSM menyedari beban yang perlu ditanggung ibu bapa, namun ia tidak boleh dielakkan berikutan pengurangan subsidi bahan api dan kenaikan harga alat ganti kenderaan kerana kos operasi bulanan pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini meningkat mendadak antara RM700 hingga RM800,” katanya.
Menurutnya, GPBSM akan mengadakan perbincangan lanjut dengan ahli gabungannya mengenai pelaksanaan kadar tambang bas sekolah yang baru, Disember ini. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3249#sthash.ZPxyBDrH.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....
Demi pendidikan anak2, aku redha. Tak nak berkira sgt dan ikhlas membiayai segala urusan persekolahan anak. |
|
|
|
|
|
|
|
minyak naik 20sen, tp tambang naik smpai 30%! |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulliah..berita gembira untuk ibubapa sekalian........... |
|
|
|
|
|
|
|
bayar jela.. kalau rasa mahal hanta la sendiri
pengusaha bas pon nak idup jugak
untung2 leh dapat bas sekolah baru |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya duduk malaysia.. serba serbi naik...
|
|
|
|
|
|
|
|
dr_stein posted on 21-10-2014 10:34 AM
bestnya duduk malaysia.. serba serbi naik...
betoi betoi.....yg turun harga kangkong aja
|
|
|
|
|
|
|
|
makton posted on 21-10-2014 09:42 AM
minyak naik 20sen, tp tambang naik smpai 30%!
minyak naik 20sen so harga alat ganti naik, harga tayar naik, harga cuci bas naik, bla bla bla.... |
|
|
|
|
|
|
|
kumbang7 posted on 21-10-2014 10:55 AM
minyak naik 20sen so harga alat ganti naik, harga tayar naik, harga cuci bas naik, bla bla bla....
alat ganti bukan hari2 ganti..
tayar bukan hari2 tukar..
bas bukan hari2 cuci....
bla..bla..blaaaa.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Mohd Rofik, kenaikan kadar tambang itu tidak boleh dielakkan bertujuan menampung peningkatan kos operasi dan kenaikan harga alat ganti kenderaan ekoran pelarasan subsidi yang menyaksikan harga bahan api meningkat 20 sen, awal bulan ini.
sib baik melayu yg cakap..kalo cina abih dituduhnya amik kesempatan
|
|
|
|
|
|
|
|
tak per..asal anjing tak tumpang naik bas semua hokay - Mufti
|
|
|
|
|
|
|
|
minyak naik ..petrol kan...bukang diesel....????
|
|
|
|
|
|
|
|
wooooooooooo....sudah nampak tanda2 smua nak naik...
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Patih posted on 21-10-2014 03:38 AM
minyak naik ..petrol kan...bukang diesel....????
Amboi bangun awal harini |
|
|
|
|
|
|
|
kejoraria posted on 21-10-2014 10:52 AM
betoi betoi.....yg turun harga kangkong aja
Yang turun K#TE Bijan je lepas puas bersenggama dgn big mama...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|