Pondan Siam panjat bumbung
Ipoh: Sekumpulan pondan warga Thailand yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral bertindak memanjat bumbung dan menyembunyikan diri di dalam rumah kedai dua tingkat di sekitar Jalan Raja Permaisuri Bainun, di sini, bagi mengelak diberkas anggota Jabatan Imigresen Perak, semalam
.
Dalam Ops Sayang lebih lima jam bermula jam 1 pagi di sekitar bandar ini, seramai 14 warga asing ditahan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa selepas tamat tempoh, Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pas yang sah untuk tinggal dan berada di negara ini serta Peraturan 39(b)Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri Muhamad Faizal Saidin berkata, operasi yang dijalankan di beberapa kawasan tumpuan seperti rumah kedai dan pusat hiburan di Jalan Chung On Siew, Taman Jubilee, Jalan Che Tak selain Jalan Raja Permaisuri Bainun, di sini.
"Daripada 14 warga asing lelaki yang ditahan itu mereka terdiri daripada dua warga Laos, empat warga Indonesia dan lapan Thailand.
"Mereka yang ditahan berusia antara 22 hingga 36 tahun. Lapan warga Thailand itu adalah sekumpulan pondan yang cuba bersembunyi bagi mengelak ditahan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Oktober 2014 @ 5:02 AM
 WARGA asing cuba menyorok di atas bumbung.
p/s:cuba cari hantu kopek dalam gambar nih 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1860#sthash.SqrEjLuU.dpuf Last edited by GhostWalking on 15-10-2014 12:21 AM
|