CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2072|Reply: 14

[Tempatan] Kenaikan elaun anggota Parlimen perlu katanya..

[Copy link]
Post time 14-10-2014 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Kenaikan elaun anggota Parlimen setimpal tanggungjawab -kata Ahmad Maslan



Kenaikan elaun Anggota Parlimen adalah setimpal dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas mereka dalam melaksanakan khidmat kepada rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata anggota Parlimen sebenarnya tidak dibayar gaji, sebaliknya hanya diberi elaun RM6,500 sebulan.

"Jumlah ini tidak adil bagi mereka yang perlu menjaga begitu ramai rakyat di kawasan (Parlimen) masing-masing," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan secara langsung malam ini.
Mengambil contoh kawasan Parlimennya di Pontian, Johor, Ahmad menjelaskan terdapat kira-kira 50,000 pengundi perlu diberi perhatian di kawasan itu.

"...katakan 50,000 ini didarab empat (anak dan isteri), jadi keseluruhannya 200,000 rakyat kawasan Pontian perlu saya jaga, tapi ada (anggota Parlimen) yang lebih ramai lagi dari saya.
"Di Sabah dan Sarawak pula, walaupun angka pengundi tidak besar, namun kawasan mereka begitu luas... RM6,500 tidak cukup untuk tampung kos-kos terlibat," katanya.

Semasa membentangkan Bajet 2015 pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan kesemua 222 Anggota Parlimen diberi kenaikan elaun berkuatkuasa 1 Jan depan.
Menurutnya elaun Anggota Dewan Rakyat akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun anggota Dewan Negara akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.

Dalam perkembangan lain, Ahmad memberitahu gaji perdana menteri Malaysia adalah sebanyak RM22,000 sebulan yang bersamaan dengan gaji Presiden Zambia.
Gaji itu juga bersamaan dengan pendapatan pengurus besar bagi syarikat berkaitan kerajaan di Malaysia, katanya. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 09:03 AM | Show all posts
Apa kata disenaraikan semua elaun2 & gaji yg diberikan kepada ahli parlimen dan juga menteri...

lagi pun elaun & gaji ahli parlimen dan menteri mengguna dana awam/rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:09 AM | Show all posts
sgguh xbrkhidmat untuk rakyat muntri yg ada ponnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:11 AM | Show all posts
adakah menteri takut rakyat akan terkejut beruk kalau dapat tahu jumlah elaun yg diterima oleh pak2 menteri kita???
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:51 AM | Show all posts
klu kena kat batang idung sendiri pandai pulak nak darab dgn 4  
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:52 AM | Show all posts
jadi, ahli perlimen yang peling kecil bilangan pengundi, wajar tak kalau dikurangkan elaun nya,
just tuk berlaku adil kepada amat maslan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2014 09:53 AM | Show all posts
Patutlah kalau boleh semua orang nak jadi politisian!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:53 AM | Show all posts
mmmmnapa laa mamat  ni bukak mulut....  dia ni nepoleon syndrome
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Memandangkan takde perkataan atau ayat yang baik aku nak luahkan ...jadinya eloklah ku berdiam saja.

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawa majide kencang ckp pasl duit..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
peniaga cendol pun turunkan harga. Takkan menteri2 nak naikkan gaji. Patutnya kena la turunkan gaji tu. Baru betul berkhidmat untuk rakyat sama seperti penjual cendol.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:33 PM | Show all posts
aku cukup lemah kalau baca statement wak maslang neh..mujur xde sakit jantung
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:34 PM | Show all posts

cam ner caranya dia jaga tu smpai nak tambah lagi elaun..musykil ni...
tak tercapai di akal....
otak aku ke yg lembab ni..
atau aku ke yg sewel ni..
nyampah btul ngn dia org ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:41 PM | Show all posts
menjaga rakyat macamana maksudnya tu?
setiap rakyat pegi ketuk rumah dia hari2 dok mintak duit ke?
plisssslah ahmad maslan oii..cukup2lah keluarkan statement bodoh lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 04:34 PM | Show all posts
berdiam itu lebih baik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048772 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list