CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3661|Reply: 37

[Tempatan] Lagi Kpg Melayu Bakal Hilang dibawah rejim DAP Penang- Melayu Penang tertekan!

[Copy link]
Post time 14-10-2014 08:16 AM | Show all posts |Read mode
Lagi kampung Melayu bakal hilangOleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PEMANDANGAN sebahagian Kampung Mutiara, Batu Feringgi, Pulau Pinang, yang bakal 'hilang' apabila penduduknya mendakwa akan dihalau tanpa menerima sebarang pampasan. -





Advertisement





PULAU PINANG 13 Okt. - Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini, bakal lenyap selepas lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48 buah keluarga.
Hari ini, penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung berkenaan, Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada 2007 apabila tuan tanah yang menetap di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.

Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada 2012 apabila mereka diarah berpindah dengan notis terakhir diterima kira-kira tiga bulan lalu.
Tambah beliau, arahan pengosongan itu membabitkan sebanyak 48 buah rumah penduduk yang terletak di lot A dan B manakala penduduk tidak dimaklumkan jenis pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut.

"Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi itu.

Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka dan merayu kerajaan negeri campur tangan menyelamatkan perkampungan mereka.

Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis 'Jangan Halau Kami', 'Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Menurut Ismadi, kawasan itu bukan perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini.
Dalam masa sama, beliau mempersoalkan mengapa tiada usaha daripada kerajaan negeri untuk mewartakan perkampungan itu sebagai kampung warisan.
Sementara itu, penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.

"Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen.
"Kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati kampung ini," katanya.Saudara kembarnya, Che Bunga pula berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat tersebut daripada nenek moyang.

"Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami akan bangkit mempertahankan hak kami," katanya.
Bagi Aminah Said, 51, pula katanya, dia dan keluarga terpaksa menanggung kerugian besar kerana rumahnya bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan menyewa atau membeli rumah baharu di negeri ini yang sangat mahal.

"Saya hanya suri rumah dengan tiga orang anak. Bagaimana saya mahu mencari duit untuk berpindah?" katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 08:52 AM | Show all posts
"Tertekan " kepala cenonot lu. Dgn kpg melayu mereka hanya berani hantar notis saja la
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kampung2 dekat bt feringghi nie sume tanah ceti ke....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis2 kat mana2 kawasan kampung yg tak terancang dan x produktif akan terhapus dgn arus pembangunan sis...bandar2 diseluruh dunia bermula dr sebuah kampung tersebut sis.

Umno sendiri x mampu pertahankan kampung2 di Kuala Lumpur.

X payah nak mainkan isu ini dgn perkauman..seolah2 umno halal melakukan apa2 saja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Meleis2 jgn mudah dibodohkan dgn berita provokatif dan racism dr akhbar Melayu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:10 AM | Show all posts
klu bukan tanah sendiri memang dah tahukan apa akan jadi...harap belas ehsan dr kerajaan je la...dunia mmg kejam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2014 09:11 AM | Show all posts
Tanah ni ka yg mamak umno pi jual?dia beli murah jah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:21 AM | Show all posts
Jom kita siasat sapa tuan tanah, sapa yang dok di kampung tu, berapa lama dah depa dok menumpang, dan awat depa dok menumpang sejak dari zaman BN jaga Pulau Pinang ... last sekali kita cari sapa dia pemimpin lama yang dok nga nga sampai lupa tanggungjawab depa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 09:32 AM | Show all posts
Lepas hantar notis...terus senyap saja la.  Nak buat lebih ...takut kena pukul
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:01 AM | Show all posts
DAPig dah tunjuk belalang pig die dahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:22 AM | Show all posts
  1. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung berkenaan, Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada 2007 apabila tuan tanah yang menetap di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.

  2. Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada 2012 apabila mereka diarah berpindah dengan notis terakhir diterima kira-kira tiga bulan lalu.
Copy the Code
Apabila tuan tanah dah bg notis sejak 2007, apa yg depa dok buat ?
Dok buat tak tahu
Takkan tak cuba cari rumah lain
Tulonglah jgn dok jaga isu rasis masis,
Kalau tanah hak milik sendiri, lalu Kerajaan Negeri rampas tanpa pampasan, bolehla nk mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:26 AM | Show all posts
ha ha ha.. bukan tanah depa pun.. mcm kat cni.. .kaum india... tak g roboh rumah .. kena juga roboh sebb bukan tanah dia orrg.. logikkkan...... parti mana pun kalu duk tanah org .... risiko kena keluar....
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:37 AM | Show all posts
ni kampung melayu ke atau kampung 'melayu'???
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:06 PM | Show all posts
syukur la dah berpuluh tahun tuan tanah bagi dok pree.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:12 PM | Show all posts
najib cakap takpa
1 Malaysia
apa salahnya
boleh gi Pahang buat rumah baru.

lagi pun kata najib

cina banyak membantu

tampa cina melayu takde.

biarlah apasalahnya

kata Najib yg penting PM ialah Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
TOPwind posted on 14-10-2014 12:12 PM
najib cakap takpa
1 Malaysia
apa salahnya

Tanpa Cina tak ada Melayu....ko datang bulan lagi kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 12:18 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 14-10-2014 12:17 PM
Tanpa Cina tak ada Melayu....ko datang bulan lagi kah?

bukan aku yg kataaa lah
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kampung haram Cina dirobohkan oleh kerajaan khalifah LGE, ada masuk berita perdana tak? Apasal Utusan,TV3 dan PERKOSA amalkan double standard?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:32 PM | Show all posts
macam mana kampung yang dah berzaman didiami tetiba tanah jadi milik orang....??
orang melayu ni bodoh tak belajar macam cina....orang cina tak akan berpindah selagi belum dapat pampasan kaw..kaw punya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:42 PM | Show all posts
dok pree atas tanah org kan??
kalau muka ada tau malu... patut terima kasih laa kat tuan tanah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.132257 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list