. A. Solat Gerhana Bulan (Khusuf)
1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan. . 2. Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan: Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala. . 3. Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at. . 4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT; اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِاَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات. 5. Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah : اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَات. . B. Cara Solat Sunat Khusuf Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut: . 1. Cara PertamaSolat Sunat Khusuf 2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud. . a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram. 2. Membaca doa iftitah. 3. Membaca Ta`awudz. 4. Membaca surah Al-Fatihah. 5. Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah. 6. Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat. 7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau mana-mana surah. 8. Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat. 9. Iktidal. 10. Sujud dan membaca tasbih. 11. Duduk antara 2 sujud. 12. Sujud kembali. 13. Berdiri ke rakaat kedua. .
b. Rakaat kedua. 1. Membaca surah Al-Fatihah. 2. Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah. 3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat. 4. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat. 6. Iktidal. 7. Sujud dan membaca tasbih. 8. Duduk antara 2 sujud. 9. Sujud kembali. 10. Membaca tasyahud akhir. 11. Memberi salam. . . Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim). . Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid: وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعةIshak B. Rahawaih berkata: “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
|