CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2549|Reply: 15

[Tempatan] Harga ikan naik sehingga 30 peratus

[Copy link]
Post time 7-10-2014 08:56 PM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN 7 Okt. - Harga ikan di Pulau Pinang naik sehingga 30 peratus berikutan bekalan berkurangan selepas nelayan tidak turun ke laut berikutan cuaca tidak menentu sejak lima hari lepas.

Tinjauan Bernama di beberapa pasar di bahagian pulau negeri ini mendapati harga ikan naik antara RM5 hingga RM10 sekilogram mengikut jenis ikan serta kualitinya.

Ikan bawal dijual RM40 sekilogram berbanding RM30 sekilogram sebelum ini, ikan cencaru RM10 sekilogram berbanding RM6 sebelum ini dan ikan kerisi saiz sederhana RM12 sekilogram berbanding RM7 sekilogram.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 50, berkata ombak kuat dan laut bergelora sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan bekalan ikan berkurangan dan peniaga terpaksa bergantung kepada bekalan daripada Thailand.

"Banyak nelayan tidak turun ke laut menyebabkan bekalan ikan, sotong dan udang tidak mencukupi malah beberapa jenis ikan langsung tidak dapat dijual antaranya ikan kembung.

"Peniaga terpaksa mengambil ikan daripada Thailand dan pembekal dari sana sengaja menaikkan harga kerana tahu kita kekurangan bekalan, kami juga terpaksa menaikkan harga ikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang nelayan di Tanjung Tokong yang hanya mahu dikenali sebagai Samsudin, 55, berkata kebanyakan nelayan terutama yang menggunakan bot kecil tidak turun ke laut kerana bimbang dengan keselamatan mereka berikutan keadaan laut bergelora.

"Bekalan ikan memang berkurangan kerana rata-rata nelayan tidak berani untuk turun ke laut kerana cuaca yang tidak menentu, kami bimbang keselamatan kami," katanya.

Katanya beliau percaya bekalan ikan akan pulih dalam tempoh beberapa hari lagi iaitu selepas cuaca baik.

Beberapa pengguna yang ditemui berharap bekalan ikan dapat pulih dalam tempoh terdekat kerana mereka terkesan dengan harganya yang naik itu.

Nur Maznah Saad, 43, yang merupakan suri rumah berkata beliau menyedari harga ikan naik sejak Sabtu lepas semasa membuat persiapan untuk menyambut Aidiladha.

"Memang Sabtu lepas ada beberapa ikan telah naik harga, bagaimanapun ia tidak ketara seperti hari ini, terkejut juga bila pergi pasar tengok harga ikan dan udang naik banyak. Saya harap situasi ini tidak berpanjangan kerana ia beri kesan kepada pengguna," katanya.- BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo...
patut le nixar & @lavabalsampanas pergi byk masjid ambik daging korban, ikan  naik harga rupanya ..:Q
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 09:24 PM | Show all posts

"Ubah Gaya Hidup!"


Last edited by tumpanglalu74 on 7-10-2014 09:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape boleh buat. Nak x nak, beli jugak lah. Selalu nyer pun, rakyat malaysia ni selalu membazir bab makanan ni. Lepas ni kena beringat lah sikit.

**peringatan untuk diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 09:31 PM | Show all posts
Menteri kata nak bawak ikan import masuk.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 09:33 PM | Show all posts
Harga ikan naik - jangan makan ikan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2014 09:34 PM | Show all posts
ikan i beli dua jenis ja...terubuk(sekali sekala) dgn salmon(memang tetiap minggu beli)...terubuk sedap bakaq...salmon bakaq dgn olive oil
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 12:03 AM | Show all posts
ikan mahal jangan beli
kita makan ayam


penonton rajalawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2014 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap lebih banyak projek bela ikan dibuat...takdelah terjejas sngt dengan cuaca...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 12:08 AM | Show all posts
Sesiapa biasa p kg nelayan kaa ada kawan nelayan kaa mmg dok kt kg nelayan kaa akan paham kenapa harga ikan naik.. laa niii laut gelora.. bila permintaan melebihi hasil tangkapan.. memang laa harga akan naik.. tu pun xleh nak pikiaq

Orang bijak perlu pikir & bertindak secara bijak.. bukan sedap bercakap ke hulu ke hilir... kununn dah pandai sangat.. padahal minda Class 3 jaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 12:30 AM | Show all posts
beli je klu nk mkn... malas nk pkir harga..
wat sakit ati je nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:00 AM | Show all posts
noor2 posted on 7-10-2014 09:34 PM
ikan i beli dua jenis ja...terubuk(sekali sekala) dgn salmon(memang tetiap minggu beli)...terubuk se ...

forever ikan kembung
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:49 AM | Show all posts
i lovee cencaru....

takpe

mkn je fish fingers - grilled, fish cakes...or ...yg dalam tin tuu...sardinesss...buat sandwich with lettuce etc etc...yummy....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:52 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 8-10-2014 12:03 AM
ikan mahal jangan beli
kita makan ayam

hahahahah

lawak yg sama , you know , was made by Marie Antoinette - the queen of France  - king Louis XVI nyer wife-

if they cant afford bread, then eat cakes...

hmm ..interesting...., kan?

lepas tu kepala marie ngan hubby dia kena kutip oleh Madame Tussaud...hmm...untung  kan - kalau benarlah ...
hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:53 AM | Show all posts
hmm....ikan ,nelayan , ombak....haisshh ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 03:31 AM | Show all posts
nilah jadinya bila minyak petrol naik betul dak..? cikgu aku ckp kalu petrol naik yg lain pun sekali ikut naik,,,?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051012 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list