CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4859|Reply: 20

Bimbang!!pendarahan gusi semasa mengandung

[Copy link]
Post time 1-10-2014 11:03 AM | Show all posts |Read mode
i mengandung dan selalu mengalami pendarahan gusi apabila mengosok gigi..i amat bimbang masalah ni akan menjejaskan kandungan i..i tak tau apa yang boleh buat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 11:20 AM | Show all posts
samala montok pun slalu gak gusi berdarah masa gosok gigi,
nak tau gak sebab apa tggu mommy2 lain jawab
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 11:31 AM | Show all posts
"Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut.Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah.

Sebabnya sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah. Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. Sewaktu bersentuhan dengan benda asing seperti ketika menggosok gigi, gusi akan lebih mudah berdarah dan dijangkiti kuman.

Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masah gigi dan gusi berdarah.Gangguan ini menyebabkan ada ibu hamil yang membataskan rutin membersihkan rongga mulut hingga menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.

Perlu diakui tanpa gangguan sakit gigi sekalipun ibu hamil sudah cukup menderita dengan segala perubahan yang terjadi pada tubuhnya. Jadi seboleh mungkin ibu hamil mencegah diri dari menghadapi masalah ini.

CEGAH MASALAH GUSI

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.

1) Bersihkan Diri Dengan Teratur

Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.Penggunaan ubat kumur yang mengandungi antiseptik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu meneluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekaligus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut. Selain itu setiap kali muntah, berkumur dan gosoklah gigi.

2) Jaga Pemakanan

Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi. Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperolehi dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.

Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu, ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju, minyak, hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.

3) Rawatan Gigi

Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang, sebaiknya ibu hamil pergi berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil.Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh mengganggu kehamilan seperti penggunaan sinar x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung.

Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga."
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 06:22 PM | Show all posts
sy setiap kali gosok gigi pun berdarah walaupun xmengandung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 01:28 PM | Show all posts
Saya rasa kebanyakan ibu mengandung akan mengalami pendarahan gusi terutamanya semasa gosok gigi..banyak kawan2 saya juga ada masalah ni..asalkan pendarahan tu tak teruk sangat, okay la tu.. sekiranya rasa bimbang..bolehlah tanya doktor masa follow up =)
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 01:43 PM | Show all posts
Biasa la gusi berdarah masa mengandung. Switch la ke berus gigi extra soft pastu time berus guna teknik yang betul. Basically hadap jela...

Kurang2 you all dapat gusi berdarah je. Saya ni pernah kena pregnancy epulis. Lagi mau menangis. Tak gosak, tak makan tetiba seketul dua darah yg berketul keluar. Tengah bercakap pun tak sedar mulut merah sebab darah penuh mulut. Kalau travel tu selalu gakla kena berhenti kereta sebab nak buang darah dalam mulut.

Yang peliknya jadi masa mengandung anak laki. Time anak pompuan, takde. Alhamdulillah, la ni dah tutup kedai tak payah rasa seriyau dengan epulis ni selam 9 bulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2014 03:47 PM | Show all posts
baulu posted on 2-10-2014 01:43 PM
Biasa la gusi berdarah masa mengandung. Switch la ke berus gigi extra soft pastu time berus guna tek ...

Nak tanya skit.. jenama ape pny berus gigi anda guna?
kawan aq kata guna berus yg lembut xkan kena gusi berdarah..

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 04:13 PM | Show all posts
invisible80 posted on 2-10-2014 03:47 PM
Nak tanya skit.. jenama ape pny berus gigi anda guna?
kawan aq kata guna berus yg lembut xkan ken ...

Selalunya brand yg OTC je. Pastikan Extra soft atau ultra soft, ie standard terms yang digunakan utk bristle dia.

Setakat ni yang saya paling suka kelembutan dia (ni kalau tak silap la) brand Colgate, yang charcoal tu (bristle dia kaler hitam).

Kalau mengandung dan memang ada penyakit gusi memang prone berdarah masa gosok. Buat slow2 dengan teknik memberus yg betul. Tapi kalau dah namanya ada penyakit gusi, mmg sure berdarah bila guna apa jenis berus pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2014 04:43 PM | Show all posts
baulu posted on 2-10-2014 04:13 PM
Selalunya brand yg OTC je. Pastikan Extra soft atau ultra soft, ie standard terms yang digunakan u ...

Aduh.. aq pon xtau ape lg aq blh buat.. bila nampak mulut aq penuh dgn darah,aq pon terkejut sendiri.
Suami aq kata bwk aq gi jmp doktor sampai skang pon belum lg..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 08:53 PM | Show all posts
Gusi berdarah selalunya sebab gum.. Darah ada kat hujung gusi so bila gosok kuat darah tu akan kuo..
Doc gg aku ckp mcmtu le.. Sb ms pregnant anak lelaki pernah jd..
So amik kalsium n jg kebersihan gg..
Doc xbg antibiotik atau ubat sb dh 7bln ms tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 12:22 AM | Show all posts
Saya rasa lebih baik jangan jumpa doctor dulu..tgk macam mana dulu..biasanya dr akan bagi ubat..takut ubat menjejaskan kandungan..ada kesan sampingan tu..boleh cuba tukar berus gigi dulu..guna berus yang lembut and yang design untuk wanita mengandung..berusnya hanya 0.02mm halus dan lembut..http://www.southernlion.com.my/e ... ring_pregnancy.html
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:14 AM | Show all posts
sabertooth posted on 3-10-2014 12:22 AM
Saya rasa lebih baik jangan jumpa doctor dulu..tgk macam mana dulu..biasanya dr akan bagi ubat..taku ...

No lah..... dentist takkan sesaja bagi ubat kat kita.

Nak2 dia tengok kita tengah memboyot. Kalau perut tak nampak pun kita kena la bagitau kita mengandung. Masa saya epulis dulu, dia tanya saya allergies kat apa2 antibiotik tak sebab dia nak subscibe antiB. Tapi antiB tu takde effect apa2 pun kat epulis saya. Maka menghadap dan meranalah saya dengan epulis masa mengandung.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu maksudnya u kurang kalsium dalm badan...bahaya jugak kalau kurang kalsium ni tau..kalsium ni bertindak untk pertumbuhan tulang baby dlm kandungan...so...ibu hamil mesti mendapatkan kandungan kalsium yng cukup untk diri sendiri n baby dlm kandungan...kalau nak cuba try ostematrix...boleh pm saya atau whatsapp saya terus kat 0145927119...free postage n free konsultasi dari saya...tq
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2014 06:06 PM | Show all posts
sabertooth posted on 3-10-2014 12:22 AM
Saya rasa lebih baik jangan jumpa doctor dulu..tgk macam mana dulu..biasanya dr akan bagi ubat..taku ...

Pada pandangan saya, jenis berus gigi tak berapa mempengaruhi pendarahan gusi..lembut ke keras ke..sama je...faktor yang utama ialah perubahan hormon dalam badan ibu hamil..itu normal..kalau berdarah, macam mana jua akan berdarah..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 01:53 AM | Show all posts
sabertooth posted on 3-10-2014 12:22 AM
Saya rasa lebih baik jangan jumpa doctor dulu..tgk macam mana dulu..biasanya dr akan bagi ubat..taku ...

Terima kasih byk2..selain menukar berus gigi..ada tak cara lain tak kira ke cara tersendiri atau traditional yang boleh mengurangkan pendarahan gusi???
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 12:19 AM | Show all posts
invisible80 posted on 7-10-2014 01:53 AM
Terima kasih byk2..selain menukar berus gigi..ada tak cara lain tak kira ke cara tersendiri atau t ...

i rasa u boleh cuba makanan yang mengandungi vitamin b6 yang tinggi seperti pisang, bayam, tuna, salmon, kentang..vit b6 amat bagus untuk meringakan masalah pendarahan gusi..u boleh cuba cara ni tengok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 12:11 AM | Show all posts
ibu amat mulia , tak mudah nak jadi seorang ibu...masa kakak i mengandung dia juga ada masalah gusi berdarah..
ni cuma sebahagian daripada permulaan..

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
@kiter posted on 1-10-2014 06:22 PM
sy setiap kali gosok gigi pun berdarah walaupun xmengandung...

Tt kurng kalsium tu...makan ostematrix shaklee tu...yng tu sumber kalsium yng bagus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2014 12:48 AM | Show all posts
saya akan cuba berus gigi brand Systema..tengok ia dapat mengurangkan pendarahan gusi ke tak..terima kasih semua kawan2 yang berkongsi maklumat dengan i..sekali lagi..terima kasih!!! Last edited by invisible80 on 10-10-2014 09:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 04:18 PM | Show all posts
masa pregnant dulu memang hari2 berdarah gusi.. dahla tetiap kali rasa darah dlm mulut jadi loya teramat. kalau pagi2 muntah angin je sebab perut kosong.. tp kalo gosok gigi malam sebelum tido memang naya lah muntah.. terus perut kosong balik

bila jumpa gynae, die kasi tambahan pil kalsium. tapi macam tade perubahan pon..

last2 gosok gigi sekali je sehari, waktu pagi. malam2 sebelum tido kumur2 je. naseblahh

lps bersalin now tak berdarah dah gusi tu. back to normal
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.187319 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list