View: 2571|Reply: 18
|
[Tempatan]
DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan Islam - Melati Rahim
[Copy link]
|
|
DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan Islam - Melati Rahim
Irwan Muhammad Zain, Astro Awani | Kemas kini: September 30, 2014
(Diterbitkan pada: September 30, 2014 16:01 MYT)
KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak menduga seorang gadis yang mengenakan hijab lengkap berniqab menyertai DAP, sebuah parti yang sering dilabelkan sebagai parti sekular atau anti Islam.
Tetapi, inilah kenyataannya, Jamila Rahim atau lebih dikenali Melati Rahim, 22, memilih untuk menjadi ahli DAP bukan PAS atau UMNO.
Graduan Universiti Selangor (Unisel) jurusan diploma TESL ini menegaskan beliau memilih DAP kerana wawasan dan asas parti yang meletakkan dasar kemanusiaan sebagai tunjang utama.
"Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.
"Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.
"Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting," katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, biarpun menyertai DAP, ia tidak bermakna beliau sudah melupakan Islam sebagai pegangan hidupnya yang telah dijalani sejak sekian lama.
"Islam adalah pegangan saya dan saya bersaksi tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah," katanya lagi.
Melati berkata, DAP juga gigih menjalankan khidmat dalam perkara berkaitan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan dan dasar-dasar keselamatan sosial.
"Selain itu, pelindungan terhadap warga tua, orang kurang upaya dan miskin tegar juga menjadi isu utama dalam DAP.
"Ia dipraktikkan di Pulau pinang dengan pelbagai jenis bantuan," katanya.
Beliau juga menyeru anak muda bersama-sama berjuang dalam DAP dan meruntuhkan segala dogma dan sifat rasisma yang sekian lama ditanam dalam benak rakyat Malaysia.
Melati menolak tanggapan yang mengatakan beliau menyertai DAP untuk mendapatkan publisiti dan menjelaskan berita mengenai penyertaannya ke dalam parti itu diketahui apabila cerpen yang ditulis disiarkan di portal Roketkini.
Beliau menyertai DAP selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi menjelaskan lama sebelum itu beliau sudah berminat dengan parti ini.
Menyentuh mengenai harapannya terhadap politik Malaysia pada masa hadapan, Melati berkata beliau berharap agar tida lagi pendedah isu-isu peribadi sebaliknya menawan hati rakyat dengan matang dan profesional.
"Saya sangat berharap dinding perkauman dapat diruntuhkan dan pemimpin juga akan berfikiran lebih matang dan professional dalam menawan hati rakyat, tiada lagi pendedahan isu peribadi, mahupun mengapi-apikan masalah perkauman.
"emimpin seharusnya ingat bahawa misi utama seorang pemimpin adalah menjaga kebajikan rakyat bukanlah menjadi periuk nasi sendiri," jelas beliau.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... lati-rahim-45017?cp
...............
Budak-budak biasa laa....akal pendek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sukati dia laaa nak join mana pun..x yah nak cerca kutuk kalo dia x join parti pujaan...dulu dyana sofya pun kena gak...butthurt tul puak ketuanan bila melayu join DAP cam dorang wat dosa besar |
|
|
|
|
|
|
|
Terlebih suntik DNA babi tonyok gamaknya ?
Ujung-ujung jadi nasib cam PAS....disindir dan dihina persis anjing jalanan. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg banyak pemimpin2 mulayu nie mmg dah lupa asal usul perjuangan depa. yg penting periuk nasi punuh.....melimpah ruahhh!
kepentingan rakyat/kebajikan rakyat...cukuplah BR1M kan ada. aku x boleh blah dgn iklan dlm komuter.
dulu saya idup susah. saya tak dapat tampung kos pelajaran anak saya dengan baik.sikarang dgn adanya BR1M hidup saya lebih ceria. hampeh ape ko ingat dpt BR1M tu bulan2 ker. iklan tak boleh blah pada abad nih. |
|
|
|
|
|
|
|
ini dakyah yahudi ni supaya orang kapir boleh memerintah negara islam |
|
|
|
|
|
|
|
"Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.
"Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.
"Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting," katanya kepada Astro AWANI.
mula-mula ok dah puji Islam..lepas tu pi sokong kafir harbi..
dia tak tau cita2 DAP nak pijak mulayu..
nampak tak kebodohan dia..?? |
|
|
|
|
|
|
|
parti likud yahudi pun lebih dekat dengan keadilan berlandaskan islam daripada ameno....
macai2 felda pprt je yang tak sedar2... |
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh baiah lim kit siang jadi mursyidul am dap. lim guan eng jadi khalifah. |
|
|
|
|
|
|
|
oh really ?
kalau dia tahu isu CEC yg amna ahli yg hak dap tak dipanggil tu ....yg sampai jadi isu tu ...hari tu
keadilan ape nyer?
|
|
|
|
|
|
|
|
otak macai x leh terima camne melayu leh join parti berbilang kaum cam DAP |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 1-10-2014 09:22 AM
otak macai x leh terima camne melayu leh join parti berbilang kaum cam DAP
berbilang konon
macai tukang bilang berapa kaum lain dalam parti
cina DAP tu mesti ada peratus berapa orang
melayu sebenar2 dalam parti komunis tu kan
0.5 peratus ka 0.05 peratus ka?
pastikan hanya yang ada jawatan penting sahaja dibilang
macai2 haprak toksah ambik tau la
hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baca komen kat fb, dh orang tuduh dia syiah |
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 1-10-2014 09:26 AM
berbilang konon
macai tukang bilang berapa kaum lain dalam parti
camne nak smp 50% melayu kalo partai pujaan ko tak abis2 takutkan org melayu yg DAP ni rasis laa, DAP ni parti cina laaa...0.5% ka 0.1% ka yg pasti melayu leh join DAP dan ada calon melayu DAP menang pd PRU13 lps...ko gi tanya MCA,MIC GERAKAN, melayu ada yg bertanding PRU dan leh join parti dorang x?..harammmmmmmmmm..tapi partai rasis yg melayu tak leh join tu laa best prennnn
|
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 1-10-2014 09:39 AM
camne nak smp 50% melayu kalo partai pujaan ko tak abis2 takutkan org melayu yg DAP ni rasis laa, ...
berbilang konon
suruh bagi bilangan pun tak dapat
booo
|
|
|
|
|
|
|
|
ohh... budak lagi... dah kerja dah ke budak melati nih...? tunggu masuk kerja dulu dik...kenal dunia dulu dik...- "Saya sangat berharap dinding perkauman dapat diruntuhkan dan pemimpin juga akan berfikiran lebih matang dan professional dalam menawan hati rakyat, tiada lagi pendedahan isu peribadi, mahupun mengapi-apikan masalah perkauman.
Copy the Code cuba try kerja tempat akak dik.... cuba try sebulan dua dulu, akak nak tengok masih lagi ke nak bagi statement macam tuh lagi tak..? cuba tengok bagaimana puak2 tu layan kaum lain selain dari kaum diorang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|