CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7444|Reply: 40

Yusof Haslam Berjaya Pujuk Syamsul Berlakon Bersama

[Copy link]
Post time 30-9-2014 12:48 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Yusof teruja dapat berlakon disamping anaknya Syamsul Yusof dalam siri Gerak khas.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam teruja dapat berlakon disamping anaknya, Syamsul Yusof dalam musim terbaharu drama besiri Gerak Khasyang bakal bersiaran di RTM 2 dalam masa terdekat.






Yusof, 60, berkata, gandingan mereka berdua sebagai pegawai polis itu adalah kali pertama dan hasratnya untuk berlakon dengan Syamsul akhirnya termakbul.

"Alhamdulillah saya individu paling teruja dapat berlakon dengan Syamsul dalam Gerak Khas kerana ia merupakan gandingan pertama kami sebagai pelakon.

"Saya sudah lama minta Syamsul terlibat dalam drama bersiri itu tetapi kesibukannya sebagai pengarah membuatkan hasrat itu sentiasa terbantut," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, Yusof berkata, Syamsul bakal memegang watak sebagai Superitendan Polis menerusi musim terbaharu itu dan hanya akan muncul pada episod ketujuh Gerak Khas.
[size=0.75em]Gandingan anak beranak ini dapat disaksikan dalam drama bersiri Gerak Khas musim terbaharu.



Jelasnya lagi, Syamsul turut memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang penggambaran berlangsung malah turut bertindak sebagai pengarah untuk beberapa episod drama kepolisian itu.

"Kemunculan Syamsul bukan untuk satu episod sahaja tetapi wataknya bermula pada episod tujuh dan kerjasama pertama kami sebagai pelakon cukup menyeronokkan kerana dia juga turut memberi idea bagi membolehkan drama itu tampil segar untuk musim terbaharu.

"Gerak Khas sangat berharga kepada Skop Production dan saya sebagai penerbit ingin melihat drama ini berterusan untuk jangka masa panjang," katanya.

Tambah Yusof, selain Syamsul, Gerak Khas juga bakal memperlihatkan penampilan wajah-wajah baharu dengan beberapa kejutan lain dalam menarik perhatian penonton baharu.

Sementara itu, Yusof berkata, dia bangga melihat perubahan positif Syamsul yang sebelum ini merajuk untuk meneruskan kariernya sebagai pelakon dan pengarah gara-gara karyanya, KL Gangster dicetak rompak sebelum sempat ditayangkan.

Jelas Yusof, sebagai bapa dia sentiasa berada di belakang anaknya itu untuk memberi sokongan dan yakin Syamsul akan bangkit semula daripada kekecewaannya sebelum ini.

"Semenjak berkahwin dia sangat positif dan kembali berkeyakinan untuk meneruskan kerjayanya dan saya sebagai bapa sangat gembira dan bangga akan perubahan dia.

"Alhamdulillah dia sudah tidak merajuk dan kini sibuk dengan aktiviti lakonan dan kerja-kerja produksi," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 12:50 AM | Show all posts
x pencen2 yusop selam ni jd ketua polis ek.... rasanya dr zaman tan sri rahim noor lagi heols jd ketua polis dlm tv
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:57 AM | Show all posts
Tak suka beli barang kat 7eleven....mahal sangat...
Masuk pun sbb nak ambik paper the sun, bley?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:01 AM | Show all posts
putehkundor posted on 30-9-2014 12:57 AM
Tak suka beli barang kat 7eleven....mahal sangat...
Masuk pun sbb nak ambik paper the sun, bley?:lo ...

chuols tahu x nanti hubby pasah si jejai tu nk bukak circle K kt malaya ni...mampu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:04 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 30-9-2014 01:01 AM
chuols tahu x nanti hubby pasah si jejai tu nk bukak circle K kt malaya ni...mampu?

Kalau jual barang murah2 macam kedai runcit 1 mesia meols serbu jah sepit.....
Jgn lupa undi aman chuols....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:12 AM | Show all posts
Erk...npe ade koment tg 7 e ni weih..ke aku x perasan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 01:30 AM | Show all posts
putehkundor posted on 30-9-2014 01:04 AM
Kalau jual barang murah2 macam kedai runcit 1 mesia meols serbu jah sepit.....
Jgn lupa undi aman ...

7E kat malaya ni ada yg elok ada yg hauk...meols slalu pergi 7E yg meols biasa pergi jah... tp klu jumpa kdai runcit tepi2 jalan, meols singgah je.. tp kan, meols biasa beli byk2 kt hypermarket...so x sgt lah nk shopping kt 7E chuols...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:42 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 30-9-2014 01:30 AM
7E kat malaya ni ada yg elok ada yg hauk...meols slalu pergi 7E yg meols biasa pergi jah... tp klu ...

Pastu staff2 tak mesra alam..bagi belen pun tak iklas...
Dan most of them tak cute....
Jom chuols bukak thread retis yg pernah berkhidmat di 7e...
Yg meols tahu syukri jericho yahya dgn danny xfactor


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 01:58 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 30-9-2014 01:30 AM
7E kat malaya ni ada yg elok ada yg hauk...meols slalu pergi 7E yg meols biasa pergi jah... tp klu ...

7e nak soping time emmergency bleh la kak sepit..malam2 buta ke..rege mahal
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 06:55 AM | Show all posts
Apa kena mengena seben leben dgn semesul usop n usop selam neyh? Theyolls sedang membanteras kegiatan rompak seben leben kah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:04 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 30-9-2014 12:50 AM
x pencen2 yusop selam ni jd ketua polis ek.... rasanya dr zaman tan sri rahim noor lagi heols jd ket ...

secara rasminya dia da pencen tapi servis dia dikehendaki so

die kena amik berkhidmat secara kontark sebagai ketua polis


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:32 AM | Show all posts
hahaha lawak tengok dp putehkundor, maxim ngn sepitsiput..
dah kenape sume nak jadi yuna..? hehehe

-oppsss, xde kena mengena ngan topik plak..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:38 AM | Show all posts
ni drama gerak khas ke gerak 7E
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
7e punya slurpy best walopun selalu kena brainfreeze kan......
#ikuttersampuksama

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:11 AM | Show all posts
mamaezah posted on 30-9-2014 08:51 AM
7e punya slurpy best walopun selalu kena brainfreeze kan......
#ikuttersampuksama

itu sejak zaman berzaman sodap.
layan time paneh matohari ateh kepalo
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:13 AM | Show all posts
Jagendas posted on 30-9-2014 08:38 AM
ni drama gerak khas ke gerak 7E

I pun confuse ,
Puas baca berulang kali - datnag dari mananya 7e?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 09:44 AM | Show all posts
kalau la semua abam polis sehandsome sol in uniform... mau aku bertungku kat balai
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:51 AM | Show all posts
uda posted on 30-9-2014 09:13 AM
I pun confuse ,
Puas baca berulang kali - datnag dari mananya 7e?

TT tu owner 7E
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:53 AM | Show all posts
seven eleven = syamsul yusof= yusof haslam
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:58 AM | Show all posts
erk .. ape kaitan 7e lak nih hah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.626121 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list