View: 61126|Reply: 627
|
[ABBY ABADI VS FARHAN]Panas!Abby Bongkar Perbualan Bekas Suami & Rakan #pg6
[Copy link]
|
|
"Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya" - Bekas Suami
Muhammad Noor Farhan menjelaskan dia cuba membayar sebahagian hutangnya kepada Abby namun ditolak wanita itu.
PETALING JAYA: Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu.
Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.
"Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi pesanan mesej aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.
Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu.
Abby mendakwa bekas suaminya meminjam wangnya yang berjumlah puluhan ribu ringgit.
Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang.
Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu.
Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit.
"Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya.
Tinggal kenangan...Saat bahagia Abby dan Muhammad Noor Farhan.
Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan.
Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian.
"Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya.
Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.
Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu.
Last edited by maxim on 23-9-2014 04:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian paan... nampak sgt la dia org biasa2 yg xmewah mana...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh masa amik duit lumsum
Bayar pn lumsum la
Nk bayar sikit2, mana nak nmpak duit tu
Letakkan diri pada peminjam
Apa rasa? Last edited by amiraira on 23-9-2014 07:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
aduiiii...abby oh abby...aummm sana aumm sini..
akhirnya betul2 mengauummmm... |
|
|
|
|
|
|
|
sian paan.. habis madu sepah dibuang tu la.. klu still nak lepak lagi kat cc and karaoke, jgn sibuk2 nak kawin .. kan da kena.. |
|
|
|
|
|
|
|
paan ni pun sengal gak.. ko dah tau takde duit pehal nak belikan adik keta plak..lagak mcm org berduit lak padahal pinjam duit bini... |
|
|
|
|
|
|
|
amiraira posted on 23-9-2014 07:07 AM
Kalau dh masa amik duit lumsum
Bayar pn lumsum la
Nk bayar sikit2, mana nak nmpak duit tu
Sekurangnya dia ada inisiatif nak bayar HUtang walau bukan lump sum...Kalau dia buat dek terus, lagi haru... |
|
|
|
|
|
|
|
bape ko bayar parhan oi? RM10? |
|
|
|
|
|
|
|
Standard abby...kalau bercerai / clash meroyan tak habis2.... |
|
|
|
|
|
|
|
nonarona posted on 23-9-2014 07:12 AM
paan ni pun sengal gak.. ko dah tau takde duit pehal nak belikan adik keta plak..lagak mcm org berdu ...
iols dah taip pepanjang td, tp tak jd nk komen
kena simpan dulu komen tu huhuhu kang maroh org |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 posted on 23-9-2014 07:28 AM
bape ko bayar parhan oi? RM10?
RM10 sehari kot
ala2 org bayo utang ngn bai karpet
mende rega bbrp ratus jah
tp bayo utang sikit2 jah
bertahun2 bai karpet dtg umah tuntut utang
karpet dah lunyai utang masih blm abis
udah sekali bai dtg bayo sploh hengget jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan ilahim maha adil sis.Kelakar tengok diorang berkelahi di media massa..dulu comolot bgai nk rak...sesungguhnya ilahim membenci ummah yang suka menunjuk2.cash lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi posted on 23-9-2014 07:43 AM
RM10 sehari kot
ala2 org bayo utang ngn bai karpet
mende rega bbrp ratus jah
kan kire untong org tu nak bayor...
|
|
|
|
|
|
|
|
kan dah tulis die bayar rm5000 tu |
|
|
|
|
|
|
|
dh tau xde duit,yg gatal tgn nak belikan adik tu kereta apasal pulak.dhlah guna duit bini..lpas tu,bila dh cerai,xde duit nak byr duit exbini..byr 5k,tp pinjam puluh ribu.entah2 lpas byr 5k,terus melesapkan diri.org gini jgn dibagi muka sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pon abby x terima. kalau dh offer nk byr 5k tu alamatnya itu jelah yg dia akan byr. jgn harap la lepastu dia nk sambung bayar lagi. xmalu time pinjam x pikir plk diri tu org susah. xsedar diri |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai paan mujur la kau ni dikata meminjam dr ex-bini, kalau kau pinjam dr ahlong ntah camne nasib kau paan oii! |
|
|
|
|
|
|
|
abby dan cerai meroyan kan taleh pisah...track record dia gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
hang tuduh aku, aku tuduh hang... selamatlah hangpa tuduh menuduh antara satu sama lain... |
|
|
|
|
|
|
| |
|