[size=0.8em]Awal Ashaari
KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Awal Ashaari, 33, menafikan dirinya kecewa tidak dipilih sebagai pengacara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) sebaliknya gembira melihat gandingan Faizal Ismail dan Zizan Razak. Katanya, walaupun pernah dirisik oleh wakil produksi terbabit, beliau tidak menaruh harapan memandangkan dirinya baru saja menamatkan tugas bersama sebuah lagi program siaran Astro, The Band. "Sebagai pengacara, tentu saya ingin mengendalikan program besar seperti AF. Begitupun, andai tidak dipilih, saya tidaklah sampai mahu merajuk kerana semuanya berbalik kepada rezeki.
"Saya pun baru muncul dengan program The Band, jadi tidak mungkin saya dipilih kembali untuk program di TV sama dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui pada pelancaran koleksi terbaharu sebuah jenama aksesori terkemuka, di sini. Sebelum ini, ruangan gosip sebuah akhbar mendedahkan, seorang hos berpengalaman 'sentap' apabila namanya tidak disenaraikan sebagai pengacara utama program realiti popular berkenaan.
|