View: 2073|Reply: 5
|
[Tempatan]
Brahim's beli francais Burger King?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Saham Brahim's Holdings Bhd. (Brahim's) melonjak pada hari ini ekoran laporan syarikat itu kini sedang berunding dengan Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi pembelian francais Burger King.
Pada pukul 11 pagi, saham Brahim's naik 13 sen kepada RM1.37 dengan sejumlah 5.27 juta saham didagangkan pada harga sekitar RM1.28 dan RM1.39 sesaham.
Menurut nota kajian Hong Leong Investment Bank (HLIB), pihaknya terkejut dengan berita itu yang dilaporkan akhbar The Edge Weekly, namun percaya perkara itu adalah munasabah untuk membolehkan Brahim's mempelbagaikan pendapatannya selain daripada membekalkan makanan kepada Malaysia Airlines (MAS).
"Kami juga berpendapat Brahim's akan meninjau lebih banyak peluang sama ada dalam sektor makanan dan minuman (F&B) atau segmen perniagaan ketering penerbangan bagi mempelbagaikan dan mengembangkan penguasaannya di peringkat antarabangsa," katanya di sini hari ini.
Laporan The Edge Weekly itu bagaimanapun tidak mendedahkan harga bagi pembelian berkenaan.
HLIB berkata, Ekuinas membelanjakan sebanyak RM68.2 juta untuk 74.1 peratus kepentingan francais Burger King pada September 2011 dan kemudiannya memperoleh baki 35.9 peratus kepentingan (RM48.8 juta) pada Disember tahun lalu.
"Secara kolektif, Ekuinas telah membelanjakan RM117 juta bagi francais Burger King," katanya.
Tambahnya, ekoran pengumuman 12 pelan pemulihan Malaysia Airlines (MAS) oleh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), pihaknya tidak menolak kemungkinan Brahims bakal mengalami sedikit penurunan margin berikutan purata harga makanan lebih rendah yang dikenakan.
"Kami percaya bahawa langkah Brahim untuk mengambil inisiatif untuk memperoleh Burger King bagi mempelbagaikan pendapatan di masa hadapan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
modal rm 30 ribu, trade sehari jadi rm 300 ribu. power rangers |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap posted on 16-9-2014 09:04 PM
modal rm 30 ribu, trade sehari jadi rm 300 ribu. power rangers
Akak trade ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kittie posted on 16-9-2014 09:08 PM
Akak trade ke?
pg tgk website miti ada IPO untuk bumiputera, blh bayar deposit 10% sahaja dan loan untuk saham. akak tak guna tu.trade sikit2 je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Burger king ni makin lama makin x sodap |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka Burger King.... dripada Mc D |
|
|
|
|
|
|
| |
|