CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4109|Reply: 1

Telinga bersih si comel ceria

[Copy link]
Post time 11-9-2014 04:22 PM | Show all posts |Read mode

BAGI kes hematoma yang serius, pembedahan kecil terpaksa  dilakukan.





MENJAGA kebersihan telinga kucing kesayangan sangat penting meskipun perkara  itu dianggap remeh oleh sesetengah individu.
Kegagalan melakukannya secara berkala akan menyebabkan si comel terdedah  kepada risiko, sekali gus mengalami penyakit serius yang boleh mengundang  kecacatan seumur hidup.
Aural hematoma atau hematoma telinga antara penyakit yang boleh menyerang  kucing peliharaan anda sekiranya aspek penjagaan kebersihan telinga ini  diabaikan.
Hematoma telinga merupakan pengumpulan cecair atau darah akibat kebocoran  saluran darah pada cuping telinga. Cairan ini terperangkap antara kulit dan  tulang rawan telinga.
Penyakit ini berlaku apabila si comel menggaru atau menggoncangkan kepala  dengan ekstrem dan kuat yang menyebabkan pecahan pada salur darah.
Selain itu, goncangan atau garuan yang kuat serta kasar di kawasan kepala dan  telinga yang disebabkan oleh kutu telinga, hama, kutu, alahan ataupun jangkitan  di luar cuping telinga turut mengundang penyakit ini.
Sekiranya si comel menunjukkan tanda-tanda seperti ini, maka segeralah  membawanya ke klinik veterinar yang berhampiran.
Terdapat beberapa simptom yang boleh dikesan sekiranya penyakit ini menyerang  kucing kesayangan anda. Kebiasaannya terdapat bengkak atau benjolan pada  bahagian telinga. Kawasan tersebut akan menjadi lembut, suam dan dipenuhi  cecair.
Kegagalan mendapatkan rawatan segera akan menyebabkan kucing anda mengalami  kecacatan seumur hidup yang dikenali sebagai telinga kobis atau cauliflower  ear.

E-COLLAR akan dipakaikan bagi mengelak si comel menggaru  kawasan yang dirawat.


Mengenal pasti punca
Veterinar dapat mengenal pasti hematoma telinga dengan sekali imbas  berdasarkan rupa fizikal telinga kucing anda walaupun ketumbuhan turut  menunjukkan simptom yang sama.
Jadi, kebarangkalian untuk veterinar melakukan ujian adalah tinggi. Biasanya  veterinar akan menggunakan jarum untuk memecahkan gelembung tersebut dan  mengambil sedikit sampel cair untuk dianalisa menggunakan mikroskop.
Jika cairan tersebut mengandungi darah, maka 100 peratus hematoma telinga.  Situasi itu akan memudahkan veterinar untuk mengenal pasti punca berlakunya  hematoma tersebut.
Bagaimanapun, sekiranya situasi itu tidak serius, veterinar akan pecahkan  gelembung dan mengeluarkan semua cairan yang terkumpul.
Selepas itu, antibiotik dan ubat bengkak akan disuntik untuk mempercepatkan  proses penyembuhan.
Namun, cara ini mudah untuk kes hematoma telinga yang kecil sahaja dan  kebarangkalian untuk kes berulang semula adalah tinggi sekiranya rawatan tidak  diberi sepenuhnya.
Bagi kes hematoma yang serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan.
Secara tipikalnya, veterinar akan membuat belahan kecil pada bahagian yang  dijangkiti dan membuang lendiran serta darah yang terkumpul.
Belahan tersebut akan dibiarkan sehingga cecair atau darah terkumpul  benar-benar kering. Kemudian, jahitan dan balutan bagi mengelakkan kerosakan  yang lebih teruk.
Jika perlu, E-collar (Elizabeth collar) akan dipakaikan bagi mengelak si  comel menggaru kawasan yang dirawat. Selain itu, punca berlakunya hematoma  telinga akan dikenal pasti dan dirawat bagi mengelakkan pengulangan kes.




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3CzffiSnk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu mama bersihkan telinga kucing2 mama....tengah2 bersihkn kdg2 kucing terus tertidur....:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053506 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list