CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2344|Reply: 16

[Tempatan] Jinjang : Tetap bertegas tak mahu pindah

[Copy link]
Post time 9-9-2014 04:22 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Isu pemilikan hak geran tanah di Kampung Jinjang Selatan Tambahan semakin berlanjutan apabila penduduk berkeras untuk tidak berpindah ke PPR Bukit Jalil seperti yang ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini.

Setiausaha Persatuan Kebajikan dan Suara Komuniti Jinjang Selatan Tambahan, K Selvakumar berkata, penduduk hanya inginkan hak pemilikan geran tanah memandangkan sebelum ini mereka hanya mendapat lesen menduduki sementara (TOL).

Selvakumar berkata, kebanyakan penduduk tidak bersetuju untuk berpindah ke kawasan yang dicadangkan DBKL kerana mendakwa mereka akan berdepan masalah menjalani rutin harian selepas ini.

“Kami telah menetap di sini sejak tahun 1969 lagi dan sejak itu, kawasan ini telah dibangunkan sendiri oleh penduduk sehingga mempunyai kemudahan asas yang lengkap,” katanya pada sesi dialog yang dijalankan di Kampung Jinjang Selatan Tambahan, kelmarin.

Menurut Selvakumar, sebelum ini, seramai 525 orang penduduk di sini telah diberi lesen TOL oleh DBKL namun pada tahun 1997, masalah mula berlaku apabila cukai tanah dihentikan secara tiba-tiba.

Selain itu, Selvakumar berkata, pada tahun 2006, cukai pintu pula telah dihentikan oleh pihak berkenaan dan mula menimbulkan kegusaran penduduk setempat.

“Banyak permohonan telah dibuat namun semua jawapan yang diterima tidak memberangsangkan," katanya.

Menurut Selvakumar, kebanyakan penduduk tidak bersetuju dengan cadangan pembangunan di sini dan mengharapkan DBKL supaya mengadakan perbincangan semula selepas ini.

Jelasnya, perbincangan tersebut perlu dihadiri oleh Datuk Bandar serta wakil DBKL yang lain bagi mencapai kata putus terhadap pelaksanaan itu.

“Kita mahu adakan satu perbincangan khas hanya bersama DBKL dan tidak melibatkan pemaju selepas ini supaya kata sepakat dapat dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, kawasan berkenaan akan menjalani projek pembangunan yang lebih tersusun selepas ini bagi memastikan tanah di kawasan berkenaan dapat diuruskan dengan baik dan sempurna.

Menurut Ahmad Phesal, pihaknya telah menerima cadangan pembangunan di kawasan itu pada 26 Jun tahun lepas lalu malah perintah pembangunan turut telah dikeluarkan pada 10 Jun lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 04:31 PM | Show all posts
Anak kecil main api
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:42 PM | Show all posts
dah duk tanah haram tu pindah je laaa..ngada2 plak nak TOL bagai...org dah kasi umah kat kawasan bagus pun x mau
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertegas dengan dorang! Jangan bagi muka!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:49 PM | Show all posts
PPR bukit jalil tu dekat dgn stesen LRT yg bakal siap 2016..dekat dgn alam sutera..kalo ikot value, property kawasan situ mmg mahal giler..bongok tul x mau pindah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:56 PM | Show all posts
jenis mcm kg chubadak, kg padang lalang ler ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2014 04:58 PM | Show all posts
aku tgk laluan ke jinjang tu dh makin semput dah...setiap hari laluan jln kuching asyik jem jek...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:59 PM | Show all posts
Setiausaha Persatuan Kebajikan dan Suara Komuniti Jinjang Selatan Tambahan, K Selvakumar berkata, penduduk hanya inginkan hak pemilikan geran tanah memandangkan sebelum ini mereka hanya mendapat lesen menduduki sementara (TOL)

maksudnya.. mmg bukan tanah diorg la ye? means ala2 setinggan since 1969? lesen menduduki sementara ni x melambangkn pemilikan kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdepan masalah menjalani rutin harian??..
.bukan suruh nko naik tongkang balik tanah besar china...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 05:08 PM | Show all posts
kat jinjang ko naik komuter yg x penah ikut time..bila org dah kasi umah dekat dgn LRT yg 100x lebih baik dr komuter x mau plak..pelik2 manusia nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 05:12 PM | Show all posts
kaf lam ya nga ......memang begitulah secara azalinya perangai mereka ni....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 05:13 PM | Show all posts
dah duduk atas tanah tol...bila2 masa gomen boleh ambil...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 11:40 AM | Show all posts
gede-bab posted on 9-9-2014 05:13 PM
dah duduk atas tanah tol...bila2 masa gomen boleh ambil...

[size=14.4444446563721px]tanah tu DBKL dah approve utk dibangunkan..mmg dorang takde pilihan lain selain dr pindah..kalo lwn court pun sure kalah
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 12:03 PM | Show all posts
nak hak pemilikan Tanah.. so nanti boleh jual balik.. lagi byk untung..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sixret posted on 9-9-2014 04:46 PM
Bertegas dengan dorang! Jangan bagi muka!

Sokong..jgn BG muke
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 02:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nk komen... isu samer juga... taraa otak punya olang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 03:10 AM | Show all posts
tanah TOL tu sementara saja...... tak baca syarat kaa? bangang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.076094 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list