CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 0

[Jenayah] Pakar Bom Jadi Pakar Gigit?

[Copy link]
Post time 9-9-2014 12:53 PM | Show all posts |Read mode

MUNUSAMY menunjukkan senjata api tiruan dan bahan letupan yang dirampas.
Kuala Lumpur: Seorang penjenayah berbahaya ditahan polis kelmarin turut dipercayai adalah ‘pakar bom’ susulan penemuan dua butir bom kawalan jauh buatan sendiri.

Suspek berusia 30-an itu yang juga bekas tahanan penjara Simpang Renggam, Johor, diberkas jam 1.30 tengah hari di Taman Usahawan, Kepong di sini.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek ditahan ketika berada di hadapan sebuah bengkel kenderaan di kawasan itu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, suspek enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri namun sempat dikejar dan ditahan anggota polis.


“Bagaimanapun suspek bertindak agresif dengan menggigit tangan salah seorang anggota polis yang cuba memberkasnya.


“Polis kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui dua butir bom kawalan jauh buatan sendiri, pistol tiruan, sebutir bom asap, suar dan pisau di dalam kenderaan suspek,” katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau dan amat dikehendaki polis berhubung pelbagai jenayah berbahaya.


“Anggota polis masih melakukan siasatan lanjut terhadap bahan letupan berbahaya dimiliki suspek.

“Polis masih menyiasat tujuan penyimpanan bom kawalan jauh itu sama ada untuk dijual atau digunakan untuk tujuan jenayah,” katanya.


Menurutnya, pemeriksaan pada nombor pendaftaran kenderaan mewah model BMW milik suspek mendapati ia didaftar untuk kereta model Suzuki Swift.


“Suspek mendakwa meminjam kereta itu dari seorang individu sejak beberapa bulan lalu. Polis sedang berusaha mendapatkan maklumat individu dimaksudkan itu untuk membantu siasatan,” katanya.


Menurutnya, suspek itu kini ditahan direman selama seminggu bermula kelmarin untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.057772 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list