CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3244|Reply: 1

Fenomena RWB

[Copy link]
Post time 8-9-2014 01:21 PM | Show all posts |Read mode


Gaya pengubahsuaian tersendiri Nakai jadi kegilaan seluruh dunia

Yakin diri. Itu adalah dua perkataan yang mampu memberi impak besar dalam memajukan diri dan dalam cerita istimewa ini, Akira Nakai dari Tokyo, Jepun menjadi contoh utama. Perkataan yakin diri tadi mula terpampang dalam fikiran apabila melihat secara terus Nakai memotong badan sebuah Porsche 993 bagi memuatkan kit badan khasnya.

Bukan calang-calang orang boleh melakukan begitu. Sedangkan mahu memotong bampar kereta Jepun untuk memuatkan intercooler sahaja sudah memerlukan pengiraan rapi dan tumpuan penuh, Nakai pula memotong sebuah Porsche tanpa sebarang gambaran perasaan pada mukanya.

Tetapi di sebalik penampilan ringkas beliau, tersembunyi seorang individu yang cukup berpengalaman dan mahir dalam kerja yang dilakukan.

Bagi yang belum mengenali Nakai, beliau adalah seorang penggiat sebenar dunia automotif, atau lebih tepat lagi kereta. Zaman mudanya dihabiskan dengan berlumba drift dan ‘touge’ (bermaksud memotong dalam bahasa Jepun) menggunakan antaranya kereta Toyota AE86 di sekitar Tokyo, Jepun.

Dalam pada itu, hati Nakai sentiasa menginginkan sebuah Porsche dan beliau hanya mampu berkerja keras untuk membeli kenderaan tersebut yang berharga agak mahal bagi seorang mekanik. Bagi memastikan bila tiba masanya, beliau sudah bersedia untuk ‘menjaga’ sendiri sebuah Porsche, Nakai bekerja di sebuah bengkel Porsche sejak berusia 23 tahun.

Pada umur 28 tahun, beliau berjaya memiliki sebuah Porsche 930 (juga dikenali sebagai 911 Turbo). Model 911 sebenarnya memberi satu platform terbaik bagi seorang pemandu tegar. Walaupun begitu, Nakai yang mempunyai pendapat tiada satu pun kenderaan yang dikeluarkan kilang kelihatan betul-betul cantik, beliau mula melakukan proses transformasi pada kenderaannya.




Gaya yang dimahukan oleh Nakai adalah lebar dan tegap seperti kenderaan lumba tetapi masih lagi praktikal dipandu atas jalan biasa. Praktikal tersebut sudah tentunya adalah mengikut pemahaman ‘kaki kereta’.

Pada mulanya Nakai sekadar melakukan perubahan visual tetapi sejak mula meluangkan lebih banyak masa dalam perlumbaan di trek, beliau mula membangunkan kit khas untuk menaikkan prestasi kenderaan dengan kerjasama pengeluar terkemuka bahagian-bahagian tertentu.

Pada usia 46 tahun kini, Nakai sudah mempunyai jenamanya yang tersendiri iaitu Rauh-Welt Begriff (RWB). Dengan adanya teknologi tanpa batas pada masa sekarang, Porsche RWB yang berlegaran di sekitar Jepun menarik perhatian seluruh penggemar Porsche dari serata dunia.

RWB yang dimulakan oleh Nakai dianggap sebagai kit badan paling kemas dan garang pernah dilakukan untuk kenderaan jalanan (street).

Sebuah Porsche RWB adalah ‘berharga’ kerana kebanyakan kerjanya dilakukan oleh Nakai sendiri termasuk pengeluaran kit tersebut serta pemasangannya. Secara tidak langsung ia juga menjadikan jumlah Porsche RWB agak terhad.

Selain itu, Nakai juga hanya menawarkan kit untuk kenderaan yang pernah dimilikinya kerana beliau membangunkan kit tersebut pada kenderaan sendiri terlebih dahulu.

Atas permintaan ramai, RWB kini sudah mempunyai wakil di 15 negara. Setiap kali ada yang menginginkan kit RWB, Nakai akan menghantar barang dari Jepun dan terbang ke negara tersebut untuk memasangnya sendiri.




Penulis berkesempatan melihat Nakai menyiapkan dua buah Porsche di Johor Bharu hujung minggu lepas dan boleh mengatakan, kenderaan RWB yang dihasilkan Nakai mendapat karekter yang unik tempias daripada karekter Nakai sendiri.

Beliau seorang yang ringkas di luar dan bagaikan tidak kisah langsung pasal penampilan. Matanya cuma merenung pada kereta dan apabila bekerja, beliau bagaikan berada dalam dunia sendiri.

Apabila ditanya sampai bila beliau akan melakukan kerja ini dan apakah perancangan masa depannya, Nakai menjawab, “Saya tidak boleh membaca masa hadapan. Saya cuma memikirkan masa sekarang. Apa yang saya lakukan bukan satu kerja. Ia adalah minat saya dan setiap kali saya menyiapkan kenderaan, saya seronok seperti sedang bercuti.”

Jentera yang menerima sentuhan kustom Nakai ini juga turut tidak ketinggalan untuk dipamerkan ketika acara Art of Speed 2014 yang berlangsung minggu lalu di Citta Mall, Ara Damansara.






Gambar disini : http://www.bhauto.my/fenomena-rwb/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Nakai san.. Sugoooiiii nee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-2-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.044263 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list