View: 2631|Reply: 16
|
[Tempatan]
Gempar jumpa bom lama 226 kilogram
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Puluhan penggemar aktiviti riadah serta mendaki bukit di Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, gempar apabila mengetahui terdapat sebutir bom besar seberat 226 kilogram tertanam di lokasi itu.
Semua pengunjung pusat riadah itu kemudian diarahkan beredar meninggalkan lokasi berkenaan sejurus bom lama itu ditemui orang awam sekitar jam 2.30 petang semalam.
Menurut kenyataan dikeluarkan di laman sosial rasmi Facebook (FB) Polis Daerah Kajang, bom lama berkenaan dipercayai peninggalan ketika zaman penjajahan Jepun
Laporan itu memberitahu bom berkenaan dijangka akan diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor, pagi ini.
Rakan FB Polis Daerah Kajang dan orang ramai yang sering melakukan aktiviti mendaki Bukit Cheras Awana dan Bukit Hartamas di sini, dinasihatkan menjauhi kawasan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Sementara itu, salah seorang pengunjung bukit itu, Law Boon Hee, 40, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan bukit itu ‘menyimpan’ bom lama bersaiz besar ketika mahu memulakan aktiviti jam 4 petang semalam.
BOM lama yang ditemui tertanam di Bukit Cheras Awana, semalam.
Dia mendakwa kerap mendaki bukit di kawasan itu sebagai kaedah bersenam selain mendapatkan udara segar di kawasan hutan simpan berhampiran.
“Saya sudah lakukan aktiviti ini sejak 10 tahun lalu. Tidak sangka terdapat bom tertanam di bukit ini,” katanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gemparjumpabomlama226kilogram/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmmm.....dok jogg meletop.......heheheee |
|
|
|
|
|
|
|
dulu kat pekan tambun ipoh pun jumpa jugak....sampai satu kawasan pekan koboi tu ditutup tak bgi kereta& moto lalu lalang sana........org yg meniaga kat situ xde sale hari tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bom? Bom yg digugurkan dari kapal terbang atau landmine? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau meletup tu habis satu bukit tu! |
|
|
|
|
|
|
|
before letup mmg dorang timbang dulu ke berapa kilo? |
|
|
|
|
|
|
|
bahayanya... hope ada yg share video masa meletop.. |
|
|
|
|
|
|
|
tohdia... bobby trap.. pijak2 berkecai |
|
|
|
|
|
|
|
blackred99 posted on 8-9-2014 09:18 AM
before letup mmg dorang timbang dulu ke berapa kilo?
i like ur question.
sebab terpikir benda yang sama juga. ahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni semua salah DAP, kalu tak kerana pembangunan yg DAP bawa takde la musibah ni..yg kena ummah sunni kito jg |
|
|
|
|
|
|
|
tak sangka hartamas tmpt perang da bertukar jd tempat elite |
|
|
|
|
|
|
|
metro gambo kutip kat google pon ngaku sendiri punya..
//commons.wikimedia.org/wiki/File:Jason's_camera_127.JPG Last edited by cmf_rambutan on 8-9-2014 10:44 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
macam bom gugur dari kapal terbang je, terbenam tapi tak meletup |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib ada yang cepat alert pasal bom ni dibuatnya meletup masa tengah jog memang kes nyaya |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa rupa bom yang dijumpa lain dan dicetak oleh pihak media lain? Bom nie jatuh buntot dulu sebab tu dia tak meletup. Dis is a Mark 1-1952... Last edited by hazz11 on 9-9-2014 06:42 PM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|