CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1941|Reply: 4

[Jenayah] Ugut jiran dengan pisau

[Copy link]
Post time 2-9-2014 04:26 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Seorang pekerja tempat letak kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap jirannya dengan menggunakan sebilah pisau.
          
        K. Suparamaniam, 37, dituduh mengacukan pisau dengan maksud menakutkan Khairul Nizam Nazri, 34, di Blok 42-17-03 PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju di sini pada 2.30 petang, semalam.
          
        Dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
          
        Timbalan Pendakwa Raya Susan Leo tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.
          
        Bagaimanapun peguam K. Komagan memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh menanggung lima orang anak yang masih bersekolah termasuk isterinya yang tidak bekerja.
          
        Majistret Zuraini Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula 3 Oktober.
          
        Selepas prosiding, keluarga tertuduh yang hadir ke mahkamah kelihatan menangis kerana mereka tidak mampu membayar wang jaminan. - Bernama

Read here: http://www.sinarharian.com.my/semasa/ugut-jiran-dengan-pisau-1.313110
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 04:58 PM | Show all posts
isteri tak bekerja dan terpaksa menanggung anak. Pastu nangis2. boleh ke excuse org buat salah di atas alasan tu? Wow. Unbelievable. Last edited by munchkin on 2-9-2014 05:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Keling gaduh sama Mulayu, wa tepuk tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:04 PM | Show all posts
Nanti hari hari pun jumpa juga di rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 06:24 PM | Show all posts
Dulu aku pun pernah kena dengan bangsa ni, siap tulis kat kertas kata2 mencarut letak kat bawah pintu.. Punca pasal tumbuk lesung walhal aku rasa x de lah kuat sangat sbb dah letak alas kain yg tebal kat bawah lesung tu.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045014 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list