CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28412|Reply: 181

Ayda Jebat Tak Kesal Dibuang Universiti Kerana Jadi Artis

[Copy link]
Post time 2-9-2014 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Ayda tidak pernah menyesal lepaskan pengajian untuk masuk bidang seni lebih awal.
   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat pernah diberhentikan daripada sebuah universiti awam selepas dia membuat membuat keputusan untuk menceburi bidang seni pada dua tahun lalu.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, perkara tersebut berlaku kerana pihak universiti tidak membenarkannya bercuti bagi menyertai program realiti Akademi Fantasia musim 9 (AF9) yang menganggu komitmennya sebagai seorang pelajar.

"Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti.

"Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF8 dan dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamat pengajian diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu," ujarnya.

Ayda ditemui pada tayangan akhir Drama Rindu Awak 200% yang diadakan di Bucida Court, di sini, malam Isnin.

Last edited by changa=famri7 on 2-9-2014 02:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2014 02:47 PM | Show all posts
Bagaimanapun Ayda berkata, dia tidak pernah menyesal dengan tindakan yang diambil itu kerana apa yang dipelajari di universiti tersebut adalah persiapan untuk dia berada dalam industri seni.

Malah, katanya, beberapa rakan yang menghabiskan pengajian di universiti dalam bidang tersebut masih lagi mencari-cari pekerjaan dan peluang untuk berada dalam industri.

"Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon.

"Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang menghubungi saya semula untuk mendapatkan peluang," ujarnya.

Sementara itu, Ayda turut mengakui selepas dikenali melalui drama Rindu Awak 200% ini, dia lebih menjaga penampilan dan berpakaian sopan untuk menghormati peminat-peminatnya terutama golongan dewasa dan kanak-kanak.

"Saya jaga cara pemakaian sebab saya rasa tidak manis untuk berpakaian seksi kerana dalam drama saya mengenakan tudung dan berpakaian sopan.

"Lagi pula peminat saya banyak daripada golongan makcik-makcik dan wanita bertudung," ujarnya.

Majlis yang dianjurkan oleh kelab peminatnya Ayda Jebat Screamer itu dihadiri lebih 200 peminat bagi menonton drama episod akhir slot Akasia itu.

Drama Rindu Awak 200% mula disiarkan pada 15 Julai lalu pada Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:48 PM | Show all posts
Ayda melayan peminat-peminatnya yang hadir pada majlis tayangan akhir drama Rindu Awak 200%.

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:50 PM | Show all posts
bila hadap sgt nak jadi artis...di buang U pon tak apa..

adehhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:51 PM | Show all posts
azie.dz posted on 2-9-2014 02:50 PM
bila hadap sgt nak jadi artis...di buang U pon tak apa..

adehhhhh

nanti dah kertu, baru menyesal tak sudah, unless dapat tangkap jerung besar makan harta 7 keturunan pun tak habis
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:54 PM | Show all posts
belajar lg penting noks...kurang2 dpt jamin masa depan..apalah hadap sgt nk jd retis..fofuler kejap je pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 02:55 PM | Show all posts
teringat makcik aku citer pasal penyanyi pujaan dia dulu-dulu, raja ema ...kehkehkeh....raja ema berenti sekolah masa tgkt 2 ke tgktn 3 sebab nak jadi penyanyi dan sbb kawan2 sekolah dia ejek dia anak yusni jaafar.....kehkehkeh...pastu ada peminat Tanya sama ada dia nak continue habiskan sekolah sampai tgktn 5....dia jawab tak nak sebab karier sbg artis dah blh jamin masa depan dia....kehkehkehkeh....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:57 PM | Show all posts
selayaknyalah...di uitm dibuang...di AF pun dibuang..

what goes around comes around
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 02:58 PM | Show all posts
harap2 ada cita2 utk sambung belajar semula...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 02:58 PM | Show all posts
kah3 .. rejkei ada di mana2 kan dik nonnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:00 PM | Show all posts
nati dah tua..pasti terpikir balik ape yang dia buat ni..dunia hiburan ni sementara je dik
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:01 PM | Show all posts
makcik2 / kakak2 yg tgk tayangan akhir Rindu Awak 200% nie tak solat ke? tak kan semua period kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 2-9-2014 02:48 PM
Ayda melayan peminat-peminatnya yang hadir pada majlis tayangan akhir drama Rindu Awak 200%.

Uols boleh tak tlg tempek pic ayda ni masa join af & now. I know muka dia berubah, but nak tgk sejauh mana yg berubah tu.. ada kah berubah 200%?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:03 PM | Show all posts
betul la tu tindakan dia...

masuk U pun kalo rasa diri tak pandai, silap2 kantoi ditengah jalan , tak lulus periksa ke apa...baik berlakon...

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
buat keputusan jadi retis sampai sanggup stop belajar. tetap sendu ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:06 PM | Show all posts
dia ni glemer pon lps drama 200% tu la kan...
kalo x tu ...nan hadoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 03:07 PM | Show all posts
sebab dia ambik pon kos muzik so aku rasa okeh je dia xhbis belajar pon. last2 dia berjaya masuk dlm industri sesuai dgn apa yg dia bljar. kira dia x menganggur la. memang itu pon laluan kerjayanya (jadi selebriti glemer2). mcm la semua yg grad jurusan muzik tu akan jadi pensyarah ke apa..

kalau dia amek kos lain yg bersifat pure akademik mmg terasa ralat jugak kalau berhenti demi menjadi artis walhal tggal lagi 2 sem je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:07 PM | Show all posts
juliez posted on 2-9-2014 03:01 PM
Uols boleh tak tlg tempek pic ayda ni masa join af & now. I know muka dia berubah, but nak tgk sej ...

zaman af..cam x berubah sgt pn..berisi skit jah kot skang





Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
maxim posted on 2-9-2014 03:07 PM
zaman af..cam x berubah sgt pn..berisi skit jah kot skang

Lepas accident dulu dia ada ambil steroid kut tu sebab muka dia naik. Rasa mcm badan dia dulu and now sama je kut kurusnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 03:12 PM | Show all posts
@artline22  huduh la dok menyukat amalan org.

ko cakap pasal waktu siaran ke ni? ko xde astro pvr ke kat rmh. kalau rmh ko xde jgn terkejut kalau rmh org lain ada..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053276 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list