CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2014 03:13 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 18-9-2014 03:04 PM
iye tapi dlm citer meow ni..
Qusyairi dan pembaca masih lagi terkebil2.. bermimpikah? realitikah ...

Mungkin khayalan and thus the title...
Mungkin memang wujud dunia lain di dimensi yg berbeza
Mungkin mimpi...
Mungkin Qusyairi berdelusi...




Rilek ah!  

Baru 7 bab. Ini baru sesi pengenalan dan beramas-mesra bak kata orang...

Frankly, not sure yet. Stail iols, follow the flow and see how it goes. Draft story pun baru sampai bab 14 aje ni



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2014 03:32 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2014 03:13 PM
Mungkin khayalan and thus the title...
Mungkin memang wujud dunia lain di dimensi yg berbeza
...

chaiyok Nicki... u can do it... yeah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 03:39 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-9-2014 03:32 PM
chaiyok Nicki... u can do it... yeah...

Eheh...

Thanks Zam. Cuba nak bereksperimentasi dan mencabar diri sendiri...kononnyeeeee (tangan ke bahu, mata ke atas )

Sebab tu try buat genre ala2 fantasi gitu. Entah jadik entah tak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 03:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2014 03:13 PM
Mungkin khayalan and thus the title...
Mungkin memang wujud dunia lain di dimensi yg berbeza
...

Introduction pon tak abih lagik citer ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2014 03:44 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 18-9-2014 03:40 PM
Introduction pon tak abih lagik citer ni??

Kira dah habis intro le nih.

Skang nak tumpu pada 'adventure' Qi di dunia Amariya. Ecewaaahhhh!



Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 04:44 PM | Show all posts
ingatkan ada update.. beria menekan pautan ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2014 07:38 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2014 03:39 PM
Eheh...

Thanks Zam. Cuba nak bereksperimentasi dan mencabar diri sendiri...kononnyeeeee (tang ...

so far eksperimentasi anda menjadi Nicki... I salute u for that...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 08:13 AM | Show all posts
BAB 8

Istana Suriyan, Amariya


Di bahagian utara istana, kelihatan sesusuk tubuh sedang terhendap-hendap di sebalik sebatang tiang. Mata empunya tubuh itu sedang merenung tajam memerhatikan dua orang hulubalang yang sedang berkawal. Riak wajah hulubalang-hulubalang itu kelihatan garang dan menakutkan. Belum ada sesiapa lagi pernah melepasi tembok di belakang istana. Kawalan di situ sangat ketat. Setiap laluan keluar dari Istana Suriyan hanyalah melalui pintu utama dan pintu kedua sejak dari dulu lagi. Peraturan yang sudah berdekad berlanjutan itu diambil sebagai langkah keselamatan. Sesiapa yang tertangkap jika melalui belakang Istana pasti akan dikenakan hukuman.   

Puteri Arania mendongak, merenung seketika ke arah langit. Sang matahari masih belum lagi tegak di kepala. Puteri Arania yakin, saat ini ayahanda dan bondanya masih berada di kamar peraduan. Pasti sedang bersiap-sedia untuk berjumpa dengan para pembesar dan wakil dari setiap daerah di Amariya. Jadual Raja Amsyar dan Ratu Malaeka sudah boleh dihafalnya kerana begitulah rutin pada hari kelima belas dalam setiap purnama.  

Dia berkira-kira. Hatinya mengatakan inilah masa yang terbaik untuk dia keluar dari Istana Suriyan tanpa pengetahuan ayahanda dan bonda. Ayahanda dan bonda pasti menyangka dia masih lagi berada di dalam kamar beradunya sedang bermalas-malasan. Paling tidak pun, mereka akan menyangka dia berada di Taman Istana atau sedang menelaah di bilik ilmuan. Puteri Arania nekad, keinginannnya mesti dilunaskan hari ini.

Puteri Arania kembali memusatkan tumpuan di hadapan. Pada perkiraannya, jarak diantara tempat dia berdiri dengan pagar hanyalah lebih kurang 30 langkah kaki orang dewasa. Puteri Arania perlu berhati-hati. Walaupun dia seorang puteri, pasti bukan mudah untuknya melepasi tembok di belakang istana dengan mudah.Peraturan yang sedia ada tidak mengecualikan sesiapa pun. Ayahandanya seorang yang adil dan tegas. Jika perkara ini terbongkar, pasti dia akan dimarahi dengan teruk. Lebih teruk lagi, ayahandanya tidak akan teragak-agak menjatuhkan hukuman.

Dia membuat tinjaun lagi. Perlu berhati-hati. Tidak mahu kehadirannya disitu dikesan oleh para hulubalang. Matanya sedang memerhatikan seorang hulubalang istana yang berada di atas tembok. Hulubalang itu sedang mundar-mandir sambil memegang sebatang tombak di tangan kanan. Perlahan-lahan Puteri Arania membongkok tubuh, tangan kanannya kini sudah menyentuh tanah. Segenggam pasir berada di tangan. Kemudian pasir itu didekatkan ke mulut. Terkumat-kamit, dia membaca sesuatu sebelumpasir itu ditiup.

Pasir itu kemudian dibaling, berserakan jatuh ke lantai. Dia bersiaga, menunggu seketika sebelum bertindak. Beberapa saat kemudian, kelihatan para hulubalang itu tidak lagi bergerak. Mereka sepertinya telah pegun. Ibarat patung, tegak berdiri dan tak bergerak walau seinci pun. Puteri Arania meleretkan senyuman. Inilah masanya! Dengan pantas, dia berlari secara senyap lalu bersembunyi di sebalik pokok.

Tembok istana cuma 10 langkah kaki dewasa dengannya sekarang. Puteri Arania hanya mempunyai masa dalam 90 kiraan saja sebelum semua hulubalang itu kembali seperti sediakala. Debaran sudah mulai menerjah hati. Jantung terasa berdegup lebih laju dari biasa. Perasaan bersalah juga turut datang menyapa, hadir tiba-tiba menggamit rasa kerana dia tidak sepatutnya mengenakan apa-apa jampi serapah ke atas mereka yang bukan lawan atau musuhnya. Namun, dia tidak ada cara lain lagi untuk keluar dari  istana tanpa pengawalan.

Puteri Arania memulakan kiraan dari belakang.

Lapan puluh tujuh, lapan puluh enam, lapan puluh lima...

______

Thanks to @wipers81
Last edited by Nicki_Meow on 19-9-2014 04:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2014 08:37 AM | Show all posts
Puteri Arania merunduk ke bawah, memastikan dirinya terlindung di balik belukar. Perlu cepat, perlu pantas.

Enam puluh enam, enam puluh lima, enam puluh empat…

Selak pintu digapai. Dan ianya...berkunci! Ah!

Puteri Arania memutarkan biji mata apabila melihat mangga besar berkarat tergantung di situ. Benak benar aku ini. Sudah pasti jalan keluarnya tidak semudah itu. Mangga besar berkarat menjadi halangan. Puteri Arania merengus sedikit. Sebilah belati kecil bermata dua dikeluarkan dari sisipan pinggang. Mata pisau dirodok pada lubang mangga.

“Kenapa payah benar?” Puteri Arania merungut sendiri. Sambil-sambil matanya memerhatikan sekeliling, tangannya terus mencungkil mangga.

Empat puluh sembilan, empat puluh lapan, empat puluh tujuh…

“Aduhai.”

KLIK.

Puteri Arania tersenyum. Mangga itu berjaya dibuka lantas ditanggalkan lalu disorok balik semak. Selak dicapai.

“Ah, berat pula.” Puteri Arania merungut lagi. Selak besi itu juga sudah berkarat. Agak sukar untuk digerakkan dan ditolak-tarik.

Tiga puluh tiga, tiga puluh dua, tiga puluh satu…

Puas dia cuba namun selak tidak bergerak walau sedikit.

Sembilan belas, lapan belas, tujuh belas…

Matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling, berwaspada. Jika tertangkap, tidak tahu bagaimana dia harus berhadapan dengan ayahanda dan bondanya nanti.

Empat belas, tiga belas, dua belas…

Selak bergerak seinci.

Puteri Arania memerhatikan pula para pengawal. Sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang mereka akan kembali sedar.

Sembilan, lapan, tujuh…

“Bukalah cepat.” Selak digoyang-goyang dengan laju. Masanya semakin suntuk.

Enam…lima…

SRAAAKK. Selak berbunyi tatkala inya ditarik hingga terbuka.

“Bagus.” Senyuman Puteri Arania melebar. Lega bercampur teruja. Pintu ditolak.

Empat…tiga…

Puteri Arania mengecilkan badan. Perlu merangkak untuk melalui pintu itu.

Dua…

Para pengawal mula bergerak seperti sediakala. Kelihatan mereka sedikit terpinga-pinga.

Satu…

Pintu kecil tertutup kembali.

***** Last edited by Nicki_Meow on 19-9-2014 04:40 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 08:38 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 18-9-2014 04:44 PM
ingatkan ada update.. beria menekan pautan ini

dah ada update sikit...

Silalah tekan pautan ini...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 08:38 AM | Show all posts
pen_biru posted on 17-9-2014 09:28 PM
oh.. oh....
dapat masuk tak dunia amariya tu?

iols pun debo... eheh...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:26 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 18-9-2014 02:47 PM
Baru baca.

Yup, sama konsep - travel to another 'world'.

ikutkn niki kat NTV7 ada kisah drama hong kong macm citer niki nih...ala2 hero nih gila game perang2...pastu shock kene renjatan letrik masa tgh syiok2 main last2 dia termasuk dlm game alam perang2 tuh...tp aku tak nengok lak citer tuh...walhal aku ada buka tred pasal drama nih beberapa tahun sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:46 AM | Show all posts
interesting Nicki...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:51 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 19-9-2014 08:38 AM
dah ada update sikit...

Silalah tekan pautan ini...

aaahhh.. terubat hati.. walaupun sikit
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:47 PM | Show all posts
Sgt best nicki
Marathon bc hr ni
Lmbt Singah psl tkut nengok tajuknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 02:23 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-9-2014 09:26 AM
ikutkn niki kat NTV7 ada kisah drama hong kong macm citer niki nih...ala2 hero nih gila game peran ...

Banyak Sellie cerita gini. Tu sebab iols pun ala2 terpengaruh gitu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2014 02:24 PM | Show all posts
sarizu posted on 19-9-2014 12:47 PM
Sgt best nicki
Marathon bc hr ni
Lmbt Singah psl tkut nengok tajuknya

Maksud tajuk tu idoklah menakutkan sangat pun. Gempak aje lebih...

Thanks for reading Sari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 02:25 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 19-9-2014 09:51 AM
aaahhh.. terubat hati.. walaupun sikit

Okay. Kalau gitu...

Kita sambung lagi sikit....




Agak busy. Mood nak menaip pun tak berapa sampai (alasan baik punyeeeee ) Last edited by Nicki_Meow on 19-9-2014 02:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 02:27 PM | Show all posts
Di Kamar Diraja

Dari tingkap kamar, Raja Amsyar memerhatikan apa yang berlaku sambil berpeluk tubuh. Dari awal lagi dia sudah menyaksikan ulah puterinya itu namun dia tidak berniat untuk melarang ataupun mengambil apa-apa tindakan.  

Panjang akal nampaknya…

Raja Amsyar menggeleng beberapa kali.

“Kanda…”

Satu teguran mengalih tumpuan. Raja Amsyar menoleh ke kanan. Memandang  terus kepada isteri tercinta. Satu senyuman dilemparkan kepada Ratu Malaeka.

“Kanda mahu membiarkan saja?” Soal Ratu Malaeka lalu mendekatkan dirinya kepada Raja Amsyar.

“Arania sudah dewasa.” Balas Raja Amsyar.

“Belum cukup dewasa di mata dinda.”

Raja Amsyar tertawa. “Sampai bila dinda hendak mengawal Arania? Dinda pun tahukan, perkara ini akan berlaku juga.”

“Entahlah.” Jawab Ratu Malaeka. “Dinda cuma risaukan keselamatan Arania.”

“Tidak perlu risau, sayang. Kanda yakin, Arania mampu menjaga dirinya sendiri.”

“Itu kata kanda. Bagaimana jika sesuatu berlaku pada Arania nanti?” Nada bimbang terserlah ketika Ratu Malaeka bersuara.

“Sudah tiba masanya kita memberi sedikit kelonggaran padanya. Sudah tiba masa untuk dia belajar sesuatu tentang kehidupan ini. Dia perlu belajar melalui pengalaman. Dia perlu belajar untuk bijak membuat keputusannya sendiri. Dia perlu belajar menjadi seorang pemerhati yang baik. Dia perlu berdikari.” Walaupun tenang, nada suara Raja Amsyar agak tegas.

“Dia perlu buka fikiran kepada dunia luar. Perkara yang tak mungkin boleh diajar oleh kita, oleh mana-mana bijak pandai sekalipun.” Sambung Raja Amsyar.

“Kanda, dinda faham. Dinda cuma risaukan Arania. Dia satu-satunya anak kita.”

“Syakilla ada untuk menjaga Arania.” Jawab Raja Amsyar.

“Iya, benar. Dan dinda risaukan kedua-duanya.”

“Syakilla itu seorang anak tabah. Malah buah fikirannya juga cermerlang. Kita fikirkan yang baik-baik saja.”

“Tapi…” Ratu Malaeka masih cuba membantah namun kata-katanya segera dipintas.

“Andainya sesuatu berlaku, maka sudah tiba masanya Arania belajar untuk bertanggungjawab di atas segala tingkah lakunya. Perlu berani berdepan dengan segala kesulitan.” Tutur Raja Amsyar.  

Ratu Malaeka tidak membalas apa-apa kali ini.

“Arania adalah pewaris Amariya, dinda. Satu-satunya pewaris yang ada. Kanda mahu, bila saat itu tiba nanti, Arania benar-benar bersedia.”

“Akan tiba suatu masa nanti, dia akan bersendirian dalam dunia ini. Dan bila masa itu tiba, kanda harap Arania sudah pun menjadi seorang yang cukup bertanggungjawab, berani dan cekal.” Raja Amsyar menyambung kata sambil memandang ke luar. Kelibat Puteri Arania sudah tidak kelihatan lagi.

Ratu Malaeka menyandarkan kepalanya ke dada Raja Amsyar lalu Raja Amsyar membalas dengan pelukan di bahu. Sehingga saat ini, cinta mereka berdua masih utuh, subur dan mekar walaupun sudah bertahun hidup bersama. Buat seketika, mereka berdiam diri. Hanya melemparkan pandangan pada suasana indah di luar Istana Suriyan.

“Arania itu panjang akalnya. Tekadnya kuat. Hingga habis daya dilarang, pasti dia akan cuba juga untuk keluar dari sini. Dengan apa cara sekalipun.” Kata Raja Amsyar.

“Iya, dinda tahu. Lihat pula siapa ayahandanya…” Balas Ratu Malaeka. Raja Amsyar ketawa kecil.

"Lihat pula, siapa bondanya." Balas Raja Amsyar. Ratu Malaeka menjeling dalam senyuman.

“Sudahlah adinda. Mari kita pergi. Sudah tiba masa untuk kita bermesyuarat dengan mereka semua.” Ujar Raja Amsyar lagi. Ratu Malaeka mengangguk.

Tidak lama kemudian, mereka beriringan meninggalkan kamar. Last edited by Nicki_Meow on 19-9-2014 04:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:44 PM | Show all posts
makin menarik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.177951 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list