Rita Rudaini Mengamuk Lagi, Kali Ini Perempuan Melayu Jadi Sasaran. Siapakah? ISU & KONTROVERSI
Wow! Kalau korang pengikut laman Instagram Rita Rudaini, mesti korang perasan bahawa semalam Rita mengamuk lagi. Haa, kali ni dengan siapa pula?
Rasanya baru minggu lepas Rita melahirkan rasa bengang dengan sebuah syarikat perkhidmatan jalur lebar terkenal di Malaysia iaitu TM Unifi.
Semalam, sekali lagi hot mama ini meluahkan perasaan tak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh individu di sebuah pra sekolah.
Menurut kapsyen foto yang dimuat naik, memang bengang tahap dewa Rita ni dengan wanita yang mengangkat telefon tu. Mana taknya, kami difahamkan wanita tersebut macam nak tak nak je layan pelanggan."
Iyalah, mahu tak baran. Orang nak hantar anak ke pusat penjagaan, pasti banyak tanya kerana nak tahu perkhidmatan bagaimana yang disediakan.
Sebagai ibu, mesti Rita nak yang terbaik buat anak-anaknya kan? Maklumlah, zaman sekarang ni banyak sangat berita penderaan kanak-kanak di taska. Kami pun takut mendengarnya.
Luahan rasa Rita nampaknya mendapat sokongan dari pengikut Instagramnya tau. Siap ada yang turut menyarankan pusat jagaan terbaik buat anak-anak Rita.
Hmm, lepas ni, mungkin pusat jagaan ini pula perlu mengeluarkan notis permohonan maaf. Iyalah,customer is always right. Betul tak?
Last edited by maxim on 4-9-2014 05:23 PM
|